Cinta Kita Cinta Gila


Ep.1


Anna Suraya berlari anak menuju ke arah pagar sekolah. Kelihatan seorang pengawas setia berdiri di pagar dengan buku catatannya. Tanpa menghiraukan pengawas itu, Anna Suraya bergegas ingin masuk ke dalam kawasan sekolah.

"Ehm.. Ehm.. Ehm.." Pengawas yang memakai tag nama Aiman berdeham kecil.
Lantas Anna Suraya mematikan langkahnya.
"Dahlah lambat.. Selamba jek nak masuk?" Perli Aiman.
Anna Suraya tidak menghiraukan perlian tersebut.
"Nama?" Tanya Aiman.
Gadis yang daripada tadi membisu itu memalingkan mukanya menghadap Aiman.
"Awak tahu nama saya!" Jawab Anna Suraya.
"Saya tahu ke?" Aiman tersenyum sinis.
"Heh! Anna Suraya! Anna Suraya binti Abdul Muis." Anna Suraya terpaksa mengalah.
"So, Cik Puteri Anna Suraya binti Raja Abdul Muis... Untuk minggu ni sahaja, dah 3 kali nama awak kena catit dengan saya. Awak ada masalah ke? Jam loceng kat rumah awak dah kehabisan bateri atau pun awak ikut masa kat negara lain?" Aiman belum puas memerli.
"Boleh saya masuk sekarang?" Soal Anna Suraya penuh dengan perasaan geram di dalam hati.
"Silakan Tuan Puteri... Tugas patik memang kena sambut Tuan Puteri kat pagar ni tiap-tiap hari..." Aiman membuat tunduk hormat sambil tersenyum manis.
Manislah pada pandangan gadis lain, tapi bukan pada pandangan Anna Suraya!
"Poyo!" Sempat lagi Anna Suraya melepaskan rasa benggangnya sebelum beredar pergi.
Aiman hanya tergelak kecil setelah gadis tersebut semakin jauh meninggalkan kawasan pagar sekolah.




"Myra, Aiman tu hot kan?" Nadhirah memintal-mintal rambutnya yang di tocang dua itu.

"Kau suka kat dia ehy, Dira?" Usik Umairah.
"Padan apa Nurul Nadhirah binti Dato Malik dengan Mohd Aiman Naqib a.k.a ketua pengawas dan juga ketua pelajar sekolah!" Nadhirah berkata bangga.
"Aiman tu dahlah baik, sopan, pandai, kacak, aktif, kesayangan cikgu-cikgu lagi..." Anggau Nadhirah dibuatnya bila memikirkan kelebihan yang ada pada jejaka pujaan setiap pelajar perempuan sekolah mereka.
"Betul tu! Kalah Jimmy romeo sekolah yang 'tak ada apa-apa' kalau nak dibandingkan dengan Aiman." Sokong Umairah.
"Tapi... Jimmy tu anak orang kaya... Aiman pula... kita tak tahu latar belakang keluarga dia... Entah-entah dia anak driver orang kaya ke?" Tambah Umairah teragak-agak.
"Ignore kan pasal tu! Pokoknya ialah sekarang ni dia adalah orang yang paling popular kat sekolah. Kalau aku couple dengan dia, mesti aku dapat tempias sekali."
"Betul! Betul! Aiman popular, dahlah kacak, pandai pula tu. Pastu dia tahu hormatkan orang lain. Ada ciri-ciri suami mithali tu!"
"Tambah poyo sekali!" Sampuk Anna Suraya yang baru masuk ke dalam kelas.
Gadis itu menuju ke tempat duduknya tanpa memandang Nadhirah dan Umairah yang kelihatan terkedu dengan kata-katanya tadi.
"Kenapa dengan minah tu?" Soal Nadhirah perlahan.
"Nama dia kena catit dengan Aiman lagilah tu." Bisik Umairah di telinga Nadhirah.
Anna Suraya meletakkan beg dia atas meja dan mengeluarkan bedak compact yang sentiasa dibawanya. Bedak tersebut disapu rata ke muka menggunakan span yang disediakan.
"Nasib baik mamat tu seorang jek yang nampak muka aku tadi! Kalau orang lain nampak jatuh reputasi aku. Dia punya pasallah aku tak sempat nak touch up muka. Sebab takut lambat, aku main terjah jek pergi sekolah. Last-last kena menghadap dia juga dengan buku displin tak guna tu..." Bebel Anna Suraya.
Kehadiran Aiman membuatkan suara-suara binggit yang kedengaran di dalam kelas sebentar tadi mati serta-merta. Maklumlah ketua pengawas merangkap ketua pelajar dah datang, jadi kenalah jaga tingah-laku tu sikit kalau tak nak nama masuk buku catatan.
"Aiman..." Panggil Nadhirah.
"Ya, saya." Aiman tersenyum kecil.
Kalau tak senyum nanti orang kata sombong pula.
"Eh..." Nadhirah terus membeku setelah melihat senyuman Aiman.
"Dira?"
"Dira..." Umairah menyengol bahu kawannya itu.
Malu jek kalau Aiman tahu yang Nadhirah tengah berangan! Kot iya pun nak bermimpi ke, berangan ke, nanti-nantilah. Ni Aiman ada kat depan pun  boleh pula fikiran tu melayang ke tempat lain.
"Ah? Eh... Tak!" Nadhirah yang tersedar daripada khayalan akibat sengolan Umairah tadi sedikit terpingga-pingga.
"Awak dah sampai mana?" Tegur Aiman.
"Taman Astakonah!" Jawab Nadhirah tanpa sempat berfikir terlebih dahulu.
"Dira..." Umairah menundukkan muka kerana berasa malu dengan kelakuan sahabat baiknya itu.
"Kalau tak ada apa-apa hal, saya minta diri dulu ya?" Dengan sopan Aiman berlalu meninggalkan Nadhirah dan Umairah. 
Aiman mengambil tempat di sebelah Anna Suraya. Sejak daripada tingkatan 1 lagi memang mereka duduk bersebelahan. Itu pun kerana tiada manusia di dalam kelas yang sudi menawarkan diri untuk duduk bertemankan gadis tersebut. Dan secara automatiknya juga Aiman dan Anna Suraya akan menjadi partner untuk kerja-kerja berpasangan. Rakan sekelas yang lain semuanya akan menjauhkan diri daripada Anna Suraya. Mana taknya, gadis itu agak dinggin dan tidak akan melayan sapaan ramah daripada mereka. Anna Suraya suka berseorangan dan tak suka bercampur dengan rakan-rakan sekolahnya. Di dalam sekolah ini, tiada seorang pun yang Anna Suraya anggap kawan.
"Cukup-cukuplah touch up muka tu... Tak manis juga muka awak saya nengok." Aiman menghadiahkan senyuman sinis kepada Anna Suraya.
"Heh!" Cepat-cepat Anna Suraya menyimpan bedak compact di dalam beg. Takut kena rampas dengan pengawas poyo tu pula nanti!





Murid-murid berlari anak menuju ke tempat duduk masing-masing apabila Cikgu Rania masuk.

"Assalammualaikum cikgu..." Naqiu memulakan salam selaku ketua kelas.
Rakan-rakan yang lain segera mengikut.
"Waalaikummussalam... Duduk." Arah Cikgu Rania.
"Hari ni saya nak uji memori kamu semua. Kita buat pop kuiz. Macam biasa kamu kena berpasangan dengan rakan sebelah kamu." Sambung Cikgu Rania.
"Kuiz pasal apa cikgu?" Tanya Nazmi.
"Gaya bahasa."
"Gaya bahasa, cikgu? Kami bukan nak ambil PMR lagi pun." Runggut Umairah.
"Syarifah Umairah binti Syed Alwi." Cikgu Rania merenung Umiarah dengan pandangan yang tajam.
"Eh... Sorry cikgu..." Umairah segera memohon maaf di atas keterlanjuran mulutnya sebentar tadi.
"Saya tahu yang tahun ni kamu semua akan menghadapi peperiksaan SPM, bukannya PMR yang kena ingat gaya bahasa semua. Tapi tak salahkan kalau kita belajar gaya bahasa? Nanti kamu boleh praktikkan kat karangan yang kamu buat." Jelas Cikgu Rania.
"Baik cikgu!" Semua orang menjawab serentak.
"Okey, kita mulakan dengan gaya bahasa 'hiperbola.' Siapa yang nak jawab?"
"Kami cikgu!" Nadhirah mengangkat tangan.
"Lautan api akan ku renangi demi cintaku padamu."
Jawapan daripada Nadhirah menimbulkan sorakan daripada pelajar-pelajar lelaki.
"Kaki kananku di utara, kaki kiriku di selatan."
"Bagus Nadhirah dan Umairah. Jawapan yang baik."
Nadhirah dan Umairah tersenyum bangga dengan pujian yang Cikgu Rania berikan.
"Saya peliklah dengan awak ni... Hari-hari awak belek muka kat cermin, tampel bedak tu. Tapi... kenapa muka awak makin hari makin masam jek saya nengok..." Sengaja Aiman mencari pasal dengan Anna Suraya.
"Awak sibuk apasal?"
Mereka bercakap separuh berbisik, takut kalau-kalau Cikgu Rania dengar.
"Bukan nak sibuk, tapi awak kenalah jaga juga orang sebelah awak ni. Awak masam-masam, tempiasnya kena saya. Habis masam bau baju saya tau." Usik Aiman.
"Well! Hello! Excuse me! Please, okay! Baju awak bau masam sebab awak tak mandi pagi! Lansung tak ada kaitan dengan saya!" Anna Suraya tidak dapat mengawal kemarahannya lalu bersuara agak kuat.
"Aiman, Anna.. Kenapa bising-bising tu?" Soal Cikgu Rania.
Seisi kelas memandang ke arah mereka.
"Eh..." Anna memandang Aiman.
"Tak cikgu... Anna nak kami jawab soalan cikgu." Ujar Aiman pantas.
"Oh... Silakan." Cikgu Rania tersenyum tanda mengalu-alukan.
"Aiman... Cikgu tanya apa?" Anna bertanya perlahan.
"Cikgu minta ayat sinkof kot." Jawab Aiman separuh berbisik.
"Bukan ayat personifikasi ke? Saya dengar macam tu jek tadi."
"Tak... Sinkof."
"Personofikasi..."
"Aiman? Anna?"
"Eh... Tidak akan bertukar menjadi tak kan."
"Bukan cikgu! Jawapan yang betul batu berteriakan, pokok melambai-lambai."
"Kamu berdua pasti ke?"
"Semangkuk kasih, secawan sayang, dicampur bersama menjadi adunan kasih sayang." Nadhirah menjawab bagi pihak mereka.
"Betul tak cikgu?" 




"Sejak bila kau jadi jiwang karat ni Dira? Semangkuk kasih, secawan sayang, dicampur bersama menjadi adunan kasih sayang. Lepastu siaplah sehidangan cinta kau ya?" Umairah tergelak kecil.

"Stop it, Myra!" Nadhirah mencukakan wajah.
Sakit hati bila diusik kawannya.
"Aku buat macam tu sebab nak tolong Aiman jek. Kesian dia kalau tak dapat jawab. Mesti cikgu tahu yang dia tak fokus. Cikgu minta ayat metafora, dia bagi lain. Semua ni Anna punya pasallah! Sibuk ajak Aiman berbual." Marah Nadhirah.
"Cemburu ke?" Umairah mencubit manja pipi Nadhirah.
"Mestilah..." Nadhirah mengusap perlahan pipinya.
"Aiman tu... rapat semacam jek dengan Anna... Orang lain mana nak bertegur sapa dengan Anna. Aiman seorang jek yang suka tegur dia. Entah-entah Aiman ada hati kat dia?" Wajah Nadhirah bertukar muram.
"Tak mau sedih-sedih ya? Kalau betul pun Aiman suka kat dia, kita buatkanlah Aiman suka kat kau pula" Pujuk Umairah.
"Dira... Aiman!"
"Mana?"
"Assalammualaikum..." Aiman menghulurkan salam.
"Waalaikummussalam..." Jawab mereka berdua.
"Aiman..." Nadhirah tersenyum lebar.
Hilang rasa gusarnya sebentar tadi.
"Dira, terima kasih ya tadi." Ucap Aiman.
"Sama-sama. Hal kecil jek tu..." Nadhirah tersipu-sipu malu.
"Okey... Jumpa kat makmal Kimia nanti." 
Pondok rehat yang diduduki oleh Nadhirah dan Umairah ditinggalkan oleh Aiman. Pada waktu rehat macam ni, banyak tugas yang menantinya. Aiman terpaksa meronda satu kawasan sekolah untuk memastikan pengawas-pengawas lain menjalankan tugasan mereka.
Anna Suraya yang berada di dalam kelas hanya memerhatikan daripada tingkap. Pondok rehat itu berdekatan sahaja dengan kelas mereka. Anna Suraya memang tidak pernah makan di kantin sekolah kerana gadis itu akan membawa bekalannya sendiri. Dua potong sandwich setiap hari bersama air yogurt.





