Kisah Aku....... (Part 2)

Kisah Aku.......(20)


Seminggu aku demam lepas peristiwa hari tu.Bila mak dan ayah tanya,aku tak buka mulut.Anna yang ceritakan semuanya pada diaorang.Cukuplah sekali jek aku bercerita kat Anna.Aku tak kan ulang kisah sedih tu lagi.Dah seminggu ambil cuti,bos aku,Encik Hakim dah sibuk-sibuk tanya khabar.Suruh aku sembuh secepat mungkin.Kerja kat pejabat dah melambak!
"Aren,dah baik demam?" soal Ajak bila aku muncul di pejabat pagi tu.
"Okey lah...." jawab aku malas.
"Aren,nak tahu tak?Kita ada bos baru tau!" sampuk Hayatt tiba-tiba.
"Bakal suami kau tu dah pencen ke?"
"Bukan!My future husband still kat sini!"
Hayatt tak perasan ke yang aku cuma perli dia jek?
"Kan syarikat ni ada dua pemegang syer.Encik Hakim anak Dato Mahadi.Bos baru kita ni cucu Tan Sri Muis.Pemegang syer yang kita tak pernah kenal tu.Diaorang sefamily baru balik dari Switzerland.So,mulai hari ni,kita ada dua bos." jelas Ajak.
"Handsome Aren!" tambah Hayatt teruja.
Tapi aku biasa-biasa jek.Orang handsome ni tak boleh di percayai!Aku belajar daripada pengalaman.
"Aku tak berminat dengan lelaki handsome.Aku suka lelaki yang cute.Macam Encik Hakim tu." usik aku.
Muka Hayatt dah pucat dah.Takut aku rampas suami bayangan dia lah tu!Maklumlah,dia pun tahu yang bos kitaorang tu ada hati dengan aku.Cuma aku jek yang malas nak layan.Tak nak aku ada skandal dengan bos!Nanti orang dok mengumpat!
"Aren.....Awak dah sihat?Baguslah awak dah ke pejabat semula.Saya dah rindu ni......" Encik Hakim segera menghampiri kami bila dia nampak aku ada sama.
"Eh.....Betul ke ada bos baru?Tak nak kenalkan dengan saya ke,Encik Hakim?" aku segera melarikan topik perbualan.Kesian juga nengok wajah hampa Hayatt.
"Assalammualaikum..........Ada sesiapa yang sebut tentang saya ke?" sampuk satu suara.
Segera aku menoleh.Eh.....Dia?!??
Pemuda tampan itu mengukirkan senyuman.


Kisah Aku.......(21)

Aku ingat lagi,masa aku tengah kecewa hari tu,ada orang tegur aku.Dia tanya kenapa aku sedih.Memang aku tak layan lah!Ada ke orang  nak mengaku baru putus cinta depan lelaki yang dia tak kenal?Anna auta lah sikit.Cakap aku nangis sebab kucing hilang!Anna pun satu!Lansung tak pandai bohong!So,apa kaitan kisah hari tu dengan cerita aku ni?Hah!Kalau nak tahu,lelaki yang tegur aku tu lah Encik Muhammad Nur Iman!Bos baru kitaorang!Walaupun aku tengah layan perasaan kat tiang jalan hari tu,tapi aku masih ingat muka dia.Minta-minta dia dah lupakan wajah aku.Malu beb!
"Menung panjang nampak....." tegur satu suara.
"Encik Iman......" malu-malu aku pandang wajah kacak dia.
Prince Charming betul mamat ni!Lagi-lagi bila dia tersenyum.Lesung pipit di pipi kanan dia menyerlahkan kekacakan yang tersedia ada.Aku ni konon jek tak suka lelaki yang handsome!Tapi pandang juga!
"Awak pernah jumpa dengan datuk saya?" soal bos baru yang handsome tu,ramah.
"Tak pernah....."
Kenapa aku ni?First time malu-malu kucing bila menghadap lelaki!Dengan Faiq,Danial dan Encik Hakim,aku selamba jek bila berbicara.Kadang-kadang tak bertapis pula.Tapi dengan dia......penuh hati-hati beb!Aren,dia bukan Putera Raja!Tak payah nak sopan-sopan sangat.
"Saya ni cucu angkat Tan Sri Muis dan Puan Sri Sarah jek.....Anak yatim piatu......Mereka bela saya sejak umur 5Tahun lagi.Dulu tinggal kat rumah anak-anak yatim.So,tak ada apa-apa yang istimewa pasal saya sampaikan awak takut-takut nak berbual benda tak formal dengan saya ni."
Dia perasan ke aku macam malu-malu nak berbual dengan dia?
"Eh....."
"Awak ni special tau.....Walaupun kita baru kenal,tapi tak sampai 5minit awak dah tahu pasal hal peribadi saya." Encik Iman tersenyum lagi.
Murah betul pemuda ni dengan senyuman!Cair hati aku yang baru beku minggu lepas di buatnya!
He..He..He..



