Kisah Aku....... (Part 1)



Kisah Aku.......(1)

Album sekolah menengah ku tatap dengan penuh asyik. Betapa aku rindu dengan geng lama aku di Sekolah Menengah Dato Sulaiman. Aku merupakan ketua kumpulan Red Scorpion sewaktu bersekolah dahulu. Murid-murid lain begitu gerun setiap kali terserempak dengan kami. Pantang ada yang menjeling, pasti penumbuk ku hinggap di muka mereka. Begitulah aku salah menggunakan ilmu Taekwando yang aku pelajari sejak berumur 6Tahun. Tapi itu semua kisah-kisah lama. Sekarang ni aku tak sebuas dahulu, tetapi perangai tomboy aku masih tak hilang-hilang lagi. Susah betul nak jadi perempuan sejati ni. Nak jalan pun kena penuh dengan sopan. Tak suka! Mak dengan ayah dah banyak kali sound aku, tapi aku degil, tak endahkan nasihat mereka. Akhirnya aku juga yang merana.......Faiq dah tinggalkan aku sebab dah jumpa perempuan idaman dia. Dina, rakan sekerja Faiq memang memiliki ciri-ciri wanita Melayu terakhir. Sopan, lemah-lembut, tak degil macam aku.......Perfect lah dia tu! Nak banding dengan aku Memang TAK lah kan! Aku sedar aku ni siapa.......Ibarat gagak dengan merak. Aku gagak dan Dina merak. Mestilah Faiq akan pilih merak. Faiq.......Dia baik sangat! Take care pasal aku, selalu ingatkan aku untuk solat,cute pula tu macam artis jepun pujaan aku! Cuma......mungkin dia dah tak larat nak layan kedegilan aku yang menjadi-jadi.


Kisah Aku.......(2)

Dahlah! Aku nak lupakan kisah cinta yang tak kesampaian ni. Buat apa fikir pasal Faiq lagi kalau aku juga yang merana nanti. Sedangkan dia berbahagia dengan Dina. Siap bergelak tawa lagi! Hah! Aku nak adakan reunion lah. Dah lama aku tak jumpa budak-budak batch aku terutama ahli-ahli Red Scorpion. Macam mana agaknya dengan Eyda, Kaka dan Anna sekarang? Dulu lepas SPM, aku belajar kat Jepun. Maklumlah budak pandaikan. He2..Anna pula bawa diri ke Switzerland. Mak ayah dia kaya beb! Anak Dato tu. Eyda belajar kat Kanada. Dia dapat biasiswa JPA.Pandai gila dia tu! Tapi aku tak hairan sebab dia memang kaki study. Dalam sibuk-sibuk buli budak lain sempat juga tu dia habiskan satu bab buku Biologi. Kaka pula kat UIAM. Heh.......Pelik juga aku. Dia dah jadi alim ke sekarang ni? Dulu punyalah jahat gila sampai pancitkan tayar kereta guru displin kitaorang! Baguslah kalau dia dah berubah. Aku jek yang still macam ni.......


Kisah Aku.......(3)


Tapi relakslah Zurina! Semua orang take time untuk berubah. Aku sekarang ni better than dulu. Dah tak ada pukul-pukul orang lagi. Gejala buli yang tak sihat tu pun aku dah tinggalkan. Rambut aku yang pendek macam adik aku, Nabil, dah mencecah ke bahu sekarang ni. Cuma.......perangai degil aku yang tak berkurang-kurang. Makin bertambah hari demi hari adalah! Memang tak boleh di ubah kot. Heh......Faiq yang baik tu pun tak tahan dengan perangai aku, so ada ke lelaki lain yang akan tertarik dengan aku ni?
"Akak! Mak ajak makan."
"5minutes!" teriak aku kuat-kuat.
"Cepat sikit! Nabil dah lapar ni!" adu adik aku.
Kacau betul dia ni! Segera aku menulis notis mengenai reunion yang aku sendiri rancang tu kat blog aku. Siap pesan lagi supaya sampaikan kat kawan-kawan terdekat yang tak celik mata untuk buka blog aku yang famous ni.
"Akak!"
Dia datang balik! Nak pecahkan pintu bilik aku ke ni? Ketuk bukan main kuat lagi! Selamatlah kau tu adik aku, Nabil oii! Kalau orang luar memang dah makan penumbuk aku rasanya. Dah lama tak test power ni.
"Ya! Akak tahulah!"
Nak tak nak terpaksalah aku shut down laptop Toshiba kesayangan aku demi adik aku. Sayang juga aku kat dia? Mestilah! Dah dia jek yang aku ada selain mak,ayah dan opah aku. Kitaorang dua beradik jek. Saudara mara pun tak ada. Kalau bukan Nabil, siapa lagi? Faiq? Heh.......Dia dah ada pengganti aku.......
"Akak!"



Kisah Aku.......(4)