Ep.2


Pelajar-pelajar berjalan secara berpasangan untuk bergerak menuju ke makmal Kimia. Hanya Anna Suraya sahaja yang berjalan berseorangan. Aiman yang ingin berjalan bersamanya dihalau tanpa belas kasihan. Akhirnya Aiman akur dan pergi bersama Fikri dan Amirul.

"Jimmy... Kita kacau minah tu nak tak?" Cadang Naqiu.
"Anna ke? Tak payahlah wei... Nanti dia marah beb!" Tolak Nazmi.
"Kau takut kena marah dengan dia? Apa ni! Tak macho lansung." Naqiu memperkecilkan Nazmi.
"Fine!" Nazmi tercabar dengan kata-kata Naqiu.
Mereka berdua menghentikan langkah dan menunggu Anna Suraya yang berada di barisan belakang sekali.
"Hai, Anna! Lawa kau hari ni." Naqiu memulakan dahulu.
"Tak payah cakap benda yang aku dah tahu." Anna Suraya berkata dinggin.
Nazmi merampas kalkulator di tangan Anna Suraya.
"Bak balik kalkulator aku!" Anna Suraya cuba mengambilnya semula daripada Nazmi tetapi tidak berjaya.
"Anna... Satu tambah satu sama dengan berapa?" Soal Nazmi tiba-tiba.
"Jawablah... Takkan tak tahu kot?"
Anna Suraya membuat muka bosan.
"Jimmy! Kalau dia tak nak jawab, biar aku yang jawab! Satu tambah satu mesti tigakan jawapan dia?"
"Salah! Jawapan yang sebenarnya satulah!"
"Kenapa pula?"
"Satu hati Anna campur dengan satu hati aku sama dengan satu cinta. Satukan? Bukan dua atau tiga!"
Nazmi dan Naqiu ketawa suka hati.




"Fik, Mirul... Kauorang pergilah masuk kelas dulu. Aku ada tertinggal baranglah kat dalam kelas."

"Pinjamlah barang aku dulu. Nanti takut tak sempat. Kan kita kena masuk kelas sebelum Cikgu Nora masuk. Kalau kau lambat, mesti dia marah. Dahlah dia tu garang!"
"Betul kata Fik tu, Aiman."
"Tak apa, aku dah biasa menghadap cikgu displin kita. Cikgu Ayu dengan Cikgu Nora kau rasa siapa lagi garang?" Aiman tersenyum kecil.
"Mestilah Cikgu Ayu." Jawab Fikri tidak teragak-agak
"Kau nak ambil apa, Aiman?" Soal Amirul penuh curiga.
"Kalkulator aku!" Aiman cepat-cepat berpatah balik ke belakang.
"Kalkulator? Habis kat tangan dia tu apa?"





"Cepatlah pulangkan balik kalkulator aku! Nanti lambat pula aku masuk kelas."

"Ada kitaorang kisah kalau kau lambat? Lagi bagus adalah. Nanti kau kena marah dengan cikgu. Padan muka!" Kata Naqiu tanpa perasaan.
"Naqiu! Jimmy!"
Mereka berdua menoleh ke arah suara yang memanggil nama mereka sebentar tadi.
"Eh... Aiman..." Mereka berkata serentak.
"Jimmy, kalau kau tak nak jawatan pengawas kau dilucutkan, lebih baik pulangkan semula kalkulator Anna sekarang juga. Kau pula Naqiu, dah tak nak jadi ketua kelas ke?" Aiman memberikan amaran.
"Heh... Nah, Anna..." Tanpa rela Nazmi menghulurkan kalkulator itu kepada pemilik asalnya.
Anna Suraya segera mengambil kalkulator tersebut dengan sentapan yang kuat. Kalau diikutkan hati yang bengang nak jek dia tumbuk pipi budak berdua tu.
"Mari Anna?"
Anna Suraya berlalu daripada situ beriringan dengan Aiman. Nazmi dan Naqiu hanya mampu memerhatikan kelibat mereka berdua menghilang sedikit demi sedikit.
"Shit! Time macam ni pula mamat tu datang berlagak macam hero." Marah Nazmi.
"Tadi kau ikut jek cakap dia kenapa? Ingatkan berani sangat!" Sinis Naqiu memerli Nazmi.
"Dia tu orang atasan aku... Aku nak lawan takut dia laporkan kat Cikgu Ayu jek. Dahlah Cikgu Ayu tu lagi garang daripada Cikgu Nora." Nazmi memberikan alasan.
"Heh... Cakap pasal Cikgu Nora... aku rasa macam ada yang tak kena jek. Apa dia agaknya?" Naqiu cuba berfikir sambil mengingat kembali.
"Naqiu! Kita dah lambat masuk kelas Kimia ni!" Jerit Nazmi tiba-tiba.
"Habislah!" Nazmi dan Naqiu memecut laju menuju ke makmal Kimia.
Malangnya, Cikgu Nora telah berdiri di depan pintu makmal dengan muka yang garang sambil memandang mereka berdua. Di hadapan Cikgu Nora, Aiman dan Anna sedang menundukkan muka.
"Naqiu, Nazmi, Anna, dan Aiman... Cikgu nak kamu berempat lari 14 pusingan padang sekarang juga!" Arah Cikgu Nora tegas.
"Tapi cikgu..."
"Tapi cikgu Anna pakai baju kurung. Apa kata saya gantikan tempat dia?" Aiman memotong kata-kata Anna Suraya.
"Baiklah. Anna, awak berdiri kat tengah padang sampailah Aiman habis lari 28 pusingan."
Nadhirah yang memandang daripada tingkap makmal mengepal tangannya kuat. Tidak berpuas hati dengan situasi tersebut.




"Ahhhhhhh!!!!!!!!!!!" Jerit Nahirah.

"Dira... Tak elok tau menjerit dalam tandas." Tegur Umairah.
Nadhirah memandang Umairah dengan mata yang dibesarkan.
"Eh... Ustazah yang cakap kat kelas semalam."
"Myra! Aku cemburulah dengan Anna!" Luah Nadhirah.
"Kenapa kau nak cemburu pula?"
"Aiman bela dia tau tadi! Siap gantikan tempat Anna lagi..."
"Dira... Aiman tu memang baik hati. Mestilah dia akan tolong Anna. Lainlah kalau Aiman tu macam Jimmy yang tak budiman lansung tu tapi tiba-tiba nak tolong Anna. Yang tu barulah kau patut cemburu. Aku percaya kalau kau yang berada kat tempat Anna tadi mesti Aiman tolong kau juga." Jelas Umairah panjang lebar.
"Heh... Betul juga tu." Nadhirah kembali tersenyum.
"Ehh... Myra! Kau kentut ehy? Busuk!" Nadhirah menutup hidungnya menggunakan tangan.
"Dira, kitakan kat tandas. Memanglah busuk!"




Ep.3


"Awak nak apa lagi ni? Kan awak dah catit nama saya. So, bagilah saya masuk!" Bentak Anna Suraya terhadap Aiman.
"Memanglah saya dah catit nama awak sebab datang lambat. Masalahnya Cik Anna... rambut awak tu!" Tegur Aiman.
"Kenapa dengan rambut saya?" Soal Anna Suraya berani.
"Masa orientasi tingkatan 1 dulu rasanya pihak sekolah dah beritahu, pelajar-pelajar perempuan yang tak bertudung hanya dibenarkan mengikat rambut tocang dua, tocang satu atau nama lainnya tocang kuda, dan ikat satu jek. No lepaskan rambu bagi yang berambut panjang, rambut pendek dikecualikan. And no dandan-dandan." Aiman mengingatkan Anna Suraya semula.
"Tapi kalau awak nak pakai tudung after Cikgu Ayu potong rambut awak ikut bentuk tempurung kelapa tak apalah. Okey juga tu. Mana tahu muka awak jadi manis if bertudungkan." Tambah Aiman dengan niat untuk mengusik Anna Suraya.
Dan macam biasa, Anna Suraya memasamkan wajah. Tanpa berbunyi sepatah pun, Anna Suraya membuka dandanan rambutnya di hadapan Aiman dan kembali mengikat semula rambutnya dengan ikatan satu. Malas dia nak berbalas kata dengan pengawas seorang ni. Nanti makin banyak pula kata-kata sinis dan perlian yang bakal Aiman hadiahkan untuk dirinya.
"Puas hati? Boleh saya masuk?" Tanya Anna Suraya selamba.
"Kejap Tuan Puteri!" Halang Aiman.
"Apa dia?" Anna Suraya membuat muka sombong, tanda tidak mahu melayan Aiman.
"Awak tak ada apa-apa yang nak dicakapkan dengan saya ke?" Aiman tersenyum manis.
"Cakap apa?"
"Pasal semalam... Cakap terima kasih ke?" Duga Aiman.
"Oh... Awak nak suruh saya cakap terima kasih ya? Awak tahu tak sebab awaklah saya kena jemur kat tengah padang tau. Dahlah lari lembap! Habis gelap muka saya ni jadinya."
"Ah?" 
"Aiman... dengar sini baik-baik, awak takkan dengar perkataan tu daripada saya." Tambah Anna Suraya lagi setelah dia melihat Aiman terkebil-kebil memandangnya.
Mesti tak sangka kena fire dengan Tuan Puteri walau pun dia dah berjasa semalam.  
"Susah sangat ke nak ucapkan perkataan 'terima kasih' tu?" Aiman kembali bersuara setelah membisu buat masa beberapa minit.
"Ada ke saya suruh awak tolong saya semalam? Saya tak pernah harapkan pertolongan daripada awak pun. Dan lagi satu... kalau tak ikhlas tak payah tolong lain kali!" Kata Anna Suraya tanpa perasaan.
"Entah apa-apa perangai..." Komen Aiman setelah Anna Suraya pergi.
"Kau layankan sangat perempuan pelik tu kenapa?" Sampuk Haikal, rakan pengawas yang sama-sama bertugas menjaga pagar sekolah bersama Aiman pada hari ini.
"Saja...Suka nengok perangai dia." Aiman tersenyum kecil.
Haikal mengeleng kecil. Tanda tidak faham dengan tindakan Aiman.



Anna Suraya berjalan sambil membelek mukanya di dalam cermin yang di bawa.

"Heh... Agak perfect." Anna Suraya berpuas hati dengan penampilannya hari ini.
Nadhirah dan Umairah yang datang daripada arah bertentangan dengan sengaja melanggar bahu Anna Suraya dan menyebabkan cermin yang dipegang Anna Suraya terlepas seterusnya pecah.
"Woi, buta apa?" Marah Anna Suraya.
"Opss... Sorry, Anna! Tersengaja." Kata Nadhirah sambil ketawa diikuti oleh Umairah.
"Aku tak ada cari pasal dengan kauorang, so, jangan sesekali cari pasal dengan aku! Kalau tak, tahulah aku nak buat apa dengan kauorang." Ugut Anna Suraya keras.
"Mana ada kitaorang nak cari pasal dengan kau, Anna. Kitaorang just nak berkawan jek. Kesian aku nengok kau seorang diri." Nadhirah membuat muka simpati untuk Anna Suraya.
"Kalau kau nak berkawan, kau dah salah cari orang! Aku tak perlukan kawan." Tolak Anna Suraya.
"Muka dah cantik... Perangai jek hodoh!" Umairah memegang dagu Anna Suraya.
"Jangan sentuh aku!"
Anna, kau sengaja kan nak tarik perhatian Aiman? Sebab tu kau tak nak berkawan dengan orang lain! Biar Aiman kesian kat kau." Tuduh Umairah.
"Oh... Pasal Aiman ya?" 
"Kau tahu tak yang Dira ni paling sesuai bergandingan dengan lelaki macam Aiman. Bukannya kau!"
Anna Suraya memandang Nadhirah tidak berkelip. Lansung tidak menghiraukan Umairah yang sedang bercakap dengannya.
"Kesian kau, Dira... Tapi macam manalah Aiman nak terpikat dengan perempuan macam kau. Nama jek anak 'Dato' tapi aku nengok tak ada gaya anak 'Dato' pun. Ada ke pergi sekolah dengan muka yang pucat tak bermaya dan berminyak ni? Padanlah berkawan pun dengan 'Sharifah' yang bercermin mata dan bertocang kuda. Kauorang berdua ni buta fesyen tahu tak! Lansung tak tahu bergaya! Kalau nak dapatkan perkhidmatan tentang penampilan diri daripada aku, jangan malu-malu ya."
"Kau!" Umairah menahan sabar.
"Loceng dah berbunyi tu. Waktu rehat dah habis. Nanti Aiman catit nama lagilah peluang kau tipis nak pikat dia." Anna Suraya menitipkan pesanan sebelum masuk ke dalam kelas.
"Kurang ajar!"
"Myra... Muka aku berminyak sangat ke?"
"Ada ubi ada batas..." Umairah berkata perlahan.