Kisah Aku......(22)


"A'iz....."
Dah lama aku tak sebut nama tu.......Siapa?Heh.....First love aku.....Hariz Haikal.Budak-budak kat sekolah panggil dia Iz.Tapi aku ni special ibarat kata-kata Encik Iman kan?So,aku panggil lah panggilan manja.Aku minat dia dalam diam.Dia tak tahu pun.Sebab dia lah aku jadi macam sekarang.Tomboy!Dulu masa bersekolah rendah kat Putrajaya,aku ni di ibaratkan seperti Puteri Sekolah.Tapi.....ada hal yang menyebabkan aku berubah.....Heh.....Kenapa aku bersekolah kat Putrajaya?Tak ke membazir masa nak ulang alik dari rumah aku ke sekolah setiap hari?Kalau sebelah rumah tak apalah juga.Ni Sungai Besi dan Putrajaya?Walaupun tak jauh macam Johor ke Perlis tapi tak adalah dekat macam jamban kat rumah aku dengan bilik mandi.Ah,aku tahu!Sebab nak jumpa dia kot?He..He..He..Tak adalah....Ayah tak suka anak-anak dia bersekolah kat tempat dia mengajar.So,mak pun cadangkan aku sekolah kat Putrajaya.Aku pun akur jek lah.Tak kisah nak sekolah kat mana-mana masa tu,asalkan ada kawan-kawan nak bermain anak patung.Aku dan anak patung?Anna,Eyda dan Kaka pun tak tahu hal ni.Senyap-senyap sudah!Lagipun duit mak ayah aku.So,kauorang tak payah nak sibuk-sibuklah ya.Heh.....Hari ni tiba-tiba jek aku jadi rindu pada dia.....Lepas aku bersekolah menengah,lansung tak ada dengar khabar pasal dia......Tak tahulah dia belajar kat mana lepastu.Tapi yang penting,dia budak pandai beb!Mesti lepas SPM dia belajar kat oversea kan?Dia anak orang kaya,so mesti mampu.Kenapa aku tak cuba cari dia?Aku masa tu budak-budak lagi,so manalah terfikir nak intip hal peribadi dia.Rumah dia kat mana?Dia anak keberapa?Yang aku tahu cuma dia tu anak orang kaya dan pandai.Menyesal tak ambil tahu dulu!Heh,macam mana kalau dia dah kahwin ah?Melepaslah aku!


Kisah Aku......(23)

"Zurina,hari ni kita ada perjumpaan dengan wakil syarikat Family Berhad.Setengah jam daripada sekarang.Awak sedia tau.Dalam around 10 a.m kita dah ada kat tempat tu." beritahu Encik Hakim.
"Ah,saya kena ada sama ke bos?" soal aku lurus-lurus.
"Kan awak ketua jurutera syarikat ni.Kertas kerja yang kita usulkan pada mereka pun awak yang buat.So,awak kenalah ada sama.Senang nak jawab soalan-soalan daripada mereka nanti." jelas Encik Hakim.
"Siapa lagi yang ada?"
"Saya,awak,pengurus besar Family Berhad.....Eh...Tu jek lah.Encik Iman tak dapat ikut,dia baru jek keluar,ada hal peribadi katanya"
"So,itu ke 'mereka' yang bos maksudkan?Seorang jek wakil dari Family Berhad?Heh!Dato Razali tak ada?Ketua jurutera Family Berhad?Kan kita nak bincang pasal usahasama produk baru tu.Kalau jurutera diaorang tak ada susahlah.Takkan saya seorang nak handle semuanya?" bebel aku.
"Dato Razali wakilkan anak dia,pengurus besar tu.Dan anak tunggal dia tu adalah ketua jurutera juga.Orang kata 3 in 1.Anak pengarah syarikat,pengurus besar dan ketua jurutera." Encik Hakim tersenyum kecil.
Suka sangat dengar aku membebel!Pelik betul dia ni.Kawan-kawan aku semua tak tahan kalau aku dah mula membebel.Encik Hakim pernah kata,kalau aku tak membebel,bukan Zurina namanya!Dia kata aku nampak comel waktu membebel tu.Ada ke macam tu pula?Tapi sikit pun aku tak tersentuh!Susah nak buat Zurina jatuh hati Encik Hakim oii!!!!!!!!