"Hari ni kenapa Aren tak pergi kerja? MC ke? Nampak sihat jek anak ayah ni." tanya ayah aku sebaik sahaja aku nak buka mulut untuk makan pencuci mulut buatan khas mak aku.
Terpaksalah aku batalkan niat aku tu, tanda hormat kat ayah. Tapi ayah aku ni pun satu! Bagilah aku makan dulu. Dah terliur sangat ni. Nasib-nasib.......Sudu yang berisi puding coklat tadi aku letakkan semula di piring. Sabar ya perut? Aku nak jawab soalan ayah ni.
"Bosanlah kerja kat situ.......Penat! Stress, pening kepala, tension, pressure, semua ada bila kat tempat kerja tu! Rasa macam nak berhenti jek." jawab aku betul-betul jujur tapi tak sentuh pasal MC lansung.
"Heiy! Baru 2Tahun kerja kat situ, dah bosan? Nengok ayah ni. Dah lebih 20Tahun ayah mengajar kat sekolah yang sama. Steady jek!"
Alah.......Ayah aku dah mula nak bersyarah ni.......Ayah memang pantang kalau ada yang tak betul pada mata dia, mulalah dia start ceramah dia. Mentang-mentanglah dia tu cikgu. Cikgu Rahman! Mengalahkan mak aku yang perempuan tu pula! Tu pun bila Puan Marinah dah buka mulut dia, aku menggelisah semacam! Inikan pula Cikgu Rahman, cikgu Sains kita yang kuat berceloteh berbanding cikgu Sejarah aku dulu.
"Lagipun kontrak Aren dengan syarikat tu ada 3Tahun lagi kan?"
Itu dia! Mak aku yang kononnya cool jek tadi dah nak berkolabarasi dengan ayah. Habislah aku!
"Tu lah,dulu beria-ia sangat nak pergi study kat Jepun. Mak dah kata leceh sebab nanti kena ikat dengan syarikat yang tanggung biasiswa Aren. Aren yang degilkan? Nak pergi juga. Hah! Sekarang sabar jek lah, biarkan diri tu terikat lagi 3Tahun. Kalau quit, kena bayar semula duit-duit yang dah Aren gunakan sepanjang study. Ingat ayah tukang cop duit?" bebel mak aku panjang lebar.
Telinga aku dah panas dah kena perli dengan mak!
"Kak, habis tu hari ni akak cuti tanpa gaji ya?" adik aku dah tersenggih-senggih.
Sukalah tu aku kena marah!
"Yang kau tak pergi kuliah ni kenapa?!?" dalih aku.
Takut beb kalau mak dan ayah tahu aku cuti tak bergaji ni! Nanti kena marah lagi. Telinga aku dah nak keluar nanah, mana boleh tahan kalau kena lecture.
"Hari ni tak ada kuliah ya!" bangkang adik aku.
"Pergilah keluar dengan kawan-kawan U kau tu?"
"Tak nak! Orang nak duduk kat rumah jek, temankan mak dan ayah."
Nabil, adik aku ni memang kontra dengan aku! Kalau aku memang tak melekat kat rumah, macam orang lelaki. Dia pula macam orang perempuan. Terperap jeklah dalam rumah tu.
"Hari ni tak keluar pula?" perli ayah pada aku.
"Mana boleh keluar, MC kan?" sinis jek kata-kata mak.
Mak tahu ke aku bukan ambil MC sebenarnya? Mesti Nabil ni! Cepat-cepat aku habiskan puding. Nak masuk bilik sebelum mak dan ayah berkolabarasi lagi!


Kisah Aku.......(5)

Pasal family aku ni complicated sikit. Mak orang Perlis, ayah pula Johor. Mak dengan ayah berkenalan masa sama-sama study kat Maktab Perguruan Sultan Idris. Lepas habis study, ayah mengajar kat kampung halamannya, jadi cikgu Sains kat Sekolah Rendah Parit Sulong. Mak pula buka taska sendiri. Parent mak aku tak suka mak berkawan dengan ayah sebab tak sesuai pada mereka. Mak anak tunggal orang kaya. Datuk dan nenek aku ada perniagaan sendiri. Ayah pula hanya ada opah dan sebidang tanah. Saudara-mara semua menjauhi ayah dan opah sebab mereka miskin. Datuk dan nenek nikahkan juga mak dengan ayah. Tapi bersyarat! Mak tak kan dapat sesen pun harta mereka. Ada mak aku kisah pasal harta? Lepas kahwin, mak ikut ayah tinggal dengan opah kat kampung. Nenek dengan datuk aku bawa diri ke luar negara. Kecewa sebab tak dapat kahwinkan puteri mereka dengan orang yang sekufu. Padahal aku nengok mak dengan ayah sepadan sangat! Sama-sama baik. Aku sayang gila kat diaorang. Ikhlas ni! Walaupun aku selalu kena bebel dengan mereka, tapi aku sikit pun tak pernah rasa menyampah. Dulu masa kat Jepun, rasa bosan pula bila tak dengar suara mereka (bukan bermakna aku suka kena marah ya). So,macam mana aku boleh tinggal kat Sungai Besi ni? Waktu umur aku 3Tahun, ayah di tugaskan untuk mengajar kat sini. Maka dengan itu, kitaorang pun terpaksa berpindah. Opah tak ikut walaupun puas di pujuk oleh mak dan ayah. Degil macam aku juga! Opah kata rumah kat kampung tu menyimpan banyak kenangan antara opah dan arwah tok aku. Aku pula rapat dengan opah. Jadi lepas dapat result UPSR, aku ambil keputusan nak bersekolah menengah kat kampung, temankan opah. Tu yang aku tercampak kat Sekolah Menengah Dato Sulaiman . Geng aku pun bukannya anak Batu Pahat tulen. Budak-budak sekolah yang lain dah ramai yang berhijrah. So,kiranya reunion nanti ibarat pulang ke tanah tumpah darah sendirilah bagi mereka yang berhijrah tu. Rindunya nak balik kampung! Tapi kalau nak tahu baru 2minggu lepas aku dan family ke sana.He..He..He..Cucu opah! Sebulan mesti 2 kali kami jenguk opah.


Kisah Aku.......(6)