"Kauorang semua nak dengar cerita tak?" Umairah bersuara agak kuat.

"Nak mengumpatlah tu..." Anna Suraya tidak menghiraukan Umairah dan Nadhirah yang sudah dikelilingi rakan sekelas mereka.
Dia lagi suka membaca buku sewaktu cikgu tiada. Tak macam rakan sekelas yang lain. Mereka lebih suka berbual. Budak kelas Anna Suraya boleh tahan juga! Kalau Aiman ada, sikit punyalah baik. Bila Aiman tak ada semua naik minyak. Bising mengalahkan pasar malam! 
Selalunya waktu cikgu-cikgu bermesyuarat, pengawas akan menjaga setiap kelas untuk memastikan pelajar-pelajar tidak membuat bising. Aiman selaku ketua pengawas pula akan meronda daripada satu kelas ke kelas yang lain.
Hari ni nampaknya Nazmi yang akan menjaga kelas mereka. Padanlah rakan-rakan yang lain tak takut sebab Nazmi pun 2x5 juga dengan yang lain. Nak harapkan ketua kelas, Naqiu, dia mana berani nak tegur budak-budak kelas. Dia jadi ketua kelas sejak daripada tingkatan 1 lagi adalah hasil daripada undian rakan-rakan sekelas, tu pun sebab mereka senang nak gunakan Naqiu. Jadinya setiap tahun kedudukan Naqiu dah terjamin, cuma Naqiu tak boleh sesuka hati arahankan mereka kalau nak dapatkan undian untuk tahun berikutnya.
Kawan  baik Aiman, Fikri dan Amirul tak ada di dalam kelas sebab bertugas juga. Kalau tak amanlah sikit kelas ni. Fikri dan Amirul mengugut akan melaporkan pada Aiman jika mereka tidak mendengar kata. Sekolah ni dah melahirkan ramai pengawas yang bertanggungjawab dan berwibawa seperti Aiman, Fikri, Amirul, dan Haikal. Cuma tak tahu macam mana Nazmi boleh lulus dalam perlantikan. Mungkin sebab pengaruh bapa dia kot. Bapa Nazmi ialah tokoh koprat yang agak terkemuka di kawasan itu. 
"Aku nak cerita kat kauorang pasal seorang budak perempuan ni. Dia tu memang bergaya bila ke sekolah. Kat sekolah ni tak ada yang dapat kalahkan dia. Tapi dia selalu berseorangan, tak ada yang nak berkawan dengan dia. Semua salah dia, bukan salah  budak-budak sekolah ni. Mana orang nak dekat dengan dia. Perangai pelik semacam."
Anna Suraya menghentikan pembacaan apabila merasakan yang Umairah bercerita mengenai dirinya.
"Yang kau sibuk-sibuk hal aku ni apahal?" Sergah Anna Suraya.
"Kitaorang bukan nak sibuk, tapi kitaorang kesiankan mak ayah kau."
"Betul tu... Kesian diaorang... Kais pagi prepare untuk makan malam. Kau pula sesuka hati jek habiskan duit mereka untuk bergaya." Sokong Nadhirah.
Anna Suraya menarik rambut Nadhirah dan membuatkan gadis itu menjerit kecil. Umairah segera membantu rakannya. Umairah menarik semula rambut Anna Suraya. Pertengkaran kecil berlaku di dalam kelas mereka di tambah sorakan daripada rakan sekelas yang menyorak nama Nadhirah dan Umairah. Tiada seorang pun yang mahu menyokong Anna Suraya. 
Nazmi selaku pengawas yang bertugas menjaga kelas tidak mampu berbuat apa-apa. Ada juga dia menyuruh mereka berhenti bergaduh tetapi arahan Nazmi tidak dilayan. Malah dia dimarah oleh rakan-rakan yang lain.
"Kenapa bising-bising ni?" Aiman yang baru masuk ke dalam kelas menghampiri tempat mereka berkumpul.
Mereka yang lain berhenti daripada bersorak. Anna Suraya, Nadhirah, dan Umairah masih meneruskan aksi tarik-menarik. Lansung tidak menghiraukan kehadiran Aiman.
"Anna!" Aiman menarik Anna Suraya ke belakang.
Anna melepaskan pautan tangan Aiman daripada bahunya lantas menarik rambut Nadhirah dan Umairah semula.
"Anna, dahlah tu!" Aiman memaut pinggang Anna Suraya pula dengan niat untuk menghalang pergaduhan ini daripada terus berlanjutan.
"Lepaskan saya!" Anna Suraya cuba melepaskan pegangan tangan Aiman tetapi tidak berjaya.
"Aiman... Kenapa ni?"
Tanpa mereka sedari, Cikgu Rania telah masuk ke dalam kelas.
"Eh..." Aiman terkedu, tidak tahu mahu menjawab apa.
Umairah membetulkan kedudukan cermin matanya. Nadhirah pula laju mengikat rambut setelah ikatan rambutnya terlepas sewaktu dalam pergaduhan tadi. Semuanya hasil kerja Anna Suraya. 
Anna Suraya melepaskan pegangan tangan Aiman yang semakin longgar pada pinggangnya dan beredar keluar daripada kelas itu.
"Aiman?"
"Semuanya salah An..!" 
"Kitaorang berlakon cikgu!" 
Umairah tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana Nadhirah telah memotong terlebih dahulu.
"Minggu ni saya ingat nak pergi uji bakat. Sebab tu minta tolong dengan semua orang untuk sesi latihan." Nadhirah tersenyum sambil memandang Umairah.
"Uji bakat? Betul ke Aiman?" Cikgu Rania masih berasa curiga.
"Eh... Betul cikgu... Semua yang berlaku tadi hanya lakonan semata-mata..." Aiman berasa serba-salah.
Dia tiada niat untuk berbohong tetapi kalau dia mengatakan hal yang sebenarnya Aiman takut Anna Suraya yang akan dipersalahkan. Maklumlah, rakan-rakan sekelas yang menyaksikan pergaduhan ini tiada seorang pun yang akan membela Anna Suraya. Itu yang Aiman pasti.
"Anna keluar pun sebab lakonan ke?" Soal Cikgu Rania lagi.
"Ya cikgu..."
"Okey... Kalau macam tu semua boleh duduk tempat masing-masing sekarang ni." Cikgu Rania memberikan arahan.
"Cikgu... Saya nak ke tandas sekejap." Aiman meminta kebenaran sebelum keluar daripada kelas.



Ep.4


Aiman menunggu Anna Suraya di luar tandas perempuan dengan penuh perasaan bimbang.

"Dia menangis ke kat dalam ni?"
Setelah hampir 3 minit menunggu, Anna Suraya akhirnya keluar juga daripada tandas. Dia memandang Aiman dengan perasaan hairan.
"Awak nak buat spot check kat tandas perempuan ke?" 
"Anna! Awak okey? Awak menangis ke?" Tanya Aiman bertalu-talu.
"Buat apa saya nak menangis pula?" Soal Anna semula.
Dia tidak faham kenapa Aiman menanyakan soalan yang begitu kepadanya.
"Kan tadi awak bergaduh dengan Dira dan Myra..."
"Saya takkan menangis untuk orang-orang yang tak ada kepentingan dalam hidup saya." Tegas Anna Suraya.
"Habis tu... kenapa awak bergegas keluar?" Aiman masih belum berpuas hati.
"Rambut saya kusut-masai tadi. Malulah orang lain nengok. Nanti jatuh imej saya!" Anna Suraya menerangkan hal yang sebenar.
"Hah? Buat penat jek saya risau fikirkan pasal awak!"
"Ada?" Anna menyoal Aiman dengan muka yang serius.
"Ada apa?" Aiman pelik dengan soalan yang diajukan oleh Anna Suraya.
"Ada saya suruh?" Kata Anna Suraya tanpa perasaan.
"Sengal!" Marah Aiman.
"Dah, pergi balik kelas. Atau... awak nak saya catit nama awak buat kali yang kedua hari ni?" Aiman menggunakan kuasa yang ada padanya.
"Nak balik kelaslah ni!" Anna Suraya berasa benggang.
Dia tidak suka setiap kali Aiman menggunakan jawatan yang ada pada dirinya untuk memberikan arahan.
"Tada pengawas poyo!" Anna Suraya tersenyum sinis sebelum berlalu pergi.
"Eh... Tadi tu dia senyum kat aku ke?" Aiman menampar perlahan pipinya untuk memastikan yang dia tidak bermimpi.




Pelajar-pelajar laju menuju ke pagar sekolah. Masing-masing tidak sabar untuk pulang ke rumah. Inilah ragam mereka. Kalau loceng pagi berbunyi tak ramai yang teruja untuk masuk ke dalam kelas. Loceng rehat berbunyi pula berpusu-pusu mereka menuju ke kantin. Bila loceng berbunyi lagi sekali, terkedek-kedek nak balik kelas. Loceng yang akhir memang semua menanti-nantikannya.

"Dira, kenapa kau bela Anna tadi?" Umairah menyoal Nadhirah yang berjalan beriringan dengannya.
Belum sempat Nadhirah menjawab, Aiman sudah menyaingi langkah mereka.
"Dira, Myra, maaf gangu... Boleh saya tahu apa yang dah berlaku kat kelas tadi?" Soal Aiman sopan walaupun hatinya membuak-buak ingin tahu.
Adab kena jaga!
"You jangan nak salahkan I dengan Dira! Anna yang mulakan dulu!" Umairah membela diri.
Hakikatnya dia dan Nadhirah yang mencari pasal dengan Anna Suraya dahulu. Sebab tu Anna Suraya menarik rambut mereka dan pergaduhan pun berlaku.
"Myra! Kita tak boleh nak salahkan Anna seratus-peratus. Kalau kita tak tanya pasal pekerjaan ayah dia tadi mesti semua ni tak berlaku..."
"Oh... Got it! Thanks." Aiman meninggalkan mereka berdua setelah mengucapkan terima kasih.
"Dira... Baru aku faham!" Umairah tersenyum lebar.
"Di mata Aiman, aku mestilah kena nampak macam angel." Nadhirah juga tersenyum puas hati.




"Hari ni saya tak lewat. Ada lagi 5 minit sebelum loceng berbunyi. Rambut pun no dandan-dandan. Saya ikat satu jek ni. Tak nampak ke?"

Haikal memicit dahinya. Pening kepala dia melihat dua orang manusia di hadapannya itu. Pagi-pagi lagi dah nak bertekak. Tak boleh ke bincang elok-elok? Aiman ambil nama Anna Suraya, beritahu kesalahan dia apa, lepastu bagi perempuan tu masuk. Habis cerita! Bukannya Aiman tak kenal Anna Suraya pun. Dahlah perempuan tu pelik, Aiman berniat nak jadi orang pelik juga ke!
"Awak nak ke sekolah, bukannya nak pergi pertunjukkan fesyen. Maka tak perlulah awak pakai rantai, gelang, dan anting-anting tu."
"Relakslah... Bukan emas pun!"
"Peraturan tetap peraturan. Awak perlu patuhinya hatta awak ni kekasih ketua pengawas sekali pun."
"Siapa nak pengawas poyo tu! Tak ingin okey!"
Anna Suraya cepat-cepat menanggalkan aksesori yang dipakainya dan diletakkan semua sekali di tangan Aiman sebelum beredar meninggalkan kawasan pagar sekolah.
"Alergik betul dengan pengawas poyo ya?." Aiman ketawa kecil.




"Dah minta maaf kat Dira dan Myra?"