Kisah Aku......(24)

"Bos,saya nak ke tandas dulu." Aku meminta izin daripada Encik Hakim untuk ke tandas.
"Pergilah.....sebelum wakil Family Berhad datang." Encik Hakim memberikan keizinan.
Segera kaki ku ayun menuju ke tandas yang terdapat di restoran ini.Kain baju kurungku di angkat sedikit untuk memudahkan pergerakkan aku yang tersedia macho.Lagi berapa meter nak sampai ke tandas,aku bertembung dengan seorang pemuda yang baru keluar daripada tandas lelaki.Buta apa!
"Apa ni langgar-langgar orang?" tegur pemuda itu.
"Siapa yang langgar siapa ni?Awak yang tergesa-gesa keluar daripada tandas sampai tak pandang kiri kanan!" balas aku agak marah.
"Oh,ya ke?Saya tak perasan ada orang tadi.Awak tu macam halimunan.Tak di perasan kewujudannya." sinis pemuda itu menuturkan bicara.
Peh!Muka jek cute,tapi mulut......macam longkang!Sesuka hati sesedap rasa jek nak menyindir aku.
"Heih,awak boleh jalan dah!"
"Memang nak jalan pun ni!" sempat lelaki itu tersenyum kecil sebelum beredar pergi tanpa mendapatkan kemaafan daripada ku.
Nasib baik kau cute!Kalau tak,dah aku tonyoh-tonyoh muka kau tu!



Kisah Aku......(25)


"Sorry lambat!" aku segera duduk di kerusi kosong bersebelahan Encik Hakim tanpa memandang orang yang kami nantikan.
Malunya!Dia dah sampai lama ke?Kalau 'Monyet' tadi tak buat hal mesti aku dah sambut dia dengan senyuman manis aku ni!Manis ke senyuman aku?Mestilah!
"Zurina,kenapa lambat?Saya ingat awak dah kena culik tadi!" risau benar suara Encik Hakim.
Sayang sangat ke dia kat aku ni?
"Tadi ada 'Monyet' ganggu perjalanan saya.Dah terlambat!" kata aku jujur.
"Monyet?" Encik Hakim terkebil-kebil.
"Manusia separa monyet!Badan manusia tapi perangai macam Monyet!Rasa-rasanya ada jiwa monyet yang terperangkap dalam badan dia kot!" luah aku selamba.
Entah apa-apa aku ni!Depan orang lain pun tak tahu nak cover perangai.Tapi......peduli apa aku!Depan pengerusi 3 in 1 ke,anak raja ke.....Opss!Tapi dengan seorang 'Putera Raja' tu aku macam tak diri aku yang sebenarnya.....Tersopan sikit!Heh.....Encik Iman,ilmu apalah yang kau pakai agaknya sampaikan Zurina boleh malu-malu depan kau?Pelik-pelik!Kalau depan Faiq,Danial dan Encik Hakim,aku selamba badak jek.Dulu sampai pernah kena tegur dengan Faiq.Dia suruh aku sopan sikit.Aku ni kan perempuan.So,tak eloklah bahasa kasar-kasar ni.
"Ada-ada jek lah awak ni......" Encik Hakim ketawa kecil dengan kata-kata aku tadi.
Dia dah biasa dah dengan perangai aku yang entah apa-apa ni.So,aku sehati sejiwa dengan dia?Tak kot!Memanglah dia tak kisah aku ni kasar ke,bahasa entah apa-apa,perangai bukan-bukan......Tapi.....dia tetap dia.Beretika orangnya.Kalau aku kahwin dengan dia 'masak' aku!Itu pun kalau pass pada pandangan family dia.Mesti mak dia tak suka nak jadikan aku menantu.Siapa yang nak kan menantu perempuan yang dah macam menantu lelaki ni?Nanti mak dia tengah sibuk-sibuk memasak,aku boleh bantai gelak nengok TV pula.Bukannya nak tolong memasak sekali.
"Zurina,ini lah anak Dato Razali yang saya cakap kat awak tu." Encik Hakim mematikan lamunan aku yang jauh sangat terpergi.
Mana mungkin aku dengan Encik Hakim together!Kalau betullah,dah boleh masuk buku fairy tale kisah hidup aku ni!
"Kal,ni pekerja kesayangan aku,merangkap jurutera utama projek kita kali ni.Dia ketua jurutera syarikat aku.Dan dia jugalah yang buat usul untuk produk baru ni.Semuanya idea dia.Aku just on jek." Encik Hakim memperkenalkan aku dengan pengerusi 3 in 1 tu.
Aku pun pandanglah muka dia.Konon-kononnya nak beri senyuman termanis aku.Maklumlah anak pengarah Family Berhad beb!Mana tahu dia berkenan nak jadikan aku ni isteri mithali.Durian runtuh betul!Masa tu selamat tinggallah Faiq dan Danial!Encik Hakim pun gigit jari jek.Ha.....Ha......Ha......Jauh betul angan-angan aku!Rasanya in dream only,okay!