"Bila nak ke sekolah?" tanya opah yang sedang menggoreng jemput-jemput pisang untuk cucu kesayangan dia yang cute ni.
"Esok, opah. Dah nak hampir 8Tahun tak jumpa diaorang. Dulu lepas SPM masing-masing menyepi, bawa haluan sendiri. Bila ajak jumpa busy memanjang! Harap-harap kali ni dapat jumpa semua orang. Rindu pula!"
Aku turut menolong opah. Tolong makan jek! Sedap ni makan tengah panas.
"Kenapa yang lain tak balik sekali?"
"Ayah ada aktiviti gotong-royong kat sekolah. Nabil pula banyak assignment nak kena siapkan."
Sedar tak sedar, dah banyak juga jemput-jemput yang aku telan. Opah letak, aku makan. Opah letak, aku makan lagi!
"Aren......." opah berhenti menggoreng dan memandang aku.
"Kenapa ni, opah?..." aku pun berhenti makan juga.
Macam ada benda serius jek yang nak opah bincangkan.
"Bila Aren nak kahwin?... Umur Aren dah 25Tahun tapi opah tak ada dengar ura-ura Aren nak tamatkan zaman dara pun daripada mak dan ayah Aren. Opah kalau boleh nak rasa timang cicit ni......."
Lah! Tu yang opah risaukan sebenarnya? Opah aku ni.......
"Nanti Aren suruh Nabil kahwin cepat-cepat ya, opah?" aku tak nak lah jadi sasaran opah.
"Nabil tu baru 21Tahun, ada 2sem lagi dia nak dapat Ijazah. Budak berhingus! Siapa nak?"
Aiyoo......Opah aku dah marah lah!
"Wah, pandainya opah! Mana opah tahu semua ni?" aku cuba alih topik kami.
"Mak Aren  rajin telefon opah, dia cerita pasal Nabil, Ijazah, ayah Aren, Aren dengan kerja Aren......."
Oh! Rupa-rupanya mak jadi spy opah aku. Bahaya ni! Silap haribulan, dengan opah sekali join mak dan ayah beri ceramah percuma kat aku tanpa henti. 24jam!
"Opah, jemput tu!"
He..He..He.. Bijak tak aku? Tergesa-gesa tau opah nengok jemput-jemput dia.



Kisah Aku.......(7)

Wow! Meriah juga. Sungguh tidak ku sangka betul ramai yang datang. Tapi mana geng lama aku ni? Seorang pun aku tak nampak. Tak ada pun anak orang kaya dengan muka yang sombong. Perempuan gothic lansunglah tak kelihatan.. Si Ulat Buku yang kuat membuli pun aku tak nampak. Tak kan diaorang tak datang kot?
"Aren!" panggil satu suara dengan manja.
Aku pun toleh lah. Pelik betul! Siapa perempuan depan aku ni? Tak kenal pun! Aku pandang dia atas ke bawah. Kasut tumit tebal dua inci, seluar slek putih, baju blaus bunga-bunga warna unggu, rambut pula rebonding. Tak kan muka Anna berubah drastik macam ni? Pembedahan plastik apa?!?
"Tak kenal aku lah tu?!! Sedihnya....... Ni aku lah, Eyda!"
"Eyda?" aku macam tak percaya jek!
"Mana cermin mata kau? Sejak bila kau pandai bergaya macam Anna ni? Dulu punyalah selekeh! Rambut kerinting bertanduk kambing kau tu mana menghilang? Buku mana? Buku?"
"Relakslah, Aren! Macamlah aku ni alien pula? Nanti aku cerita ya? Kita tunggu yang lain dulu." Eyda tersenyum manja.
Heih, macam mana dia boleh jadi manja ni?!? Dulu Anna seorang jek yang spesis macam ni. Suka menangis macam budak-budak! Pantang putus cinta, mesti berbaldi air mata dia. Memalukan kumpulan Red Scorpion betul! Setahu aku, minah seorang ni tak ada perasaan orangnya! Cerita jeklah apa-apa cerita sedih. Mesti dia still dengan muka robot dia. Marah macam tu, gembira pun macam tu jugalah muka dia! Tersenyum tak pernah, nangis pun tak! Sebiji macam robot tak berperasaan. Tapi......tadi dia senyum kat aku kan?... Betul ke dia Ulat Buku tu?????
"Kauorang."
 "Anna!" aku terus memeluk Anna.
Tapi peliklah......Anna senyum jek. Ayu pula tu. Dulu pantang cuti sekolah! Bila naik, dia mesti terpa aku sambil nangis-nangis cakap rindu. Lompat-lompat kecil lah. Ceria! Sekarang ni......dia dah nampak macam wanita dewasa. Matang?
Heh......Harap-harap budak gothic tu still sama. Seganlah aku kalau aku jek yang tak berubah-ubah. Harapkan rambut yang panjang sikit ni?! Yang lain tetap sama macam dulu beb! Topi di kepala  memang tak boleh tanggal lansung! Selamat etika kat tempat kerja paksa aku pakai baju kurung. Kalau tak setahun sekali lah mak dan ayah nampak aku berbaju macam tu.
"Assalammualaikum.......Maaf menggangu......"
Kami bertiga menoleh serentak.......Jangan cakap kat aku yang budak kat depan kitaorang ni Si Gothic tu!
"Kaka?!?!"
Dia senyum. Maksudnya betullah ni yang dia tu Kaka? Kaka yang bergaya gothic kat sekolah dulu, yang celak tebal gila, yang suka kenakan guru-guru, yang suka mencarut entah apa-apa tu pakai tudung labuh? Tudung? Labuh? Ya Allah......Terbuktilah kini bahawa masa mengubah kita. Syukurlah diaorang berhijrah kepada kebaikan. Apa pula nak jadi kat aku ni? Malu beb! Setakat rambut kontot yang dah memanjang sikit tu? Tak payahlah!




Kisah Aku.......(8)