Anna Suraya memandang Aiman. Kenapa pula dia kena minta maaf dengan minah dua orang tu?
"For what?" Soal Anna dengan nada yang berlagak.
"Diaorang tak ceritakan hal yang sebenarnya kat Cikgu Nia semalam." Jelas Aiman.
"Ada saya kisah?"
"Anna... Tak baik macam tu..." Nasihat Aiman.
"Awak dah siap kerja add math yang cikgu bagi semalam? Pinjam!" Anna Suraya mengubah topik.
Aiman menggeleng kecil melihat tingkah-laku Anna Suraya tetapi dia tetap memberi pinjam Anna Suraya buku latihannya. Aiman tahu Anna Suraya bukannya tak pandai cuma gadis itu malas ingin membuat kerja rumah yang telah cikgu berikan.
Dahulu masa Anna Suraya tidak menyiapkan latihan yang diberikan oleh cikgu, Aiman hanya melihat sahaja. Baginya itu tanggungjawab Anna Suraya sebagai seorang pelajar untuk membuat kerja-kerja rumah yang diberikan. Tetapi setelah Anna Suraya dirotan oleh cikgu Fizik mereka sewaktu berada di tingkatan 4, Aiman mula mengambil berat. Dia akan menanyakan Anna Suraya setiap kali kelas sama ada gadis itu sudah menyelesaikan kerja rumah yang diberikan atau pun tidak. Jika belum, Aiman sendiri yang  akan menawarkan diri memberi Anna Suraya menyalin jawapannya. Sejak hari itu Anna Suraya tidak malu untuk meminjam buku latihan Aiman. Bagi Anna rezeki jangan ditolak, musuh tak payah di cari tapi kalau dah datang sendiri apa lagi lawan habis-habisanlah.
Anna Suraya tak pernah walau sekali pun mengucapkan terima kasih kepada Aiman kerana memberi pinjam buku latihannya. Apatah lagi meminta maaf kerana selalu menyusahkan lelaki itu. Dia tak minta semua tu. Aiman yang sibuk-sibuk pedulikan dia. Mereka nak dikatakan berkawan baik memang tak bolehlah sebab selalu jek bertikam lidah. Nak kata musuh pun tak sesuai juga sebab Aiman tak pernah memusuhi Anna Suraya. Jadi, hubungan mereka ni dinamakan hubungan yang tak bernama. Masa mula-mula dahulu orang ada gosipkan mereka juga tetapi setelah mereka mengenali Aiman dengan lebih dekat, gosip tu hilang entah ke mana. Bagi mereka Aiman memang baik orangnya, tak hairanlah dia tidak menjauhi Anna Suraya macam orang lain. Lagipun Aiman seorang pengawas yang begitu prihatin dengan masalah yang menimpa kawan-kawan sekolahnya. Aiman bukan orang yang cepat menghukum atau melabel orang lain.




"Okey semua... Cikgu nak beritahu yang mulai minggu depan kita akan mulakan kelas tambahan macam biasa. Jangan nak ponteng-ponteng ya." Cikgu Rania mengingatkan murid-muridnya.

Daripada tingkatan 1 lagi sekolah ini mewajibkan pelajar-pelajarnya menghadiri kelas tambahan yang telah diperuntukkan. Selalunya kelas akan bermula setelah dua bulan persekolahan.
"Baru sebulan naik sekolah dah ada kelas tambahan cikgu?" Runggut Umairah.
"Tahun ni kita mula awal."
Terdengar keluhan daripada pelajar-pelajar.
"Semuanya untuk kebaikan kamu semua juga."
"Cikgu, latihan sukan saya macam mana?" Soal Nazmi.
"Nazmi dan Aiman ada pengecualian. Selalunya kamu berdua pergi latihan sukan lepas kelas tambahan habis. Mesti penatkan? Tahun ni kami consider yang kamu nak SPM. Jadinya ada perubahan sikit. Kelas tambahan hari isnin hingga khamis, latihan sukan pula setiap petangkan?"
"Jadinya kitaorang tak payah pergi kelas tambahan ya cikgu?" Nazmi tersenyum suka.
"Kamu berdua pergi latihan sukan hari jumaat hingga ahad jek. Saya dah beritahu Cikgu Kamal. Dia tak ada masalah."
"Ah? O... Okey, cikgu..." Mati terus senyuman Nazmi tadi.
 "Maaf cikgu... Kami ada pemeriksaan mengejut." Beritahu Aiman yang berada di luar kelas bersama pengawas-pengawas yang lain.
"Oh... Silakan masuk." Cikgu Rania memberikan keizinan pada serombongan pengawas yang datang.
Padanlah selepas waktu rehat Aiman, Fikri, dan Amirul tidak masuk ke dalam kelas. Mereka ada tugasan khas rupanya.
"Jimmy... Kau pergi kelas sebelah. Kat sana tak cukup pengawas nak buat pemeriksaan." Arah Aiman.
"Eh... Baik..." Nazmi bergegas pergi ke kelas sebelah seperti yang di arahkan oleh Aiman.
Kantoi yang dia tak pergi bilik pengawas tadi untuk hantar laporan setiap kali lepas waktu rehat!
Nak hantar laporan macam mana, dia ponteng tugasan hari ni. Malas nak lepak kat perpustakaan. Bosan!
Pengawas-pengawas yang ada berpecah untuk memeriksa beg pelajar-pelajar.
"Dira. Beg awak?" Soal Aiman serius.
Begitulah Aiman, setiap kali melakukan tugasan tidak pernah main-main. Mukanya akan diseriuskan supaya pelajar lain hormat dan tidak memijak kepalanya.
"Eh..." Dengan teragak-agak, Nadhirah menghulurkan begnya kepada Aiman.





Ep.5

Aiman mengeluarkan satu-persatu barang-barang yang ada di dalam beg Nadhirah.
"Kenapa bawa handphone ke sekolah? Awak tahukan salah?" Aiman berkata tegas.
"Tahu... Maaf Aiman... Lain kali saya tak buat lagi..." Nadhirah menahan air mata yang ingin gugur.
"Saya terpaksa rampas handphone awak. Akhir tahun baru boleh dapat balik. Kalau nak tuntut sim kad, awak jumpa Cikgu Ayu." Pesan Aiman.
Aiman terus menuju ke meja Anna Suraya setelah merampas telefon bimbit yang dibawa Nadhirah.
"Nampak resah semacam jek." Aiman bersuara perlahan, tidak mahu orang lain dengar.
"Mana ada..." Anna Suraya menafikannya.
"Mesti awak bawa bom ni, nak bom pengawas poyo yang awak tak nak dan tak inginkan tu." Sindir Aiman sambil tersenyum kecil.
Haikal yang turut berada di dalam kelas itu untuk membuat pemeriksaan mengerling Aiman sekilas. Dia tidak percaya yang Aiman boleh tersenyum sebegitu semasa menjalankan tugasan. Selalunya Aiman agak serius dan tidak pernah tersenyum semasa bertugas. Kalau tersenyum bila berselisih jalan dengan pelajar lain tu normallah.
"Tak payah hairan. Aiman layan Anna lain sikit daripada orang lain." Bisik Fikri.
Dia faham  maksud kerlingan Haikal tadi. Maklumlah Haikal tidak pernah sekelas dengan mereka jadi mesti dia tidak tahu akan hal ini.
"Boleh patik periksa beg Tuan Puteri?" Aiman menghulurkan tangan, meminta beg Anna Suraya.
Dengan perlahan Anna Suraya menghulurkan beg kepada Aiman. Aiman membuka zip beg Anna Suraya dan melihat isi di dalamnya.
"Eh?" Aiman memandang Anna Suraya tidak berkelip.
Anna Suraya menundukkan wajahnya. Malu mahu melihat muka Aiman.
"Dah besar-besar pun main dengan teddy bear lagi?" Aiman mengeluarkan teddy bear daripada beg Anna Suraya sambil tersenyum mengejek.
Rakan sekelas yang lain mengetawakan Anna Suraya. Aiman serba-salah dibuatnya. Dia tidak berniat untuk memalukan Anna Suraya sebenarnya.
"Kalau awak nak tuntut teddy bear ni, jumpa Cikgu Ayu."
"Baik..." Anna Suraya terpaksa akur melihat teddy bear kesayangannya dirampas oleh pengawas poyo itu.



Umairah memujuk Nadhirah yang sedang menangis teresak-esak.
"Dira, janganlah nangis lagi... Telefon aku lagilah baru beli minggu lepas. Aku tak nangis pun."
"Aku bukan sedih sebab phone aku kena rampas..."
"Habis tu?"
"Aiman mesti tak suka kat aku... Aku dah lakukan kesalahan displin... Mesti dia ingat aku ni bermasalah..." Jelas Nadhirah.
"Sebelum ni dia suka kat kau ke?"
"Myra!"
"Hehehe.. Gurau jek." Umairah ketawa kecil.
"Aku rasa Aiman takkan bencikan kaulah. Kalau tak mesti dengan Anna sekali dia benci. Minah tu lagi bermasalah." Umairah memberikan pandangannya.
"Betul ke?" Nadhirah mengelap air mata yang masih bersisa di pipinya.
"Nanti kau tegur jek dia macam biasa." 




"Kaka..." Anna Suraya termenung jauh bila mengingat tentang teddy bearnya yang telah dirampas oleh Aiman itu.
"Aku kena jumpa dia!"
Anna Suraya nekad meredah bilik pengawas untuk mencari Aiman. Tadi setelah habis waktu kelas, Aiman terus keluar daripada kelas. Jadi Anna Suraya mengagak yang dia ada mesyuarat pengawas. Nazmi, Fikri, dan Amirul turut menghilang. Itu menambahkan lagi keyakinan Anna Suraya. Selalunya Nazmi paling lambat keluar daripada kelas kerana dia suka menganggu Anna Suraya yang sedang bersiap untuk balik. Anna Suraya memang suka keluar lambat sebab dia tidak suka bersesak-sesak dengan pelajar lain. Aiman tidak pernah tahu akan hal ini. Kalau tidak mesti sudah lama dia menegur sikap Nazmi itu. Aiman busy orangnya. Selaku ketua pengawas dan ketua pelajar, dia perlu ke sana-sini untuk menguruskan kerja pada waktu lapang. 
Nasib Anna baik kerana pintu bilik pengawas tidak bertutup.
"Aiman ada?" Soal Anna Suraya tanpa memberi salam terlebih dahulu.
"Eh... Dia ke surau. Solat." Jawab Haikal yang agak terperanjat dengan kehadiran Anna Suraya di situ.
"Okey." Anna Suraya terus pergi daripada situ setelah mendapat tahu orang yang dicarinya tiada.
"Main blah macam tu jek?" Haikal mengarukan kepalanya yang tidak gatal.
"Biasalah, Anna pula." Fikri tidak hairan seperti Haikal.

"Baik aku tunggu kat luar jek..." Anna Suraya menunggu Aiman di pondok rehat yang berhampiran surau sekolah tersebut.
Setelah menunggu hampir 30 minit, Anna Suraya masuk ke dalam surau melalui pintu masuk bahagian solat perempuan untuk mengintai Aiman daripada celah tirai yang memisahkan tempat solat lelaki dan perempuan. 
Aiman sedang membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Anna Suraya yang mendengar bacaan Aiman cuba menghayati apa yang Aiman ungkapkan daripada mulutnya.
"Sedap..." Puji Anna Suraya perlahan.
Anna Suraya tidak menyangka yang dia akan memuji Aiman. Ni buat kali pertamanya dia memuji orang lain! Dia sendiri pun tidak percaya.
Akhirnya Anna Suraya memutuskan yang dia akan bercakap tentang hal teddy bear itu dengan Aiman pada keesokan harinya sahaja.