Kisah Aku.......(26)

Tenung punya tenung aku jadi tersentak tiba-tiba!Macam kenal jek.......Heh......Imbas kembali ni.....Siapa ya lelaki cute depan aku ni?Tertawan aku di buatnya.Kalau dia senyum mesti cute gila kan muka dia?Heh....Cute?Lelaki cute?Siapa ya lelaki paling cute aku pernah jumpa setakat ni?Heh....Dah dapat!Tapi.....Ah!Dia?!?.
"Nice to meet you......"
Pengerusi 3 in 1 dan 'Monyet' yang aku sibuk dok umpat depan Encik Hakim tadi adalah orang yang sama!Oh,man!Apa aku nak buat ni?
"H....ha....hai......" Tiba-tiba jek aku jadi gugup!
Bukan gugup sebab nak kahwin.Tapi gugup sebab.....eh....sebab guguplah!
"Heh...." dia hadiahkan aku senyuman sinis.
Maknanya dia tahu 'Monyet' yang aku maksudkan tu dia!
"So,.....Cik Zu dulu belajar kejuruteraan kat mana?"
Zu?Tak pernah sesiapa panggil aku macam tu!Sejak kecil semua orang panggil aku Aren.Zu tu macam lembut sangat jek?Tak suka aku!
"Jepun....." jawab aku sepatah.
Malas nak layan 'Monyet' yang dah sakitkan hati aku tadi!
"Jepun jek?..." kata dia agak perlahan tapi macam memang khas untuk aku seorang yang mendengarnya.
Ni dah tahap memandang rendah ni!Kalau ya pun sakit hati kat aku,jangan lah pandang orang sebelah mata beb!
"Haikal ni lulusan kejuruteraan dari Jerman." tokok Encik Hakim.
Lelaki yang baru aku tahu nama dia tu tersenyum kecil.Banggalah tu!Aku tahulah Jerman 'master' bab-bab kejuruteraan ni.Tapi Jepun tak kurang hebatnya lah!Nombor dua selepas Jerman beb.
Dia ni kan!Muka jek cute mengalahkan Faiq,tapi perangai......memang tak serupa dengan Faiq yang sweet sangat tu!