"Sebenarnya.......aku dah jatuh cinta........" malu-malu Eyda memulakan bicaranya.
Padanlah dia dah lain sangat sekarang ni. Cinta pun boleh ubah seseorang ke? Aku dulu jatuh cinta dengan Faiq juga, tapi still tak berubah-ubah.
"So, bila kau nak kahwin?" soal Anna sambil tersenyum ayu.
"Tak confirm lagi, tapi kitaorang tak nak bertunang, terus kahwin." Eyda nampak begitu bahagia sekali.
"Macam mana kau boleh tangkap cintan dengan dia?" Tanya aku pula. Betul-betul nak tahu! Hebat sangat ke lelaki tu sampai boleh buat robot ni jadi manusia?
"Mula-mula dulu aku tak layan dia, still dengan perangai robot aku. Tapi dia tak jemu-jemu berusaha. Tak pernah putus asa untuk pikat hati aku. Suatu hari tu, aku hampir kemalangan, tapi dia sempat tolak aku ke tepi and dia yang terima akibatnya. Seminggu dia koma....Masa tu barulah aku sedar yang aku sayangkan dia.......Dan aku menangis setelah 10Tahun simpan air mata ni........Dia sanggup korbankan nyawa dia demi aku.......Dia take care sangat pasal aku.......Ibu dan bapa aku pun tak pernah ambil berat pasal aku sejak mereka berpisah dulu........Dah 10Tahun aku tak pernah rasa perasaan di hargai..........Rupanya sweet sangat bila kita boleh tersenyum riang, nangis bila rasa sedih, ketawa and happy..........Dia yang berjaya ciptakan semua tu untuk aku.........Alhamdulillah.........ALLAH dah temukan aku dengan orang yang betul-betul tercipta untuk aku." Eyda mengelap air mata yang mengalir di pipinya yang gebu itu.Lantas tersenyum bahagia.
Tercenggang kami bertiga dibuatnya....First time nampak Eyda nangis! Alah, comelnya dia! Kalau daripada dulu dia macam ni, mesti ramai gila secret admirer dia. Tak adanya lelaki pandang dia dengan perasaan gerun.
"Ibu dan bapa kau?" Tanya Kaka berhati-hati, takut tersinggung hati Eyda.
"Lupa nak beritahu! Ibu dan bapa dah berbaik-baik. Walaupun tak bersama semula, mereka dah boleh duduk satu meja and berbincang pasal perkahwinan aku dan Saiful. Dulu mereka abaikan aku sebab aku ni satu-satunya tanda cinta mereka berdua........Saiful yang berjaya buat mereka terima aku. Alhamdulillah, dengan izin ALLAH. Sekarang rasa bahagia sangat!" Tak putus-putus senyuman terukir di bibir Eyda setiap kali dia menyebut nama kekasih hatinya itu.
"Syukurlah kalau macam tu........" Kaka turut tersenyum. Mungkin gembira melihat kebahagiaan kawan baiknya itu.
"Kau Kaka?" soal aku agak berminat.
"Maaf Aren........Boleh panggil aku Shafeqah tak? Tak pun Eyka? Kaka nampak macam tak elok jek......."
Kaka tersenyum sambil meminta maaf.
"Ehh........Boleh......." kataku agak payah sebenarnya.
"Lepas habis SPM dulu, abah aku yang paksa masuk UIAM. Dia risau nengok perangai aku yang makin menjadi-jadi nakalnya. Abah harap aku dapat berubah. Walaupun ibu dah tak ada, abah nak aku jadi macam dulu, masa ibu ada lagi.........Kali terakhir aku nengok abah menangis masa umur aku 12Tahun.......Waktu ibu tinggalkan kami untuk selamanya..........Tapi hari tu........abah nangis sebab aku..........Dengan hati yang separa rela, aku pergi UIAM. Bila dah belajar kat sana,aku sedar........selama ni ibu aku mesti sedih kat alam sana bila nengok anak dia macam ni..........So, aku nekad untuk berubah. Dengan pertolongan ALLAH, DIA bantu aku dengan menghantar Naqib.........Naqib beriman orangnya......Dia banyak bimbing aku.........And sekarang aku dah selamat bergelar isteri dia." Kaka memberitahu jujur.
"What?!?!" kami agak terperanjat.
"Kau dah kahwin? Bila? Tak jemput pun!" luah aku agak sebal.
"Abah yang nikahkan kami dua tahun lepas. Sorrylah.........Bukan tak nak jemput......Seganlah.....Baru setahun habis belajar dah kahwin........" Kaka tersenggih kecil.
Pecah ketawa kami bertiga! Kaka dah pandai malu! Dulu susah nak nengok wajah dia merona kemerahan. Bagus betul Naqib tu. Sehebat Saiful juga.
"Anna?" aku pandang wajah dia dalam-dalam.



Kisah Aku......(9)

"Aku dah bertunang.......Pilihan keluarga, tapi aku suka."
"Habis tu kenapa nampak macam sedih jek?" soal aku direct! Aku memang tak reti nak bertapis-tapis  ni.
"Ehhh...........Dia tak sukakan aku...............Bertunang pun sebab kena paksa dengan parent dia.......Makin lama makin banyak alasan dia untuk menjauhi diri daripada aku.......Aku jadi makin matang pun sebab dia...........Dia cakap dia suka kat perempuan lain.........So, aku rasa mesti girl tu lebih baik daripada aku........Tak keanak-anakan,........tak sombong,........no manja-manja,.......tak cerewet,.....tak kan HuHa-HuHa macam aku........Aku pun bertegas nak takluk hati dia and jadi better than that girl. Maka, aku pun berubah sikit demi sikit, lalu jadi macam sekarang ni."
"Oh.......Kitaorang kenal ke dia?"
"Tak kot cos dia bukan orang sini, duduk kat Putrajaya.Sekolah rendah kat sana.Sekolah menengah pula dia masuk sekolah sains Kluang.Lepastu belajar kat Jerman,ambil kejuruteraan. Sekarang ni dia kerja kat syarikat parent dia,bukan jadi jurutera,tapi pengurus kat sana.Anak tunggal macam aku,Eyda dan Kaka. Sebaya dengan kita." Terang Anna.
"Aren pula! Apa cerita sekarang ni?" Pertanyaan Eyda membuatkan aku malu sendiri...........
"Tak ada yang interesting pun........Aku still macam dulu.........And.....baru jek 3bulan putus cinta! Hehe....." Aku ketawa kecil. Cuba membuang rasa terkilan di dalam hati. Tak rock lah kalau diaorang nampak aku nangis! Sebab lelaki pula tu! Heh......... Nampak sangat yang aku ni tak laku-laku. Sampai sekarang single lagi. Pakwe pertama pun dah tinggalkan aku. Pakwe pertama? Ah-ah! Faiq jek lah yang setakat ni tak takut nak 'usha' aku. Tapi........not my first love ya........Ada rahsia lain sebenarnya.......Tapi malas lah nak cerita sekarang! He..He..He..