"Awak nak semula teddy bear tu? Kenapa minta kat saya pula? Jumpalah Cikgu Ayu sendiri." Aiman tidak menyangka yang Anna Suraya akan bercakap dengannya terlebih dahulu.
Selalunya setiap kali dia mencatit nama gadis itu di dalam buku catatan, Anna Suraya akan menghadiahkannya jelingan yang tajam bonus berserta muka yang penuh mencuka. Gadis itu akan bersuara pun setelah Aiman terlebih dahulu memerlinya.
"Kal, kau take over sekejap. Nanti aku datang balik" Aiman meminta Haikal mengambil alih tugas menjaga pintu pagar secara seorang diri.
Lagipun memang tugas Haikal untuk membantu Aiman. Tempat Haikal akan bertukar dengan orang lain pada setiap minggu. Hanya Aiman yang setia di pintu pagar itu.
"Kalau saya berani jumpa dia, saya takkan suruh awak ambil balik teddy bear saya tu." Kata Anna Suraya setelah dia dan Aiman berada sedikit jauh daripada kawasan pagar.
Iyalah, takkan nak cakap dekat-dekat situ, nanti ada mata yang memandang. Selalunya mereka bertekak, jadi tak adalah yang nak bergosip. Hari ni baik punya Anna Suraya tegur Aiman. Mesti orang lain pun pelik bila mereka berdua boleh berbual tanpa sindiran daripada Aiman dan jelingan tajam daripada Anna.
"Why me?"
"Kenapa awak? Sebab awak punya pasallah teddy bear saya kena rampas tau!" Marah Anna Suraya.
Tadi baru jek cakap yang mereka tidak pernah berbual tanpa disertai dengan pertengkaran.
"Saya terpaksa jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab. Tak boleh pilih kasih walau pun awak ni buah hati ketua pengawas yang poyo tu."
"Siapa buah hati dia ah? Tak ingin tahu tak!"
"Tahu... Tahu... Semalam awak dah cakap."
"Ish!" Sakit hati Anna Suraya jek bila bercakap dengan Aiman ni.
"Sorrylah Tuan Puteri, patik tak dapat tolong Tuan Puteri. Siapa suruh Tuan Puteri bawa teddy bear ke sekolah. Tuan Puteri dah besar dah. Dah boleh ambil alih tampuk pimpinan ayahnda Tuan Puteri. Ada ke main dengan anak patung lagi macam budak kecil."
"Aiman!" Jerit Anna Suraya perlahan.
Kalau menjerit kuat karang semua orang nengok pula.
"Ya sayang..." Aiman berkata perlahan.
"Gila!" Anna Suraya  cepat-cepat pergi daripada situ.
Makin layan makin tak betul pula Aiman ni!
"Kesian aku... Mula-mula poyo, lepastu gila pula." Aiman tidak berasa marah sebaliknya ketawa kecil dengan kata Anna Suraya terhadap dirinya tadi.




Ep.6

"Hai, awal datang hari ni." Tegur Aiman apabila melihat Anna Suraya berlalu melepasi pagar sekolah.
"Mama saya dah beli bateri baru untuk jam loceng kat rumah!" Jawab Anna Suraya selamba.
"Hey, pasangan unik kita ni pagi-pagi lagi dah bertekak." Usik Fikri yang turut bertugas menjaga pagar bersama Aiman untuk minggu ini.
"Siapa bercinta dengan mamat poyo ni?" Anna Suraya merenung Fikri dengan pandangan yang garang.
Fikri ni hilang akal apa pagi ni tiba-tiba ramah pula nak tegur Anna Suraya.
"So... Sorry..." Takut Fikri bila lihat Anna Suraya buat muka garang macam tu.
Memang lepas ni dia takkan tegur Anna Suraya lagilah jawabnya.
"Garang sangat!" Aiman ketawa kecil melihat Fikri yang ketakutan  akibat disergah Anna Suraya tadi.
"Saya tak suka kena gosip dengan awak." Kata Anna Suraya.
"Kenapa pula? Saya bukan lelaki idaman awak ke?"
"Tak pernah masuk senarai!" 
Anna Suraya terus membuka langkah untuk beredar pergi daripada situ. Dia tidak suka bila Aiman mengaitkan dirinya dengan diri lelaki itu. Perasan bagus sangat!




"Anna, nengok wayang sama-sama nak tak? Kalau tak nak hari ni esok pun boleh." Nazmi masih tidak berputus asa mengajak Anna Suraya keluar.
"Jimmy, aku blah dulu!" Naqiu orang yang terakhir keluar daripada kelas itu. Tidak termasuk Anna Suraya dan Nazmi. Anna Suraya memang akan keluar paling akhir. Nazmi pula kalau datang mood nak kacau Anna Suraya, sanggup di tunggunya gadis itu walau pun dia ada hal lain yang nak di buat.
"Esok dah start kelas tambahan." Anna Suraya malas nak layan Nazmi sebenarnya tetapi selama dia berdiam diri, selagi tu Nazmi akan mendesak. 
"Hari ni?"
"Aku nak balik!"
"Alah, nanti aku hantarlah kau balik. Okey tak?"
"Tak okey lansung!"
Anna Suraya sudah bersedia untuk keluar daripada kelas. Begnya disangkut pada bahu kanan. Sebaik sahaja dia ingin bangun daripada kerusi yang diduduki, Nazmi menarik beg Anna Suraya ke belakang dan ini menyebabkan gadis itu terduduk semula.
"Apa ni!" Marah Anna Suraya.
"Janganlah sombong sangat dengan aku!" Kata Nazmi.
Sakit hati pula dia nengok Anna Suraya nak tak nak jek layan dia. Kalau dengan Aiman bukan kemain lagi!



"Aiman, laporan minit mesyuarat hari tu mana? Sofia dah bagi kat kau belum?" Tanya Haikal.
"Dia ada datang kelas aku waktu rehat tadi bagi laporan tu. Katanya tak boleh datang bilik pengawas hari ni sebab kelas tambahan dia dah start. Kalau datang pun lepas habis kelas. Kita dah balik rasanya waktu tu sebab kita bukan ada kelas tambahan pun hari ni." Jelas Aiman.
Kelas tambahan untuk kelas Aiman tiada kerana Cikgu Rania MC hari ni. Haikal pula tiada kelas tambahan kerana kelas dia sepakat untuk memulakannya pada minggu hadapan. Dalam kelas Haikal ramai yang terlibat dengan persatuan. Sekolah pula baru dibuka jadi masing-masing agak sibuk mahu menguruskan hal-hal persatuan. Nasib baik pengetua memberikan keizinan.
"Kenapa bukan kau jek yang bagi, Kal? Kelas kau dengan Sofia sebelah-sebelah jek. Tak payah dia penat-penat naik tingkat 4 untuk bagi fail tu kat aku."
"Kau ni... Takkan tak nampak lagi kot?"
"Nampak apa?"
"Sofia tu suka kat kau!"
"Betul tu!" Sampuk Fikri.
"Tak percaya cuba tanya Mirul. Sofia tu sepupu dia." Haikal cuba menyakinkan Aiman.
"Betul Aiman. Piya syok kat kau." Amirul turut menyokong apa yang diperkatakan oleh Haikal.
"Dahlah. Malas nak cakap pasal tu." Aiman tidak ambil pusing.
"Fine... Hah! Mana failnya?" Haikal terpaksa mengalah.
"Eh... Aku tertinggal kat bawah mejalah!"
"Nak suruh aku ambilkan tak?" Fikri menawarkan diri.
"Aku pergi ambil!"
Walaupun Aiman merupakan ketua pengawas, dia tidak penah menyalah gunakan kuasa yang ada padanya malah dia tidak suka mengarahkan orang lain sesuka hati untuk mengikut telunjuknya.




"Kau tak nak layan aku sebab Aiman ke?" Soal Nazmi kepada Anna Suraya.
Beg gadis itu masih belum dilepaskannya lagi.
"Apa kaitannya dengan Aiman pula ni?" Anna Suraya jadi hairan dibuatnya.
Kenapa tiba-tiba Nazmi kaitkan dirinya dengan Aiman pula? Kan Nazmi sedia maklum yang Anna Suraya tak suka bergaul dengan orang lain, dia suka bersendirian. Kalau dia tak layan Nazmi pun atas alasan tu, bukan sebab Aiman. Lagi pun Nazmi tidak mengikut standard cita rasa lelaki yang Anna Suraya dah tetapkan!
"Semua orang kecoh, cakap kau cuba pikat Aiman. Sebab tu kau selalu buat hal. Kau sengaja nak tarik perhatian dia." Beritahu Nazmi.
"Hah?" Anna Suraya sedikit tercenggang.
Dia ingatkan lepas gosip yang dahulu, orang takkan kaitakan dia dengan Aiman lagi. Aiman memang suka sibuk hal orang lain, bukan hal Anna Suraya seorang sahaja. Aiman ketua pelajar jadi kena dekati pelajar. Tu jek!
"Kali ni tak sama macam dulu. Diaorang siap cakap kau goda Aiman lagi. Dulu orang ingat Aiman yang cuba nak dekati kau. Sekarang memang kau yang disalahkan. Kau guna cara kotor untuk dapatkan Aiman. Kau pura-pura bermasalah selama ni untuk tarik minat dia mengenali kau dengan lebih dekat."
"Bila pula aku jadi pelajar bermasalah ni?" Sangkal Anna Suraya.
"Nazmi, kau buat apa tu?" Sergah Aiman yang tiba-tiba muncul di situ.
Nazmi segera melepaskan beg Anna Suraya.
"Aku... saja nak berbual dengan Anna."
"Tapi aku tak nak berbual dengan kau."
"Eh..."
"Lain kali aku tak nak nampak kau kacau Anna lagi. Faham?" Aiman berkata tegas.
Nazmi mengambil begnya dan terus keluar daripada kelas.
"Anna, awak okey tak?" Tanya Aiman penuh prihatin.
"Heh..." Anna memandang Aiman lama sebelum turut keluar.
"Kenapa tu?" Aiman hairan melihat Anna Suraya yang tiba-tiba pergi tanpa berkata sepatah pun.
Memanglah nak tunggu Anna Suraya ucapkan terima kasih dalam mimpi jek. Paling tak gadis itu akan cakap macam ni '"Okey jek!" Tak pun "Awak nengok saya macam tak okey ke?" Tapi kenapa tadi tiada satu pun kata sombong yang Anna Suraya keluarkan?




"Aku sengaja buat hal sebab nak tarik perhatian Aiman? Orang ingat macam tu ke? Entah-entah Aiman pun fikir macam tu juga?" Anna Suraya bermonolog seorang diri setelah keluar daripada kelas.
"Tak boleh jadi ni... Mesti pengawas poyo tu perasankan? Ingat aku suka kat dia!"
Anna Suraya tak boleh bayangkan wajah bangga Aiman. Mesti dia akan berlagak dengan Anna Suraya. Sukalah tu sebab akhirnya Anna Suraya tunduk kat dia juga. Anna Suraya takkan biarkan semua ni berlanjutan!
"Heh... Baiklah! Aku akan buat macam ni!"




"Aiman, lama awek kau tak datang lambat."
"Awek aku?"
"Anna!"
"Oh..."
"Aku dengar daripada budak pengawas yang lain, dia dah tak ada buat hal lagi dah."
"Agaknya dah insaf kot? Baguslah kalau macam tu!" Aiman tersenyum kecil.
"Kat kelas pun dia dah lain sekarang ni. Tak ada lagi bawa alat solek dia semua. Cermin snow white tu pun dah hilang entah ke mana. Tapi... makin sombonglah... Aku tegur pun dia buat tak layan. Last-last aku cakap seorang diri!" Tambah Aiman.
"Kau kau perli-perli dia pun dia tak menjawab macam dulu ke?" Soal Haikal hairan.
Hari ni dia menggantikan tempat Fikri yang tidak hadir ke sekolah.
"Sesinis mana pun aku cakap, dia tetap diam juga."
"Agaknya dia baru buat surgery kat bibir kot? Tak boleh banyak cakap, nanti mulut dia sakit. Kalau dah baik nanti baru dia menyinga macam dulu semula." Gurau Haikal.
"Ada-ada jeklah kau ni."





"Anna... Saya dengar daripada kawan-kawan saya, awak dah tak ada buat masalah macam dulu-dulu lagi. Baguslah. Mesti awak dah insafkan?" Aiman menghadapkan mukanya ke arah Anna Suraya.
"Ingatkan dengan saya jek awak dah tak buat hal. Maklumlah, awak tak nak buah hati awak ni marah." Usik Aiman bertujuan memancing perhatian Anna Suraya.
"Siapa buah hati awak!"
Jerat Aiman mengena nampaknya! Anna Suraya ni pantang betul kalau Aiman kata yang gadis itu menyukainya.
"Awak nak tahu kenapa saya tiba-tiba berubah?" Tanya Anna Suraya tiba-tiba.
"Kenapa?" Jawab Aiman laju.
"Sebab saya tak nak menghadap muka awak setiap pagi kat pagar tu." Kata Anna Suraya jujur.
"Awak... nak mengelak daripada saya ke?" Duga Aiman.
"Baguslah kalau awak tahu. Jadinya jangan berbual dengan saya mulai hari ni." Arah Anna Suraya.
"Tapi..." Aiman cuba membantah.
"Awak faham Bahasa Melayu tak?" Anna Suraya berkata sinis.
"Fine!" Geram Aiman dibuatnya.
"Bagus!" Anna Suraya berpuas hati.
"Perempuan pelik..." Gumam Aiman sendirian.