Kisah Aku......(27)

"Betul ke Aren temankan Encik Hakim jumpa anak Dato Razali?" akauntan yang aku panggil kak Nabahah terus serbu meja aku bila Encik Hakim dah masuk bilik dia.
"Ah-ah.." aku jawab nak tak nak jek.
Malas nak ingat peristiwa tadi.Menyakitkan hati jek!
"Mesti Hayatt cemburu kalau dia tahu kau keluar dengan 'hubby' dia!Nasib baik hari ni dia cuti." sampuk Ajak pula.
Lapang betul diaorang ni.Kerja syarikat tak cukup ke?Kalau tak cukup,boleh tolong aku.Kat meja ni dah berlambak-lambak dah kerja yang aku perlu siapkan.
"Tapi yang untungnya Aren lah!Dahlah keluar dengan Encik Hakim,dapat pula bersemuka dengan anak Dato Razali.Kata orang,anak dia tu 'Prince Charming' tau!Tapi akak tak pernah nengoklah.Tu yang cemburu dengan Aren ni!" kak Nabahah tersenyum nakal.
Heih,perempuan seorang ni!Dah kahwin tapi masih nak nakal-nakal lagi.
"Biasa jek muka dia......" aku cuba menafikan ke'cute'an pengerusi 3 in 1 a.k.a Monyet tu.
Mana taknya!Bila Encik Hakim minta diri untuk jawab panggilan,dia asyik perli aku jek!Lakaran aku tak kemaslah,ini tak kena,itu salah.Macam dia seorang yang hebat dalam bab-bab kejuruteraan ni.Encik Hakim pun satu!Lama sangat jawab panggilan.Makwe ke yang telefon?Cemburu?Tak ada maknanya!
Tapi yang menambahkan kegeraman aku,bila depan Encik Hakim,boleh pula dia puji aku.
Apa kes namanya tu?Balas dendam sebab aku dah ejek dia monyet?
"Hah!Berangan!" sergahan daripada Ajak mematikan 'memori indah' yang aku imbas di restoran tadi.
"Mesti teringatkan 'Prince Charming' tu kan?" usik kak Nabahah.
"Ma...mana ada!"
Ajak dan kak Nabahah dah pecah perut ketawakan aku.Mana taknya!Muka aku dah merah menahan malu.
Aduhai.....Pecah rahsia!Aku pun satu,buat apalah teringatkan 'Monyet' tu?



Kisah Aku......(28)


"Apa bising-bising ni?Ingat syarikat ni pasar ikan apa?" sergahan seseorang membuatkan tawa Ajak dan kak Nabahah mati serta merta.
Miss Sherina!
"Kim manjakan sangat you all ni tau!Sekarang baru pukul 11 pagi,belum tiba masa rehat lagi.Pergi buat kerja!Nanti Muslim Holdings juga yang terjejas sebab ada pekerja yang tak tahu nak siapkan kerja." perli Miss Sherina.
Padan muka Ajak dan kak Nabahah!Tu lah,seronok sangat gelakkan aku.Sekarang kenalah kauorang tadah telinga dengar amarah Miss Sherina tu.
"Heh!S.U,Encik Hakim ada?" perempuan cantik yang kitaorang panggil Miss Sherina tu merenung Azlina tajam.
"A...Ada....." takut-takut budak tu jawab.
Azlina ni setiausaha baru Encik Hakim.Baru 5bulan kerja kat sini.Dulu Suhaila yang ambil tanggungjawab uruskan hal-hal peribadi Encik Hakim,tapi lepas dia kahwin 6bulan lepas,terus berhenti kerja.Suami dia cemburu dengan Encik Hakim.Katanya bos kesayangan kitaorang tu kacak sangat and dia rasa tergugat.So,terpaksalah Suhaila tinggalkan kitaorang.Rindu kat dia!
Selepas perempuan cantik manis tu masuk berjumpa Encik Hakim,barulah kitaorang tarik nafas lega.
"Bila perempuan garang tu balik Malaysia ah?" Tanya kak Nabahah.
"Siapa perempuan cantik tadi kak?....Tak pernah nampak pun sebelum ni....." Azlina masih lagi terperanjat agaknya.Suara pun tersekat-sekat.
"Nama dia Sherina,kawan baik Encik Hakim.Dah berkawan sejak kecil lagi.Dato Mahadi dan isteri dia sampai dah anggap Sherina ni seperti anak sendiri.Maklumlah,anak diaorang dua-dua lelaki.Encik Hakim dan adik dia,Lutfi.Manja tau dia dengan family Encik Hakim.Sebenarnya dah lama dia tak datang syarikat ni.Last,masa dinner syarikat tahun lepas.Dia baru balik dari Paris.Fashion Designner tu!" jelas kak Nabahah.
"Hati-hati tau Lin!Dia kuat cemburu.Dulu Ila selalu kena sound dengan dia.Nasib baik Ila tu penyabar orangnya." tambah Ajak pula.
Memang betul kata-kata Ajak tu.Dulu ada jek salah Suhaila yang dia nak cari.Tapi Suhaila tu kuat semangat.Bukan jenis emosi.Suhaila selalu back up kitaorang time Miss Sherina marah-marah.Sekarang ni tak tahulah nak harapkan siapa.Azlina ni lembut sangat orangnya.
Aku?Aku malas nak masuk campur hal-hal remeh macam ni.Lagipun Miss Sherina tu okey jek dengan aku.
Dia tak cari pasal dengan aku,so aku pun sama jugalah.Marah tu adatlah.Lagipun memang salah kitaorang.Selalu sangat berkumpul dan berborak time tak ada kerja.


