Hello, My Class!





Sinopsis:

Yully baru saja berpindah ke Saranghae High School. Dia di tugaskan menjadi guru kelas pelajar tahun 3 kelas 2. Dengarnya pelajar-pelajar di dalam kelas itu semuanya nakal! Tapi betul ke?
Ikutilah kisah Yully dan 8 orang pelajar 'kesayangannya.'
Yul - ketua kelas yang berpengaruh.
Chae-Kyung - penolong kelas yang berseragam sekolah pelajar lelaki.
Myong-Ryong - mamat Romeo yang terkenal dengan sikap playboynya.
Chung-Hyang - yang tak tahu berhenti bercakap.
Sheung-Wan - tak pandai bergaduh walaupun nakal.
See-Jin - nampak lembut tapi garang.
Young Jae - atlit sekolah yang berlagak.
Ji Eun - sangat cerewet dan agak sombong.

Masing-masing ada cerita dan kisah sendiri.
Dapatkah Yully menyelami hati pelajar-pelajarnya?












Cikgu Yully.
Sudah bertunang (dengan Cikgu Hiro).
Guru Kelas 3-2 (ajar Matematik Tambahan).
Cikgu yang baru berpindah dari sebuah sekolah tinggi di Busan.
Tegas, prihatin, bertanggungjawab, baik hati, tak mudah putus asa.





Nama: Lee Yul.
Jawatan: Ketua kelas (3-2)
Kemahiran: Tali pinggang hitam dalam Tekwando.
Perwatakan: Nakal, degil, dinggin, suka bergaduh.
Kelebihan: Baik hati.
Minat: Belajar subjek Bahasa Inggeris.
Latar belakang: Anak tunggal pasangan ahli perniagaan yang berjaya di Korea Selatan. Pelajar terbaik semasa belajar di Menengah Rendah. Pelajar paling berpengaruh di Sekolah Tinggi Saranghae.


Nama: Yoon Chae Kyung.
Jawatan: Penolong Ketua Kelas.
Kemahiran: Sering kali mempunyai idea yang bernas.
Perwatakan: Tomboy, nakal, ceria.
Kelebihan: Pemaaf, tak mudah berputus asa.
Minat: Bermain bola sepak.
Latar belakang: Anak tunggal, ayah ketua balai polis, mak suri rumah. Kapten pasukan bola sepak wanita sekolah. Berpakain seragam sekolah lelaki sejak di tahun 1 lagi (S.Tinggi). Aktif bermain bola sepak untuk pasukan sekolah. Sangat meminati ketua pelajar Sekolah Tinggi Saranghae (Shin) yang selalu memandang sinis pada mereka. Suka bertekak dengan Ji Yi.


Nama: Kim Myong Ryong
Jawatan: Ahli Perpustakawan Sekolah.
Kemahiran: Mahir dalam ilmu perkomputeran.
Perwatakan: Mamat Romeo, nakal, suka bergurau, selamba.
Kelebihan: Prihatin mengenai orang lain.
Minat: Bermain permainan video.
Latar belakang: Anak tunggal, ayah pengetua sekolah (S.Menengah), mak suri rumah moden (perniagaan online). Mempunyai lebih daripada 10 orang tutor peribadi.




Nama: Park Chung Hyang.
Jawatan: Setiausaha kelas.
Kemahiran: Mengetahui pelbagai gosip di sekolah.
Perwatakan: Suka bercakap, lurus bendul, nakal.
Kelebihan: Tidak berdendam, suka tersenyum dalam apa jua keadaan.
Minat: Subjek Bahasa Korea.
Latar belakang: Anak yatim piatu, mempunyai ibu tiri dan seorang adik perempuan yang berlainan ibu. Pernah memperolehi sijil kehadiran penuh selama 2 tahun berturut. Membantu ibu tirinya di kedai makan milik wanita itu.

 Nama: Han Sheung Wan.
Jawatan: Presiden Kelab Kebudayaan.
Kemahiran: Pintar dalam pelajaran.
Perwatakan: Pemalu, tidak suka melawan, nakal.
Kelebihan: Suka membantu orang lain, mengambil berat, penyabar.
Minat: Membaca.
Latar belakang: Tinggal dengan ayah yang bekerja sebagai peguam. Mempunyai seorang kakak kembar. Sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas (peperiksaan).



 Nama: Choi See Jin
Jawatan: Ahli Jawatankuasa Kelab Pencinta Alam.
Kemahiran: Pandai mengait.
Perwatakan: Garang walaupun nampak lemah lembut, nakal, comel.
Kelebihan: Berdikari, pandai menyimpan duit.
Minat: Benda-benda yang comel.
Latar belakang: Anak yatim, mak seorang kerani di sekolah rendah, mempunyai seorang adik perempuan yang manja.

Nama: Lee Young Jae.
Jawatan: Presiden Kelab Sukan. 
Kemahiran: Pantas dalam larian.
Perwatakan: Berlagak, perasan bagus, nakal.
Kelebihan: Tidak mudah mengalah, rajin berusaha.
Minat: Apa-apa jenis sukan.
Latar belakang: Anak kedua daripada tiga beradik, ayah pensyarah di universiti, mak cikgu sekolah tinggi, tinggal dengan nenek (di Seoul), sepupu Yul, tak tinggal bersama keluarga di Incheon. Menang pelbagai anugerah sejak di sekolah rendah (dalam acara-acara sukan).


Nama: Han Ji Eun.
Jawatan: Bendahari kelas.
Kemahiran: Pandai mengawal keadaan di dalam kumpulan.
Perwatakan: Sombong, pendiam, mudah cemas, nakal.
Kelebihan: Susah di tafsir oleh orang lain, mempunyai bakat seni.
Minat: Ft Island, Super Junior, CN Blue, Beast.
Latar belakang: Tinggal dengan mak yang bekerja sebagai doktor. Akak kembar Sheung Wan. Di undi sebagai pelajar tercantik di sekolah.