Ep.7


"Aiman, kau dah ambil nama budak tadi?" Tegur Fikri yang baru datang ke kawasan pagar sekolah.
Hari ni Aiman bertugas seorang diri menjaga pagar sekolah kerana temannya untuk minggu ini sakit demam campak dan mendapat cuti selama seminggu. Jadi Fikri sengaja melawat Aiman di situ bertujuan untuk membantu apa yang patut walau pun  dia tahu Aiman mampu menguruskannya seorang diri.
"Eh? Kenapa aku kena ambil nama dia ya?" Soal Aiman buntu.
"Aiman... Jam dah pukul berapa sekarang? Dia lewat tau." Ujar Fikri.
"Ya ke? Kejap! Aku kejar dia."
Fikri menghalang langkah Aiman.
"Kau tak sihat ke, Aiman?" Fikri menunjukkan keprihatinannya terhadap Aiman yang merupakan kawan baiknya.
"Eh... Okey jek. Aku penat sangat kot."



Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik mereka kini akan menduduki peperiksaan SPM pada minggu hadapan. Hubungan di antara Aiman dan Anna Suraya pula semakin suram. Anna Suraya semakin jauh daripada Aiman. Di dalam kelas, Anna Suraya akan membisu. Gadis itu akan bersuara jika ada tujuan kerja jek. Kat kelas tambahan pun sama. Anna Suraya dah tak datang lambat lagi dah ke sekolah. Malah sentiasa mematuhi peraturan yang sekolah tetapkan. Tak macam dulu, dia buat sekolah ni macam sekolah milik keluarga dia. Semua orang pelik kenapa Anna Suraya berubah. Cuma satu jek yang sama, Anna Suraya takkan biarkan orang lain mendekatinya. Gadis itu tetap sombong seperti dahulu. Nadhirah pula tetap tak berjaya dalam memikat hati Aiman walau pun Aiman sudah tidak rapat dengan Anna Suraya lagi. Nampak sangat yang Aiman tak sukakan dia. Nadhirah seorang jek yang masih tak perasaan. Nazmi tetap suka menganggu Anna Suraya. Cuma kalau depan Aiman dia tak beranilah. Meski Anna dah tak nak layan Aiman, Aiman tetap ketua pengawas. Bila-bila masa Aiman boleh ambil tindakan terhadap Nazmi, sebab tu Nazmi takut.



Akhirnya waktu yang dinanti-nantikan muncul juga. Hari ini keputusan SPM akan keluar. Daripada jam 8 pagi lagi pelajar mula datang dan berkumpul sedikit demi sedikit. Kecoh sekolah itu jadinya. Mana taknya, setelah 3 bulan tak berjumpa, hari ini mereka bertemu semula. Masing-masing ada cerita menarik yang nak diborakkan.
"Aiman!" Nadhirah dan Umairah menghampiri Aiman yang sedang berbual dengan rakan-rakannya.
Fikri, Amirul, dan Haikal tersenggih-senggih melihat Nadhirah dan Umairah. Aiman pula tetap dengan muka cool yang selalu ditunjukkannya.
"Awak nak sambung belajar kat mana nanti? Saya dan Myra nak study kat luar negara. Mungkin kat U.K, senang sikit nak shopping. Negara Asia tak banyak tempat yang menarik untuk shopping!" Nadhirah bercakap dengan penuh yakin.
Haikal mencebik kecil. Belum dapat result tapi dah yakin sangat. Mesti diaorang akan masuk kolej swasta kat sana nanti. Orang banyak duit! Tak dapat universiti awam, kolej swasta bila-bila masa jek diaorang boleh masuk.
"Saya lebih suka belajar kat dalam Malaysia jek."
Hilang terus semangat yang ditunjukkan oleh Nadhirah tadi. Fikri dan Amirul pula sudah bantai ketawa sebab tak tahan lihat muka Nadhirah yang jelas kelihatan kecewa.
"Aiman... Anna dah datang!" Haikal menunjuk ke suatu arah.
Anna Suraya yang hadir dengan pakaian ala-ala artis korea mendapat tumpuan pelajar-pelajar lain. Dengan jaket kulit dan cermin mata hitam, Anna Suraya kelihatan begitu bergaya.
"Eh... Awak nak tahu tak? Masa cuti 3 bulan ni saya belajar memasak tau!" Nadhirah ingin mengalihkan tumpuan Aiman daripada terus memandang Anna Suaraya.
"Ya ke?" Aiman sekadar berbahasa.
Kesian pula kat Nadhirah kalau dia tak layan.
"Mummy saya cakap orang perempuan ni memang kena pandai masak tau."
"Betul tu, Aiman. Lebih baik perempuan yang pandai masak daripada perempuan yang tahu bergaya tapi satu kerja rumah pun tak pandai buat." Sokong Umairah.
"Oh ya, you pula buat apa sementara tunggu SPM keluar?"
"Saya tolong mak saya berniaga kerepek kat pasar jek, Myra."
"Eh... Mak you jual kerepek ke?"
"Ah,ah. Kalau awak dan Dira nak order kerepek, telefonlah saya." Aiman menghulurkan kad namanya kepada Umairah dan Nadhirah.
"Nak!" Nadhirah ingin mengambil kad yang dihulurkan oleh Aiman tetapi pantas dihalang oleh Umairah.
"Aiman, kitaorang pergi kantin dulu ya. Haus pula tekak I" Cepat-cepat Umairah menarik Nadhirah pergi.


"Myra! Kenapa dengan kau ni?" Nadhirah merentap pergelangan tangannya daripada Umairah.
"Kau tahu tak betapa susahnya aku nak pikat Aiman. Ni aku ada peluang nak dapat number phone dia, kau kacau daun pula!" Marah Nadhirah.
"Dira! Dia tu anak penjual kerepek!" Terang Umairah.
"So? Apa masalahnya?" Soal Nadhirah.
"Kau nak ke orang cakap anak Dato Malik kahwin dengan anak penjual kerepek?" Psiko Umairah. 
"Alah! Tu kan mak ayah dia. Bukan dia. Aiman tu pandai, mesti kerja bagus-bagus punya."
"Okey... Macam ni... Kalau kau kahwin dengan dia mesti kau kena tolong mak ayah dia jual kerepek kat pasar malam tu juga! Kau nak ke masuk dalam pasar yang ramai orang tu? Bersesak-sesak! Heih!" Umairah membuat muka jengkel.
Nak bayangkan yang dia masuk ke dalam pasar pun tak sanggup, inikan pula kalau betul-betul!
"Eh... Betul juga... Dahlah banyak orang yang busuk-busuk." Akur Nadhirah.
"Lagipun... sekarang ni kita dah habis belajar. Aiman bukan lagi lelaki yang popular. Kau cari jek lelaki lain masa kita study kat U.K nanti." Cadang Umairah.
"Heh. Betul tu. Forget about Aiman!" Nadhirah tersenyum lebar.




Aiman seperti yang dijangka oleh cikgu-cikgu mendapat semua A untuk semua subjek yang diambilnya justeru dia dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah. Anna Suraya tidak kurang hebatnya, berjaya mendapatkan 7A dan 3B . Keputusan SPM Nadhirah dan Umairah biasa-biasa sahaja tetapi keterujaan mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara yang terlebih. Sejak daripada keputusan keluar tadi mereka tidak henti-henti berbincang mengenai barang-barang yang ingin dibeli untuk dibawa ke sana. Malah mereka sudah merancang ingin duduk di luar kampus apabila menyambung pengajian nanti. Tergeleng-geleng kepala Haikal melihat lagat mereka. Haikal memang tidak berkenan dengan perempuan yang gedik macam mereka ni. Anti!




"Anna..." Panggil Nazmi.
"Kau nak apa?" Malas Anna Suraya ingin melayan Nazmi.
"Lawa kau hari ni..." Puji Nazmi.
"Dating jom?"
"Aku nak balik." Anna Suraya tidak menghiraukan Nazmi.
"Kita couple nak?" Nazmi membuat muka tidak tahu malu dan terus mengekor langkah Anna Suraya.
"You are not my taste!" Kata Anna Suraya laju.
Nazmi yang merasa benggang mengenggam kuat lengan Anna Suraya.
"Sakitlah sengal!"
"Apa yang kurang dengan aku ah? Aku tak layak berdampingan dengan kau?"
"Tak!" Anna Suraya masih berani untuk menjawab.
"Nazmi!"
Aiman yang kebetulan lalu, menghampiri mereka.
"Kenapa kau kacau Anna?" Aiman berkata tegas.
"Kau jangan sibuk! Kau bukan lagi ketua pengawas. So, aku dah tak takut pun dengan kau!" Nazmi bersuara kuat.
"Sakitlah tangan aku!" Anna Suraya cuba menolak pegangan tangan Nazmi tetapi tidak berjaya.
"Lepaskan tangan Anna!" Arah Aiman.
"Kenapa aku perlu lepaskan pula?" Cabar Nazmi.
"Anna tak sukakan, jadi janganlah kau kacau dia. Aku rasa kau mesti ada rasa malu. Jadi kalau kau ada perasaan malu tu, baik kau jangan kacau dia lagi."
"Heh!" Nazmi melepaskan juga tangan Anna Suraya dan pergi daripada situ.
"Anna..." Aiman memandang Anna Suraya.
Rasanya sudah lama mereka tidak bertegur sapa.
"Awak apa khabar?" Aiman tersenyum kecil.
"Eh... Nak sambung belajar kat mana?"
"Kan saya dah cakap dulu, jangan berbual dengan saya."  Anna  Suraya bersuara juga akhirnya.
"Apa salah saya, Anna? Kenapa tiba-tiba awak dinggin dengan saya?"
"Maaf... Salah cakap. Awak memang sentiasa dinggin dengan saya. Tapi sejak hari tu awak terlebih-lebih dinggin. Kenapa ya?" Tambah Aiman membetulkan kesilapan ayat yang dikeluarkannya sebentar tadi.
"Aiman. Saya tak nak ada apa-apa kaitan dengan awak lagi. Jadi mulai hari ni anggaplah yang kita ni tak pernah kenal. Kalau terserempak dengan saya kat mana-mana kelak, itulah pertemuan pertama kita. Understand?" Kata Anna Suraya tanpa belas kasihan.
"Tapi...!"
"Ingat apa yang awak cakap kat Nazmi tadi? Mesti awak pun ada rasa malu tu kan?"
Terkedu Aiman dengan perlian sinis Anna Suraya.
"Suka hati awaklah!" Geram Aiman dibuatnya.
"Hehehe.. Tak sangka hari terakhir saya kat sekolah ni saya dapat lihat pengawas poyo yang selalunya cool jadi tak cool." Anna Suraya ketawa kecil.
"Okeylah, Aiman. Tada!" Anna Suraya sempat menghadiahkan senyuman manjanya kepada Aiman sebelum berlalu pergi.
"Eh... Pelik! Tapi... manis juga bila dia senyum..." Aiman tersenyum kecil.
Hilang terus rasa marahnya terhadap Anna Suraya sebentar tadi.