Kisah Aku......(29)

"Lin,saya nak keluar sekejap.Kalau ada orang tanya,cakap saya masuk pejabat petang ya." Encik Hakim meninggalkan amanah pada Azlina.
"Kim,cepatlah!" muka Miss Sherina aku nengok dah masam mencuka.
Mesti cemburu ni bila Encik Hakim berborak dengan perempuan lain!Semua kat pejabat ni tahu yang Miss Sherina suka kat Encik Hakim.Cuma Encik Hakim jek yang anggap dia macam family sendiri.
"Sekejap,Sherina....."
Encik Hakim menuju ke meja aku dan meninggalkan Miss Sherina bersama Azlina.
Kenapa pula ni?
"Zurina,saya nak temankan Sherina cari kedai untuk di jadikan butik.Nanti sebelum waktu pejabat habis,saya pulang." beritahu Encik Hakim bersungguh-sungguh.
So?Apa kaitannya dengan saya pula,Encik Hakim?
"O...Okey...." lain nak cakap,lain pula yang terkeluar.
Aku nengok Miss Sherina steady jek.Siap hadiahkan aku senyuman lagi bila aku pandang wajah dia.Tak macam tadi,masam bila Encik Hakim bercakap dengan Azlina.Daripada dulu,dia tak pernah cemburu nengok bos kitaorang tu rapat dengan aku.Agaknya sebab aku ni bukan persaingan dia kot?Yelah,siapa lah yang suka kat aku ni?Tak ayu dan anggun macam perempuan-perempuan lain.Kalau nak bersaing dengan Miss Sherina,memang tak terlawan rasanya.Dia memang 'Princess' sejati.Tak pernah berpakaian seksi tapi tetap ada aura yang menarik semua orang untuk pandang dia banyak kali.
Setelah Encik Hakim dan Miss Sherina berlalu pergi meninggalkan kami,mangkuk ayun dua orang tadi mulalah balik nak usik-usik aku ni.Dah tersenggih lebar kak Nabahah!
"Habislah....Perang bersegi-segi antara Si Cantik Sherina,Ratu Andaman Hayatt dan Zurina yang Cute." gurau Ajak.
"Aren,dia suka kat awak tu." usik kak Nabahah.
Aku buat muka  selamba jek.Malas nak layan minah-minah senggal ni!


Kisah Aku......(30)