Kisah Aku.......(10)

"Hai..." seseorang menyapa kami.
Macam kenal...........Tapi........ingat-ingat lupalah.......Siapa ya?
"Awak semua tak kenal saya lagi ke?" Tanya jejaka tampan di hadapan kami.
"Siapa ya?" soal Anna.
"Danial lah ni........"
Danial?!?!.. Kami memandang,tidak percaya lansung!
Bukan ke Danial ni dulu budak lelaki lurus bendul yang selalu kitaorang buli. Macam mana boleh jadi kacak macam ni pula? Bukan tu jek. Nampak lebih macho berbanding dulu.
"Kenapa nengok saya semacam?...." Tanya Danial hairan.
"Kau......dah lain....." luah Eyda.
"Awak bertiga pun dah lain. Masa banyak mengubah seseorang tu. Betul tak,Aren?" Danial memandang aku sambil tersenyum menawan.
Wow!Cair juga hati aku di buatnya.Kalau dulu dia macam ni,mesti dah bergelar Mat Romeo macam Si Luqman tu!Dan tentunya minah gedik (tambah 'S' kat belakang) sekolah kitaorang yang merangkap kekasih Luqman dah terpikat dengan dia ni.Tak ada lah cari pasal dengan aku jek kerjanya.Ingat aku tergila-gilakan pakwe dia apa?!?!Tak ingin aku!Daripada aku jatuh hati dengan 'Buaya Tembaga' tu,lebih baik aku feeling dengan pakwe handsome depan mata aku ni.He..He..He..
"Hai,you all!...."
Aduh!Tengah sedap-sedap mengelamun,sibuk pula orang nak kacau!Siapa ah yang berani kacau aku ni?Dah mendidih dah darah aku ni.
"Fyra?"
"Yelah,I ni!Siapa lagi yang lebih cantik kat sekolah ni selain I?" jawab Fyra sinis.
Eihy!Geramnya aku!Minah ni tak tahu nak berubah ke?
"Cantik ke?Botok ke pembedahan plastik ni?" perli aku.Sengaja nak sakitkan hati dan perasaan dia.
Terus kelat wajah minah tu!Balasan untuk tadi.
"You tetap TOM ke?" sindir Fyra semula sambil tersenyum mencabar memandang aku.
"Apa kau kisah?!?!Tomboy-tomboy aku,raja playboy sekolah ni jatuh hati juga.Tak macam orang tu!Kononnya manja........Bergaya........Tapi......kena tinggal!" pedas aku balas!
"You!"
"Wei,dah lah tu......Aren,kita jumpa 'kawan-kawan' lama nak tak?Belum minta maaf lagi ni." Kaka meleraikan pertengkaran kami tadi.
Eyda lantas memaut lengan aku.Ingin aku segera beredar sebelum minah tadi cari pasal semula.Tapi......sebelum aku pergi.......
"Kirim salam kat Luqman ya?" aku tersenyum sinis.Berasa kemenangan di tangan aku.
Sempat aku lihat riak marah di wajah Fyra sebelum aku dan tiga kawan ku meninggalkan dia dan Danial di situ.
Padan muka!



Kisah Aku......(11)


"Kau still tinggal kat rumah ni dengan Mak Nab ke?" soal aku,lalu duduk bersandar di sofa yang empuk.
"Tak lah.........Aku duduk kat KL dengan family sekarang ni.Mak Nab pun ikut." Anna menghidangkan air dan biskut coklat.
"Family aku dah okey sikitlah berbanding dulu.Dah tak busy sangat.Rumah ni kadang-kadang jek aku lawat.Sekarang ni aku pula yang busy.Syarikat aku yang handle.Daddy dan mummy ada aku seorang jek." sambung Anna lagi.
Tadi lepas majlis reunion tamat,aku ikut Anna balik.Kaka dan Eyda dah balik tempat masing-masing.Diaorang dah tak duduk sini.Anna pun jadikan tempat ni persinggahan jek.
"Wei,tadi Danial minta number phone kau ya?" Anna tersenyum nakal.
"Entah dia tu......Dia nak,aku bagi jek lah.Malas nak panjang-panjangkan cerita." jawab aku jujur.
"Dia syok kat kau kot?" usik Anna lagi.
"Takkanlah?Aku kan selalu buli dia dulu.Sampai nak nangis mamat seorang tu aku kerjakan.Mesti dia bencikan aku adalah!" sangkal ku.
"Heh............Ye tak ye juga kan?Ah,senang-senang kau terima jek lah Luqman tu?Handsome apa!" Anna memberikan cadangan yang aku rasakan paling senggal sekali!
"Sejak bila kau jadi ejen pencari jodoh ni?" perli aku.
"Aku risaulah.............Kau kan kawan aku.......Kaka......opss....Shafeqah dah ada Naqib,Eyda pula dengan Saiful.......Aku......heh......ehm-ehm......Kau jek yang single lagi............"Anna tersenggih kecil.
"Kau ni macam nenek akulah,risau tak bertempat!Aku belum tua sangat...........Don't worry ya?It's okay!Nanti kalau aku dah tak laku,baru aku rembat Si Romeo tu walaupun aku tak nak.Kiranya dia last choice akulah!Tapi kalau masih ada kambing kat gurun-gurun sana,aku lagi rela rasanya.Daripada dia!"
Anna tergelak dengan kata-kata ku walaupun aku tengah serius ni!Hampeh betul!Ingat orang main-main apa?