Ep.8

Aiman memilih Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk melanjutkan diploma dalam bidang perakaunan. Begitu juga dengan Anna Suraya tetapi mereka berlainan tempat pengajian. Aiman di UiTM Segamat dan Anna Suraya pula UiTM Kampus Johor Bahru yang terletak di Larkin. Kampus di Larkin ini akan ditutup apabila UiTM Seri Alam di Pasir Gudang siap. Kampus kecil sahaja. Hanya ada 3 jurusan di kampus ini iaitu akaun, bisnes, dan banking.
Anna Suraya sedikit lega apabila mendapat tahu yang dia akan meneruskan pengajian di Johor Bahru juga. Walaupun ia hanya kampus kecil, Anna Suraya tidak ambil peduli. Tak payahlah dia susah-susah tinggal di asrama. Anna Suraya boleh berulang alik daripada rumah ke kampus. Tak ada masalah.
“Mana kelas aku ya?” Anna Suraya menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mencari wajah-wajah yang dikenali. Nanti kalau nampak, ikut sahaja belakang mereka.
Maklumlah, macam tak kenal pula dengan Anna Suraya. Dia mana suka berkawan. Masa orientasi hari tu, ramai yang cuba mendekati gadis ini tetapi macam biasa sapaan mereka akan diabaikan oleh Anna Suraya.
Adam yang memerhatikan gelagat Anna Suraya perlahan-lahan menghampiri gadis tersebut. ‘Muka boleh tahan… Mana tahu boleh mengurat.’ Adam tersenyum nakal.
“Excuse me! Cik adik ni student baru ke?” Tegur Adam.
Anna Suraya yang mulanya agak terperanjat terus memerhatikan jejaka yang menegurnya itu atas ke bawah. Adam yang perasaan dengan keadaan itu merasa hairan.
“Not bad!” Kata Anna Suraya tiba-tiba.
“Apa yang… not bad?” Soal Adam sambil membuat muka keliru.
“Gaya awak! Ada ala-ala model.” Jawab Anna Suraya dengan muka tak berperasaan.
“Oh…” Adam tersenyum bangga.                                         
“Well… Anak Dato mestilah pandai bawa diri macam anak Dato. Takkan saya nak bergaya macam orang kampung pula. Duduk kat bandar ni kenalah tahu berfesyen. Kalau tak, jatuhlah taraf  saya sebagai anak Dato nanti.” Sambung Adam dengan nada berlagak.
“Sound interesting! View kita sama… Fesyen dan gaya tu penting dalam penampilan diri.” Tambah Anna Suraya.
“Adam… Muhammad Danial Adam.” Adam memperkenalkan diri.
“Anna Suraya. Awak boleh panggil saya Anna. Senior?”
“Pelajar part 5 jurusan perniagaan. Awak, Anna?”
“Part 1 akaun.”
“Nice to meet you.” Adam tersenyum manis.
“Okey, saya nak masuk kelas ni. Awak tahu L209 kat mana?”
Alang-alang dah jumpa senior ni, baik tanya terus. Takkanlah senior tak tahu kelas kat mana.
“Awak nengok papan tanda kat setiap pintu. Nanti jumpalah.”
Jawapan daripada Adam tak membantu lansung. Maklumlah, dia pun mengharapkan Rafiq, kawan baiknya untuk mencari kelas selama ini.
“Mangsa kau yang terbaru ke?” Tanya Rafiq yang menghampiri Adam setelah Anna Suraya beredar pergi.
“Part 1, budak akaun”
“Memang playboy sejatilah kau ni.” Rafiq menepuk perlahan bahu Adam sebagai tanda kagum.
“Heh… Anna Suraya…” Adam bersuara perlahan.


“Besar juga UiTM Segamat ni… Ya Allah! Aku lupa dewan kuliah kat mana!” Aiman menepuk dahinya.
“Heh… Baik aku tanya kat orang lain.”
Aiman menghampiri seorang perempuan yang sedang duduk di pondok belajar.
“Assalammualaikum… Maaf gangu.” Tegur Aiman.
“Waalaikummussalam…” Maya menjawab salam yang diberi oleh Aiman bersama kerutan di wajah.
‘Kenapa dia tegur aku ya?’ Kata Maya di dalam hati.
“Senior?”
Maya mengangguk perlahan.
“Maaf kak… Saya nak tanya sikit… Dewan kuliah kat mana ya? Saya budak part 1…” Aiman teragak-agak. Malu sebab boleh lupa dewan kuliah kat mana walhal masa orientasi minggu lepas semua pelajar baru dah dibawa meninjau kawasan kampus.
“Dewan kuliah berapa?”
‘Budak baru sesat jalan rupanya.’ Maya tersenyum lega. Dia ingatkan Aiman nak mengurat dia tadi. Tapi kalau betul pun apa salahnya. Aiman handsome apa!
“Satu.”
“Saya tunjukkan.”
Maya bangun daripada duduk dan mengemas begnya. Setelah itu, dia berjalan bergandingan dengan Aiman bergerak ke dewan kuliah.
“Maaflah… Menyusahkan akak pula.” Serba-salah Aiman dibuatnya. Sebab dia, perempuan disebelahnya itu terpaksa menutup buku yang dibacanya sebentar tadi.
“Tak apa… Awakkan junior. Kalau budak selain part 1 tanya tadi memang saya dah ketuk kepala mereka.” Gurau Maya.
“Saya Aiman. Akak?”
Nampak tak manis pula minta tolong kat orang lain tanpa memperkenalkan diri.
“Maya. Nur Sumayyah. Tak payah panggil akaklah. Nampak macam tua sangat jek. Padahal baru part 3.”
Maya ni baru sahaja kenal dengan Aiman dah nampak mesra. Mungkin sebab Aiman pun tak sombong orangnya.
 “Okey…” Nak tak nak Aiman setuju juga. Ni kalau dengar dek ummi yang dia tak bahasakan pangkat dengan orang yang lebih tua mesti kena marah ni.
“Akak… Opss! Awak… ambil akaun juga ke?”
“Taklah, saya budak banking.”
“Hah! Nilah dewan kuliah 1. Lepas ni kena ingat tau.” Pesan Maya.
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Jumpa lagi.” Kata Maya sebelum pergi.
Aiman menarik nafas panjang. Rasa gementar pula nak masuk kelas. Aiman bukan lagi ketua pelajar merangkap ketua pengawas macam dulu. Jadi dia kena mulakan hidup yang baru dengan jayanya.
“Bismillahhirrahmannirrahim…” Ucap Aiman sebelum melangkah masuk.


Puan Sri Zainab termenung jauh. Fikirannya melayang mengingatkan anak lelaki tunggalnya yang tiada di depan mata. Tan Sri Razali yang membaca buku motivasi di sebelah sesekali mengerling isteri kesayangan.
“Awak ni dah kenapa? Termenung jek daripada tadi.” Prihatin Tan Sri Razali dengan isterinya itu.
“Saya risaukan Aiman… Entah selesa ke tidak dia duduk kat asrama tu.”
Terjawablah kini kenapa isterinya termenung daripada tadi.
“Puan Sri Zainab… Anak kita, Aiman tu dah besar. Dah 18 tahun. Tahulah dia jaga diri.”
“Tapi budak Aiman tu manalah pernah duduk asrama sebelum ni. Mesti dia tak boleh sesuaikan diri. Salah awak tau.”
“Saya?” Tan Sri Razali terpingga dibuatnya. Rasanya dia tak ada kaitan dengan hal asrama Aiman.
“Kan saya minta awak tukarkan dia masuk UiTM Kampus Johor Bahru. Awak yang tak nak. Nasib baik dia tak pergi belajar kat overseas macam yang awak cadangkan. Kalau tak lagi susah hati saya.” Rajuk Puan Sri Zainab.
“Alah… Telefon jeklah dia kalau rindu. Nak nengok muka Aiman tu sangat pakai 3G terus.” Tan Sri Razali membela diri. Bagi dia tak salah kalau Aiman nak merantau ke negara orang untuk menuntut ilmu. Isteri kesayangannya jek yang emosi terlebih. Budak tu baru belajar kat Segamat dia dah sedih. Esok lusa kalau Aiman kerja jauh-jauh macam manalah penerimaan Puan Sri Zainab kelak. Agaknya banjir besar akan melanda Johor lagi sekali.
“Ummi! Adik dah balik!” Teriak Akilah riang.
“Adik ni tak tahu beri salam ke?” Ada menegur adiknya.
“Akak pun sama!” Akilah menjelirkan lidah.
“Lidah tu nak kena potong agaknya!”
Ada mengejar Akilah yang sedang berlali mengelilingi ruang tamu.
“Anak-anak kita dah balik sekolah tu. Tak payah nak melayan perasaan lagi.” Nasihat Tan Sri Razali.
“Heh…” Puan Sri Zainab mengangguk kecil.
“Akak! Adik! Apa ni? Baru balik sekolah dah bergaduh!” Tegur Puan Sri Zainab.
“Mana ada gaduh ummi… Kitaorang gurau manjalah! Kan akak?” Akilah memeluk Ada erat.
“Manja sangat!” Ada tersenyum lebar sebelum mengeletek Akilah yang sedang memeluknya.
“Akak! Gelilah!”
Tan Sri Razali dan Puan Sri Zainab ketawa kecil melihat gelagat dua orang anak gadis mereka yang agak nakal itu.
“Kalau Aiman ada ni mesti lagi meriah.” Kata Tan Sri Razali.
Puan Sri Zainab merenung suaminya dengan perasaan geram.
“Apa?” Tan Sri Razali bertanya seolah-olah tiada apa yang disebutkannya tadi.
“Sengajalah tu nak tambah kerinduan saya kat Aiman.”
Cepat-cepat Tan Sri Razali memeluk bahu isterinya itu untuk menghalang Puan Sri Zainab daripada merajuk panjang.

                                  
Anna Suraya duduk di meja makan berseorangan walaupun meja itu boleh menempatkan seramai 12 orang dalam satu masa. Seorang pemandu yang dipanggil Pak Abu oleh Anna Suraya baru sahaja masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Pak Abu segera menghampiri Anna Suraya yang berada di ruang makan.
“Cik Anna nak gerak ke kampus pukul berapa?” Tanya Pak Abu penuh hormat.
“Pak Abu… Tak boleh ke kalau saya bawa sendiri kereta ke kampus?” Soal Anna Suraya tanpa menjawab pertanyaan daripada Pak Abu tadi.
“Maaf Cik Anna… Dato Muis dan Datin Sarah tak bagi Cik Anna memandu sendiri.”
“Heh! Dulu masa sekolah pun berjemput juga. Sekarang dah masuk universiti pun sama.” Ngomel Anna Suraya.
“Apa yang Cik Anna bebelkan tu?” Mak Timah yang sedang mendulang semangkuk air susu tersenyum melihat anak majikannya yang sedang menarik muka masam.
“Papa dengan mamalah!”
“Dah… Cik Anna sarapan dulu ya? Nanti sejuk pula air susu ni. Dah tak sedap nak lawan dengan bijirin.” Pujuk Mak Timah.
“Mak Timah dengan Pak Abu sarapan sekalilah dengan saya?” Pelawa Anna Suraya.
“Tak apalah Cik Anna, kami ada kerja nak dibuat.” Tolak Mak Timah bagi pihak dirinya dan juga suami. Mak Timah dan Pak Abu merupakan pasangan suami isteri yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Anna Suraya. Sejak arwah nenek Anna Suraya masih hidup lagi.
“Anna!” Panggil satu suara tiba-tiba.
“Eh…” Anna Suraya menoleh ke arah suara tersebut.
“Atok…” Kecut perut Anna Suraya melihat kerlingan daripada datuknya.
“Berapa kali atok nak pesan jangan beramah mesra dengan orang bawahan kita. Jatuh standard nanti!” Marah datuk Anna Suraya, Mohsin.
“Ba… Baik atok…” Anna Suraya terpaksa akur.
Begitulah nasib Anna Suraya di rumah mewah ini. Dato Muis dan Datin Sarah terlalu sibuk dengan kerja. Ada datuk pula garang macam komander pencen. Nak rapat dengan Mak Timah dan Pak Abu pun tak boleh. Padahal pasangan suami isteri itulah yang mengambil berat mengenai Anna Suraya. Meraka berdua dah anggap Anna Suraya macam anak sendiri. Kalau mereka tak ada, Anna Suraya rasa macam kat rumah ni ada dia seorang sahaja.




Ep.9

Sementara menunggu pensyarah masuk ke dalam kelas, Anna Suraya memasang telinga mendengar perbualan budak kelasnya. Bukan sengaja nak sibukkan diri dengan gosip-gosip terhangat, cuma dia agak bosan kerana tak tahu nak buat apa. Maklumlah baru dua hari kelas dimulakan. Belajar pun tak lagi macam mana nak study. Kalau tak boleh juga dia duduk menghadap buku.
“Abang Adam tu hot kan?” Kata Mira yang duduk di hadapan Anna Suraya.
“Betul tu! Dahlah anak oranng kaya, bijak, handsome pula tu.” Puji Lia yang duduk di sebelah Mira.”
“Aku dengar dia pelajar paling popular tau.” Tambah Mira pula.
Anna Suraya berfikir lama. Rasanya dia macam pernah dengar jek dialog yang hampir serupa dengan dialog tadi. Tapi di mana ya?
“Kau agak-agak dia dah ada makwe belum?” Tanya Mira.
“Ramai student perempuan yang minat kat dia. Tapi aku tak tahulah dia layan ke tak. Orang handsome, siapa yang tak sukakan?” Jawab Lia.
“Dia tu playboy!” Sampuk Hakim yang duduk di hadapan mereka. Jejaka chinese look itu memusingkan badannya menghadap ke belakang supaya senang berbicara dengan Mira dan Lia.
“Mana kau tahu?” Mira tidak percaya dengan tuduhan Hakim sebentar tadi.
“Sepupu aku sama part dengan dia. Sepupu aku cakap dah ramai perempuan yang dia kecewakan. Dia tak pernah serius bila couple dengan mereka. Patahkan hati perempuan dah jadi hobi dia dah.” Hakim berkata dengan yakin sekali.
“Takkan sekali pun tak pernah serius?” Lia sedikit terperanjat mendengar cerita daripada Hakim.
“Kalau tak silap aku, sepupu aku cakap ada seorang perempuan jek yang couple dengan dia lama sikit. Adalah dalam satu sem lebih. Kauorang kenal tak kak Ira?”
“Kak Syahizatul Azira ke?” Soal Lia.
“Betullah tu! Dia tu sekelas dengannya abang Adam. Diorang couple masa awal part 3 dan putus pertengahan part 4. Dengan perempuan tu seorang jek bukan abang Adam yang minta putus.” Hakim makin seronok bercerita.
“Kak Ira yang minta putus? Kenapa?” Kata Mira dan Lia serentak.
“Perempuan tu tak tahan dengan perangai player abang Adam. Dah ada awek pun sibuk nak mengayat perempuan lain.”
“Entah-entah diaorang saling menyukai lagi tak?” Duga Mira.
“Tu aku tak tahu!”
“Adam?” Anna Suraya cuba mengingat kembali. Siapa ya nama Adam yang dia kenal kat dalam kampus ni?
“Oh… Dia kot.” Tiba-tiba Anna Suaraya teringatkan seraut wajah yang menegurnya semalam.