"Zurina,awak boleh tolong saya tak?Petang ni dalam pukul 3 petang,datuk dan nenek nak lawat syarikat.Jadi,saya nak minta tolong awak kemaskan apa-apa yang patut.Datuk dan nenek saya tu cerewet sikit orangnya.Tak suka sepah-sepah ni.Awak nengok jek lah pejabat kita macam mana......" Encik Iman tersenyum kecil memandang sekeliling.
Dengan kertas-kertas yang berlambak atas meja.Fail sepah sini sana.Heh....Nampak tak teratur betul pejabat kitaorang ni!
"Saya tak tahu nak minta tolong dekat siapa.Semua nampak macam busy jek.Awak yang saya nengok free sikit.Asyik termenung daripada tadi." Encik Iman cuba mengusik.
Dia nampak ke aku termenung?Malunya!Ni semua sebab 'Monyet' tu!Kenapalah aku terbayang-bayang muka cute dia jek?Tak kan baru jumpa sekali,dah jatuh hati?Aku bukan macam perempuan lain yang percaya pada cinta pandang pertama.
"So?Awak boleh tolong saya tak?" lembut jek Encik Iman bertanya.
Aku nak tolak pun tak sampai hati.Encik Iman terlalu cool untuk aku zalimi.Sepanjang seminggu aku kerja dengan dia,tak pernah aku nampak dia marah-marah.Dia selalu tersenyum pada semua orang.Lagi-lagi dengan aku ni! (PERASAN!) Tutur kata pun sopan dan lembut.Betul-betul membuai hati.Nasib baiklah aku tak ngantuk.Kalau tidak,mesti dah terlena di buai mimipi.Hish!Apa aku merepek ni?
"Eh....Nanti masa lunch saya tolong kemaskan apa-apa yang patut......" jawab aku sopan kali ni.
Zurina ke ni?Macam tak percaya jek aku boleh cakap sopan-sopan dengan orang lain kecuali dengan mak,ayah dan opah aku!Kalau Eyda,Kaka dan Anna nampak ni,mesti diaorang gelakkan aku!
"Maaflah menyusahkan awak.Pukul 9.30 pagi tadi baru saya dapat tahu mereka dah ada kat KLIA.Bergegas saya jemput mereka.Lepastu hantar mereka ke rumah.Datuk dan nenek saya terus ke Perlis lepas tiba Malaysia hari tu.Seminggu dioarang kat sana.Sekarang ni pula saya nak keluar,cari katering yang on the spot boleh serve makanan sebab datuk dan nenek nak buat makan-makan sikit.Minta-minta adalah.Kalau tak saya boleh kemas sendiri.Maaf ya?"
"Hah?...Eh,tak apa.....Saya tak kisah pun....." auta aku!
Padahal semua orang kat sini tahu yang aku ni memang malas bab-bab mengemas!Selalu elakkan diri bila Hayatt ajak gotong-royong bersihkan pejabat.
Aren,Aren!Depan Encik Iman nak control pula perangai kau yang entah apa-apa tu!Takut nak buat hal.Tak nak dia tahu yang kau ni tak sesopan mana!Hish!



Kisah Aku......(31)


Dengan azam yang membara,aku pun konon-kononnya nak mengemaslah ni.Tapi,bila baru nak start jek,handphone aku dah pun melontarkan lagu 'After Love' nyanyian band Korea kesukaan aku,FT Island.
"Eyda!"
Tersenyum lebar aku.Maklumlah,kawan aku yang seorang ni busy sikit baru-baru ni.Orang dah nak kahwin!
"Assalammualaikum,yo!" salam aku hulurkan dengan menambah trade mark yang dah biasa aku gunakan pada kawan-kawan rapat sejak dulu lagi.
"Aren.....Isk....isk...isk....."
"Kenapa ni?" soal aku cemas!
Mana taknya!Salam aku di jawab dengan tangisan.Mesti big problem ni!


"Saiful nak batalkan perkahwinan kauorang?!?" aku yang mendengar pun dah nak hampir pitam,inikan pula Eyda yang menanggungnya.
"Bila aku tanya kenapa,......apa salah aku,......dia cakap tak ada apa-apa sebab,.......aku tak salah apa-apa pun.....Tapi kenapa dia buat aku macam ni?" tangisan Eyda sudah tidak mampu keluar lagi.Dah kering agaknya.Nengok mata dia yang macam kena gigit lipan tu pun aku dah boleh agak yang dia dah nangis puas-puas!
"Heh....Bagi aku alamat tempat kerja dia!" dengan muka yang serius aku bersuara.
"Dia satu tempat kerja dengan aku......Kau nak buat apa ni,Aren?........." Tanya Eyda bernada risau.
"Apa nama syarikat kau kerja?" tegas aku meminta jawapan tanpa mempedulikan pertanyaan Eyda.
"Family Berhad....."