Kisah Aku.......(12)

"Waalaikummussalam.......Siapa ni?" Tanya aku setelah menjawab salam yang di beri.
"Danial ni....."agak gemersik suara lelaki itu menuturkan kata.
"Danial?Eh......Nak apa ni?" hairan bin ajaib betul!Kenapa dia telefon aku agaknya?
"Hari minggu ni awak free tak?"
"Kalau free pun kenapa pula?"sedikit kasar aku menjawabnya.
"Kita lunch sama-sama nak tak?" malu-malu Danial mengajak.
"Saya tak balik BP minggu ni!"
"Saya dah tinggal kat Damansara lah sekarang ni.Awak duduk kat Sungai Besi kan?Nanti ahad kita jumpa kat Times Square ya?Pukul2.30 petang?" Danial separa merayu.
Ingat aku akan terpujuk ke?Ini Zurina lah wei!
"Saya banyak kerjalah!"
"Eh...Ahad kan masa untuk relaks.Jomlah?"
"Saya nak keluar dengan adik saya."dalih ku lagi.
"Nak ke mana?"
Heih,lebih-lebih pula mamat ni!Ingat aku ni awek dia ke apa?Faiq pun tak sebusy body macam ni!
"Mid Valley!Okeylah,tata!"
Tut.........Dah selamat dah talian tu aku matikan.Malas nak layan dia.Ok! Zzzzzzzz.........



Kisah Aku......(13)

"Hai....." sapa seseorang sewaktu aku sedang asyik menayangkan seluar trek yang ingin ku beli kepada adikku,Nabil.
"Danial?" Terkejut beruk aku dengan kehadiran jejaka handsome ni!Rasanya beruk pun tak terkejut seteruk aku kot?
"Awak buat apa kat sini?Awak ikut saya ya?Awak nak apa ah?Nak balas dendam ke?" bertali arus aku ajukan soalan pada dia.
Danial tersenyum kecil.Manis betul!He..He..He..Gatal juga ehk aku ni?
"Boleh saya join awak dan adik awak shopping?"
"Ehh....."
"Boleh!"potong Nabil sebelum sempat aku membuka mulut.
"Kita makan dulu?Abang belanja."Danial menawarkan diri untuk belanja kami makan.Dalam kepala otak aku dah terbayang-bayang dah Mi Tomato yang enak dekat gerai berdekatan rumah aku.Tapi kat sini mana ada tu semua!Mary Browne pun jadilah!
"Abang belanja adik jek tau.Kakak adik tu jual mahal,tak sudi."usik  Danial.
Hampeh!Dia nampak ke aku dah telan air liur tadi?Malunya!
"Wek!Tak hairan pun!" aku berlalu,meninggalkan mereka di belakang.
Merajuk? Entahlah!




Kisah Aku.......(14)


Sejak hari tu,hubungan aku dengan Danial makin rapat.Kitaorang akan lunch together setiap hari.Dia akan jemput aku kat pejabat.Hari ahad pula kitaorang menjelajah kat bandar.Dia yang sibuk-sibuk,aku biasa jek.Kesian nengok dia beria-ia nak ajak aku keluar.Dia ada luahkan perasaan kat aku minggu lepas tapi aku reject.Aku cakap biarlah kita berkawan jek.Tapi dia tak putus asa.So?Aku patut terima dia ke?
"Aren?" tegur seorang wanita.
"Eh...Dina?" Tergamam aku bila nampak dia.Rasa macam luka kat hati aku tu dah berdarah semula.
"Buat apa kat restoran ni seorang diri?" dia tersenyum ayu.
"Makanlah!"
"Nak join saya dan Faiq?"
Tak tahulah perempuan ni ikhlas pelawa aku atau saja nak sakitkan hati aku.
"Tak apalah!Tunggu kawan." Tolak ku.
Mestilah aku tak nak!
Dina duduk di kerusi berhadapan aku.
"Unik kan Restoran Big Plate ni?"
Apasal nak ramah-ramah dengan aku ni?Blah lah cepat!
"Kau kata datang dengan Faiq....Pergilah sana,temankan dia."
Ni lah satu-satunya cara yang ada untuk aku elakkan diri daripada dia.Halau dalam diam!
"Faiq pergi toilet sekejap.Tak apalah,saya temankan awak.Kesian awak sorang-sorang."
Heih!Nak aku berterus terang ke yang aku ni tak selesa nak menghadap kau!Dahlah rampas pakwe aku,lepastu ada hati nak berbaik dengan aku pula!
"Aren...."
Aku toleh ke arah suara yang panggil aku tu.......
Danial!Selamat!Aku ingatkan Faiq tadi.......
"Dina,ni Danial,pakwe aku." dengan selamba dan muka tak tahu malu,aku memperkenalkan Danial sebagai kekasih aku kepada Dina.Peduli apa aku!Janji aku bahagia!
"Oh....Tak apalah...Saya nak balik ke meja dulu."
Dengan sopan Dina meminta diri.Muka dia macam kecewa jek........Kenapa ya?Oh!Aku tahu!Dia jeles bila tahu aku dah dapat pengganti Faiq.Dia mesti ingat aku ni tak laku kan?Tolong sikit!Mamat Romeo yang 'ter'famous kat sekolah aku dulu pun sibuk nak ngurat aku ya!Memanglah aku tak secantik kau,tapi aku ni cute tau!Eh... Tapi,,,,,,, macam mana aku nak hadap Danial ni? Segannya!



Kisah Aku.......(15)

"So,awak dah setujulah ya nak jadi my girl?" Danial tersenyum penuh makna.
Eh..Nak terima ke tak nak ehk?Aku suka kat dia?Heh..Adalah sikit.....
"Tapi kan kita baru kenal." alasan aku.
"Kita dah lama kenal,Aren.Cuma baru 3bulan berjumpa semula."
Aduh,apalah aku ni!Bagilah alasan yang logik sikit kalau ya pun.
"Okey,kita dah lama tak jumpa!Macam mana saya nak tahu apa yang awak dah buat dalam 8Tahun ni?Entah-entah awak dah kahwin ke?Tak pun awak pernah bunuh orang?Mana tahu awak ahli kongsi gelap?"
"Saya janji yang saya belum kahwin.Kalau saya pernah bunuh orang,mestilah saya meringkuk dalam penjara sekarang  ni.Ahli kongsi gelap?Muka saya ada macam tu ke?"
Heh..Macam mana ni ya?Kalau aku terima dia pun okey juga kan?Dia...boleh tahan kacak walaupun tak secute Faiq aku.Bolehlah aku berbangga dengan seteru aku kat pejabat tu,Hayatt.Mesti kawan baik kat tempat kerja aku,Ajak,akan respect aku cos dapat pakwe sekacak Danial. So?