Adam berlari anak menuju ke arah Anna Suraya. Hari ni dia berniat hendak mula memasang jerat. Nanti kalau lambat takut terlepas pula ikan yang seorang ni ke tangan buaya yang lain.
“Hai.” Tegur Adam setelah dia berjaya memintas langkah Anna Suraya.
Anna Suraya memandang Adam tanpa perasaan.
“Ingat kat saya lagi tak?” Adam mengukirkan senyuman semanis yang mungkin.
“Oh… Si Pematah Hati tu?” Kata Anna Suraya selamba.
“Eh... Macam mana awak tahu?” Hanya sekejap sahaja Adam tergamam selepas itu dia tersenyum semula.
“Biasalah paparazzi banyak.”
“Glamour jugakan saya ni?” Adam memuji dirinya sendiri sambil tertawa kecil.
“Awak free tak?” Soal Adam.
“Muka boleh tahan, gaya dah ada. Sayangnya tak setia. So, awak bukan lelaki yang saya cari.” Tanpa mempedulikan Adam yang masih terpingga-pingga di situ, Anna Suraya terus berlalu pergi.
“Aku just tanya dia free ke tak… Aku tak cakap pun nak ajak keluar ke apa walaupun tu niat aku yang sebenarnya… Pelik betul…”
Mata Adam tidak lepas daripada memandang Anna Suraya yang semakin menjauh.
“Hai, Adam.”
Adam terus mengalihkan perhatiannya, memandang suara yang menegur sebentar tadi.
“Ira…” Adam sedikit tersentak.
Azira memandang Adam tidak berkelip. Rindu terhadap jejaka di hadapannya tidak dapat dibendung lagi.
“Awak tengah pancing ikan baru ke?” Azira menunjukkan riak wajah selamba walhal hatinya berasa cemburu apabila terlihat Adam berbual dengan Anna Suraya tadi. Sebab itulah dia segera mengatur langkah menghampiri Adam. Dia ingin sangat tahu siapakah gadis yang berbual dengan Adam itu.
“Hehehe..” Adam hanya ketawa kecil.
“Siapa tadi tu?” Azira masih tidak berputus asa.
“Saya tak sangka awak akan tegur saya dulu.” Ucap Adam sambil tersenyum suka.
Mana Adam tak gembira. Azira yang sudah lama tidak menegurnya setelah hubungan cinta mereka putus di tengah jalan kini menegurnya dahulu. Kalau sebelum ni Azira asyik mengelak sahaja daripada Adam. Adam tegur pun dia buat tak layan.
“Tak salahkan kalau kita berkawan?”
“Memang tak salah tapi dulu awak yang tak nak.” Adam masih ingat lagi sewaktu mereka putus, dia ingin mengakhirinya dengan baik dan memulakan persahabatan dengan Azira tapi telah ditolak mentah-mentah oleh gadis itu. Azira seolah-olah membenci Adam. Mesej tak berbalas, panggilan tak berangkat. Macam semuanya salah Adam walaupun hakikatnya Azira yang ingin memutuskan hubungan mereka.
Okey, memang semuanya berpunca daripada Adam. Adam yang sibuk mengayat perempuan lain walaupun dah ada Azira. Siapa yang tak sakit hatikan. Tapi Azira kenalah banyak bersabar sebab waktu dia pilih Adam dia dah tahu yang dia bercinta dengan seorang playboy.
“Tu dulu. Sekarang saya dah ubah fikiran. Kita kawan ya?” Azira ada agenda yang tersendiri. Dia nekad untuk mendapatkan Adam kembali.


Aiman mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia bergerak daripada suatu rak ke rak yang lain dengan muka yang penuh kekusutan. Maya yang memerhati sejak mula Aiman melangkah masuk ke dalam perpustakaan hinggalah kini menahan tawa dalam hati.
“Nengok apa?” Tanya Syam yang duduk berhadapan dengan Maya.
Syam merupakan anak murid Maya. Puan Suri, ketua kordinator program mereka telah meminta Maya mengajar Syam secara peribadi bagi setiap subjek yang diambil kerana keputusan part 1 pemuda itu yang tidak begitu memuaskan. Syam telah menjadi anak murid Maya sejak daripada part 2 lagi. Mulanya Maya agak keberatan ingin menerima amanah yang telah diberikan kepadanya tetapi dia setuju juga akhirnya apabila Puan Suri tidak jemu memujuk.
Puan Suri bukan sengaja ingin memberi gadis itu beban. Dia yakin Maya mampu mengajar Syam dengan baik kerana Maya bukan sahaja bijak malah tegas orangnya. Syam pula agak dinggin dan sukar untuk didekati. Puan Suri tahu hanya Maya sahaja yang mampu bertahan dengan sikap Syam itu. Buktinya sekarang meraka berdua mampu berkomunikasi dengan baik dan menjadi kawan.
“Budak tu…” Maya menunjuk ke arah Aiman.
“Awak kenal ke?” Syam turut memerhatikan Aiman yang masih lagi sibuk mencari buku.
“Kenallah juga.” Kata Maya sebelum bangun daripada tempat duduknya.
Maya menuju ke tempat Aiman bersama senyuman yang tidak putus-putus sejak tadi. Kenapa dia gembira sangat bila melihat gelagat Aiman ya?
“Cari apa?”
“Akk… Maya…” Aiman tersenyum kecil.
“Saya tengah cari buku teks akaun sebab saya belum beli lagi buku tu jadi ingatkan nak pinjam kat perpustakaan. Daripada tadi saya cari tapi tak jumpa-jumpa.” Jelas Aiman.
“Kenapa tak cari guna sistem?” Soal Maya kerana dia hairan melihat Aiman mencari buku secara manual.
“Eh… Saya tak tahu macam mana nak guna.” Luah Aiman malu-malu.
Aiman bukan tidak tahu menggunakan komputer. Masalahnya dia tertidur semasa taklimat perpustakaan diberikan. Jadi, dia tidak mahir menggunakan sistem pencarian buku yang telah disediakan.
“Biar saya tolong awak. Bagi sini nama penulis dan tajuk buku tu.” Maya menawarkan diri untuk menolong Aiman.
“Tak menyusahkan ke?” Naik segan Aiman dibuatnya. Sudah dua kali dia menyusahkan gadis bertudung litup itu.
“Kali ni jek.” Maya tersenyum ikhlas.
“Terima kasih, Maya.”
Syam tidak senang duduk melihat kemesraan mereka. Kertas yang dipegang di tangannya digenggam kuat. Sebenarnya Syam menaruh hati terhadap Maya. Hanya Maya yang memahaminya di sini selain Puan Suri. Maya juga tidak jemu memujuk dan mendesak Syam untuk belajar walaupun Syam berdegil pada mulanya.


Anna Suraya sedang menghayati hidangan petang bersama datuknya, Mohsin. Hidangan untuk petang itu ialah hirisan buah-buahan bersama salad dan juice apple. Kat rumah ni tak mainlah hidangan petang air teh dan kuih-muih. Tak kena dengan selera mereka seisi keluarga.
Suasana senyap daripada tadi. Bagi Anna Suraya duduk dengan datuk serupa macam duduk seorang diri. Susah datuk Anna Suraya mahu bersuara kecuali ada tingkah laku gadis itu yang tidak kena pada matanya. Sejak kematian isteri, begitulah sikap Mohsin. Bercakap hanya sekali-sekala.
“Kamu dah ada boyfriend?” Soal Mohsin sebaik sahaja minuman di gelasnya sudah kosong.
“Ah?”
Anna Suraya mencubit perlahan pehanya. Macam mimpi sahaja yang datuk akan berbual mengenai hal peribadi dengannya. Selalu datuk akan tegur Anna Suraya bila dia sedikit mesra melayan Mak Timah dan Pak Abu. Tu pun sebab Mohsin tak suka cucunya itu berbaik dengan orang bawahan mereka
“Belum atok... Saya muda lagi.” Jawab Anna Suraya penuh  tertib. Dia memang akan bersikap formal dengan Mohsin.
“Kamu tahukan yang kamu kena kahwin masa umur 24 tahun.” Nada Mohsin lebih kepada pemberitahuan berbanding pertanyaan.
“Apa dia?” Suara Anna Suraya sedikit tinggi. Terperanjat agaknya.
“Atok dengan parent kamu dah bersetuju akan hal ni. Jadinya, baik kamu bersedia daripada sekarang. Kami tak kisah kamu nak kahwin dengan siapa asalkan lelaki tu mencapai tahap standard yang telah ditetapkan. Paling penting mesti anak Dato atau setaraf. Nak buat pilihan tu betul-betul. Jangan malukan kami. Pastikan bakal suami kamu jenis yang pandai bergaya dan tahu bawa diri dalam majlis. Ingat, kamu tu anak tunggal pemilik syarikat perkapalan terbesar di Johor. Mesra Sdn. Bhd memerlukan pewaris yang unggul. Faham tu?”
Betul-betul ke ‘tak kisah’ Anna Suraya kahwin dengan siapa?
“Tapi…”
“Tak ada tapi-tapi. Kalau umur kamu dah 24 dan masih tak ada calon, kami akan kahwinkan kamu dengan lelaki pilihan kami.” Tegas Mohsin.
Ni ke yang orang kata anak orang kaya mesti turutannya semua dipenuhi? Anna Suraya tak pernah merasa semua tu! Sejak nenek meninggal, apa sahaja yang dilakukannya adalah dalam kawalan Dato Muis, Datin Sarah, dan Mohsin. Tak boleh kawan dengan orang tu, tak boleh buat macam ni, kena selalu jaga penampilan diri. Kadang-kadang Anna Suraya rasa dia macam robot yang telah disetkan sebelum berfungsi.
“Kami bukan paksa kamu kahwin pun.” Tambah Mohsin setelah agak lama Anna Suraya mematungkan diri.
‘Tak paksa aku kahwin? Memanglah aku tak kena paksa kahwin dengan orang yang aku tak kenal, tapi macam ni pun namanya tetap kena paksa kahwin juga!” Runggut Anna Suraya di dalam hati.

15 comments:

  1. apa smbungannya?? nk tahu... best2.. sweettt..:)

    ReplyDelete
  2. hehehe..cerita ni panjang lagi.ni baru permulaan.akak akan sambung bila dah dapat ilham.Insya Allah. =)

    ReplyDelete
  3. ok,,bgus2.. sye xsbar nk tahu seterusnya.. like2..:)

    ReplyDelete
  4. baru sampai bab 8. akk tgah usaha nak menterjemahkan ke dlm bntuk ayat. idea semua dh ada, nak tulis tu yg pyah skit.

    ReplyDelete
  5. Suka sangat . Novel nie tak boring . Tak sabar nak tunggu Ep 8 , dan seterusnya !!. Go fighting !! kak Yully . ^.^

    ReplyDelete
  6. hehehe.. terima kasih. segan pula...
    akk dh siap tulis smpi bab sepuluh setakat ni. :-D

    ReplyDelete
  7. hehe , welcome . xsaba nye nak baca . ><

    ReplyDelete
  8. takut makin lama makin bosan pula...

    ReplyDelete
  9. Sis smbung laa cerita selanjutnyaa.. Best sesangatt nihh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pujian yang diberikan. Doakan supaya karya saya diterima dan diterbitkan. :)

      Delete
  10. Pls sambung Best sangat cerita ni

    ReplyDelete
  11. manuskrip novel ni dah siap sepenuhnya. saya baru hantar ke karya seni. tak tahu akan diterima ataupun tidak. kena tunggu proses penilaian selama 4 bulan. doakan ya. :)

    ReplyDelete