Kisah Aku......(16)

Okey,dah genap 2 bulan aku dan Danial couple.Hati aku pun dah terpaut dengan dia.Dulu sebab dia kacak jek.Sekarang?He..He..He..Rasa-rasanya apa ya?
"Wei,kau kata nak kenalkan pakwe kau yang konon-kononnya kacak tu pada aku dan Ajak!" sergah Hayatt.
"Dia busy lah!" jawab aku.
Kasar balas dengan kasarlah juga!
"Kau cakap dengan dia,kalau dia betul-betul sayang kat kau,berkorbanlah sikit!"
Aku dah bau angin-angin pergaduhan ni!Karang ada juga yang makan penumbuk besi aku ni!
"Sibuklah kau,Hayatt!Pergilah balik tempat kau,buat kerja tu ah!Nanti marah pula Encik Hakim!" Ajak,satu-satunya kawan aku kat office ni masuk campur.
"Relaks lah!Aku kan bakal wife dia,so,takkanlah dia nak marah aku pula?"
"Perasan jek kau ni!Bila masa agaknya Encik Hakim tu luahkan perasaan kat kau?Entah-entah hati dia dah tersangkut dengan Aren ni?Siapa tahu?" sengaja Ajak nak buat darah Hayatt pula yang mendidih.
Ni kenapa pula ni?Diaorang pula yang bertikam lidah!
"Kenapa tu?"sampuk satu suara.
"Encik Hakim...." serentak kami bertiga bersuara.
"Tak...tak ada apa-apa....." jawab Hayatt.
Tahu pun kecut perut!Tadi bakal isteri konon!
"Heh...Zurina,nanti temankan saya lunch dengan klien ya?" bos kitaorang yang segak tu tersenyum menawan.
Kalau aku tak ada Danial,dah lama aku pikat dia!Gatal!
"Maaf...Saya ada temu janji nanti....."
Terus berubah muka dia yang bak bulan purnama tadi.
"Saya boleh temankan!" cadang Hayatt.
"Tak apalah,Irham boleh temankan."
Aku dan Ajak dah tahan tawa dah nengok wajah hampa Hayatt.Padan muka!



Kisah Aku.......(17)


"Jumpa family awak?" Danial aku lihat sedikit cemas.
"Parent saya yang sibuk-sibuk nak kenal awak.Nabil selalu cerita pasal awak kat mereka.Saya sikit pun tak kisah awak nak jumpa mereka ke tak sebab bagi saya kalau awak serius dengan saya,awak akan jumpa parent saya,berkenalan dengan mereka." jawab aku direct!
Mak dengan ayah aku selalu pesan kalau seseorang lelaki tu ikhlas dengan kita,dia akan minta izin kat parent kita untuk berkawan dengan kita.Faiq dulu selalu minta izin dengan mak dan ayah untuk bawa aku keluar.Gentle!Aku suka sikap dia.Danial?Entahlah.....Kalau nak keluar dengan aku,mesti dia tetapkan tempat.Tak pernah nak jemput aku kat rumah.Segan dengan parent akulah,busy.....Macam-macam lagi alasan dia!Aku sayang dia,.....tapi.....aku tak suka lelaki yang tak hormat kat mak dan ayah aku.
"Tak apalah kalau tak nak.Nanti saya terangkan kat parent saya." aku dah tarik muka masam!
"Aren.....Saya bukan tak nak jumpa diaorang.Saya nak berkenalan dengan bakal mertua saya,tapi.... saya belum sedia sebenarnya." mulalah dia nak bagi alasan!
Nak suruh jumpa pun susah?Aku bukannya suruh dia masuk meminang aku pun!Heih!Tak faham betul lelaki seorang ni!
"Tak apalah....Tak kisah pun!" jawab aku sambil tersenyum lebar.
"Aren....." panggil Danial bila aku dah mula melangkah.
Nak pujuk aku?Ingat senang ke?
Aku terus melangkah dengan machonya dan tinggalkan dia sorang-sorang.
PADAN MUKA!



Seminggu lepas peristiwa tu,Danial ajak jumpa.Semuanya sebab aku selalu matikan panggilan daripada dia.Aku masih marah sebab tu tak nak layan dia.So,kenapa aku sudi jumpa dia pula kali ni?Heh....Hati dah rindu.....Sekarang pun dah sejuk sikit.Perempuan!Nampak jek aku ni kasar,tapi kalau dah masuk bab-bab hati dan perasaan ni......cair di buatnya walaupun keras sikit.Kalau tak,tak adanya aku nangis berbaldi-baldi masa berpisah dengan Faiq dulu......
"Marah lagi ke?" Danial melunakkan suara.
Tektik memujuk!
"Heh.....Dah lah!Malas nak panjangkan rajuk." balas aku.
"Saya rindulah kat awak....." Danial memandang ku tajam sambil tersenyum menggoda.
Aku cepat-cepat pandang tempat lain.Dup dap dup dap jantung aku di buatnya.Macam manalah mamat nerd macam dia dulu pandai bab-bab menggoda ni?
"Eh....Saya nak ke bilik air dulu."  muka aku dah merah ni.Malu kalau dia perasan.


Kisah Aku.......(18)

Sekarang ni hati aku dah di penuhi dengan nama Danial.Makan teringat dia.Tidur pun terbayang-bayang.Nengok TV keluar muka dia beb!Parah betul aku ni......Heh.....Macam mana kalau dia tinggalkan aku?Aku bukan nak fikir benda-benda yang tak baik,tapi.....Faiq yang baik sangat tu pun boleh tinggalkan aku sebab perangai aku ni.....Patut ke aku berubah sebab lelaki?Macam tak ikhlas jek!Aku tak suka berpura-pura ni!Tapi....aku sayang Danial.....Tak sanggup rasanya nak patah hati lagi sekali.Heh.....Esok Danial ajak jumpa.Ada hal penting dia nak beritahu.Entah-entah dia nak melamar aku tak?Esok kan genap 3bulan kitaorang bercinta.Teruja sangat nak tahu!Okey!Esok aku nak melaram lawa-lawa.Sampai semua tak percaya yang aku ni Aren.Muktamad!Segera aku capai telefon bimbit.Nak dail Ajak.Suruh dia temankan aku beli pakaian nak pakai esok.



"Kau ajak aku kenapa?Kita ni serupa jek.Manalah aku tahu macam mana nak melaram sayang oii....." bebel Ajak.
"Tak kan kau tak tahu lansung?Habis dulu macam mana kau pikat tunang kau tu?" soal aku hairan.
"Wei!Cakap baik-baik ya!Dia yang dok tergila-gilakan aku.Aku kenyit mata dengan dia pun tak pernah!Ini namanya tarikan dalaman aku.Aku ni nice pada pandangan dia." marah betul Ajak nampaknya!
"Habis tu,macam mana ni?" tanya aku resah.
"Hah!Kau suruh Hayatt solekkan kau nak?Dia kan Ratu dress up kat pejabat kita!" cadang Ajak.
"Tak nak lah!" tolak aku seratus peratus!
Tiba-tiba dalam minda aku menjelma bayangan wajah Anna Suraya.Segera aku meleretkan senyuman.




"Kan aku dah cakap yang dia tu minat kat kau......." Anna tersenyum nakal.
"Oh....Dah hampir 3bulan bercinta tapi tak beritahu aku pun!" sambung Anna lagi.
"Malulah....." aku tertunduk segan.
"Relaks lah!Heh....So,kau nak aku solekkan macam mana?Nak nampak comel macam orang Jepun or ayu macam aku?" soal Anna.
"Nak nampak neutral jek.Tak nak over-over." jelas ku.
"Dah ada baju nak pakai esok?" Anna begitu prihatin dengan ku.Terharu betul di buatnya.
"Belum....." aku geleng kecil.
"Kau pakai dress aku jek lah?" pelawa Anna ikhlas.
Pucuk dicita,ulam mendatang!



Kisah Aku........(19)


Tercenggang mak dan ayah bila nampak aku pagi tadi!Mesti tak percaya aku boleh jadi ayu macam ni!Anna susah payah demi aku.Sanggup tidur kat rumah aku yang 5X ganda kecil berbanding rumah dia.Dia solekkan aku dengan penuh keikhlasan dan bagi aku pakaian yang lawa.Mesti dia nak sangat nengok aku kahwin.Masa dia tahu pasal kisah aku dan Faiq,nangis-nangis dia........Lebih over daripada aku!Rupa-rupanya tak matang lagi budak tu.Apa-apa pun,aku sayang dia!Heh....Lepas dah siap lawa-lawa,Anna temankan aku pergi Restoran Big Plate,tempat Danial nak jumpa aku.Tapi dia tak masuk sama.Tak nak kacau daun konon!Dia tunggu kat restoran depan.Masalahnya Danial tak datang lagi ni!Aku pula yang kena tunggu dia!Ni lagi satu perkara yang aku tak gemar dengan mamat ni.Dulu sebelum bercinta,beria-ia nak ambil hati aku!Sekarang.....macam nak tak nak jek setiap kali keluar dengan aku......Tunggu punya tunggu,akhirnya dia muncul juga.Tapi........
"Danial.....Kenapa Fyra ada sama?" soal aku hairan.
"Eh....." Danial nampak keberatan nak buka mulut.
"Cantik you hari ni.......Sampaikan I tak dapat cam tadi.Kenapa?Ada yang special ke hari ni?" Tanya Fyra dengan senyuman sinis dia yang tak pernah lekang daripada dulu.
"Danial......" aku tak pedulikan pujian sinis Fyra.
Fyra segera memaut lengan Danial.Mendidih darah aku di buatnya!Tapi.....Danial biarkan jek.....Tak kan aku pula nak lebih-lebih?Apasal mamat ni tak ada pendirian?!?!Tolaklah tangan Fyra tu!
"Maaf Aren.......Sebenarnya.....sepanjang percintaan kita ni.....saya tak ikhlas dengan awak......Saya hanya nak main-mainkan perasaan awak jek.....Saya dengan Fyra dah 3Tahun bercinta........" Danial nampak serba salah sewaktu menuturkan bicara.
"I dengan Danial pakat untuk kenakan you!Dulukan you selalu buli dia dan selalu gaduh dengan I!So,nak bagi you sedikit pengajaran!Tak sakit pun!You kan hati batu!" Fyra ketawa sinis.
Aku rasa macam hati ni tercarik-carik jek......Pedih gila!Lagi-lagi bila orang yang aku sayang buat aku macam ni!Dengan Faiq dulu lagi better cos sekurang-kurangnya dia pernah cintakan aku.Tapi Danial? Sedih sangat....Tapi aku tak nak nangis depan minah gedik ni!Nanti dia ingat,dia menang!
"Thanks Danial......" aku tersenyum kecil dan segera beredar daripada restoran itu.
Kenapa tak tampar jek dia?Tak perlulah......Aku yang mudah sangat serahkan hati dan perasaan ni pada dia.Aku yang salah!Aren,siapalah yang akan suka kat kau?Jangan perasan lain kali!Anna follow aku daripada belakang.Terperanjat dia bila nampak air mata aku meleleh sebaik jek aku keluar daripada restoran tu.Aku yang dah tak dapat tahan sedih ni,terduduk kat tiang jalan dan nangis puas-puas!Anna pujuk dan dakap aku penuh simpati.Aku putus cinta lagi.........