"Encik Saiful ada?" soal aku pada gadis comel yang memakai tag nama Aida.
"Maaf cik,sekarang waktu lunch......." Aida menjawab sopan.
"Saya tanya dia ada ke tak?!?.Saya bukan tanya sekarang ni lunch hour ke apa!" agak kasar aku membalas.
Terkedu Aida di buatnya.Kesian betul dia jadi setiausaha kat sini.Dia cakap baik-baik,aku pula balas kasar-kasar.Semua ni Saiful punya pasal lah!Aku dah marah sangat kat dia ni!Kenapalah dia buat kawan aku sedih macam tu sekali!
"Dia ada kat bilik mesyuarat.Tengah lunch dengan bos kitaorang." Aida masih lagi boleh tersenyum dengan aku.Baik betul dia!
Kalau aku,ada orang tengking macam tu,aku seligi jek kepala dia!
"Terima kasih...." malu pula aku dengan kebaikan Aida.
Nak saya tunjukkan bilik mesyuarat kat mana?" ikhlas Aida bertanya.


Kisah Aku.......(32)

Sebaik sahaja gadis yang bernama Aida tadi menunjukkan bilik mesyuarat,aku terus menolak daun pintu tanpa memberi salam.Kelihatan banyak mata yang memandang aku.Tapi,ada aku kisah?Ada 4 orang perempuan dan 5 orang lelaki di dalam bilik yang sedarhana besar itu.Masing-masing tengah menghadap makanan.Tiba-tiba aku jadi lapar pula.But sekarang bukan masanya Aren!Heh.....Yang mana satu Saiful?Tak kanlah perempuan pula!So,secara logiknya aku menumpukan perhatian pada 5 orang jejaka tadi.Heh.....Boleh tahan kelima-limanya.Tapi ada seorang tu memang cute gila!He..He..He..Aku dah nak start menggatal ni!Tapi macam familiar jek mukanya.........Kau ni Aren,kalau nengok yang cute sikit semuanya kau kenal kan?Fokus-fokus...Niat utama aku pecah masuk bilik ni sebab nak talk dengan Saiful!
"Saiful mana?" Tanya aku garang.
Seorang lelaki berdiri daripada kelompak manusia yang seramai 9orang itu.
"Cik cari saya ke?" soal lelaki itu sopan.
Aku tenung lelaki itu atas ke bawah.Ini ke Saiful?Heh....Not bad!Walaupun tak secute lelaki yang aku 'dok' target tadi.Nasib baik lelaki tu bukan Saiful.Rasa-rasanya aku ada peluang tak?Aduh,penyakit gatal dan miang tu dah mula balik!
"Ikut aku.Ada 'benda' yang aku nak cakapkan dengan kau." arah aku tegas.
"Ehh....5min?Saya nak habiskan makanan ni dulu."
"Now!Or kau nak aku cakap kat sini jek?Depan orang ramai?" ugut aku.
"Saiful,pergilah......" sampuk satu suara.
Rupa-rupanya lelaki yang aku kata cute gila tu yang bercakap.Dia ke bos Eyda,Saiful,Aida dan pekerja-pekerja yang lain?Kalau dia bosnya,bolehlah aku minta kerja kat sini.Hari-hari dapat menatap wajah dia yang cute tu.He..He..He..
"Cik....." panggil Saiful.
Aduh!Macam manalah aku boleh tak perasan yang Saiful tengah tunggu aku kat depan pintu bilik mesyuarat tu?Ni mesti sebab khusyuk sangat aku menilik wajah bos Si Saiful yang cute tu!
Dengan muka yang control macho,aku pun follow Saiful.Kami menuju ke koridor sebelah kanan.Dekat jek dengan bilik mesyuarat tadi.Buat apa nak pergi jauh-jauh.Kalau dengan bos yang cute tu tak apalah!Dia nak bawa aku ke bulan pun aku sanggup ikut.
"Kenapa kau lukakan hati kawan aku ah?!?.Kau tahu tak yang Eyda tu dah macam zombie kampung pisang tau bila kau batalkan perkahwinan tu!" luah aku direct.
"Cik ni kawan Eyda ke?..."
"Jawab lah soalan aku!" balas aku kasar.
 Saiful nampak sikit terkejut dengan terjahan aku.Apa dia ingat perempuan tak boleh terjah menerjah ke?Lepas ni aku dah boleh mohon kerja dengan TV3,jadi wartawan Melodi macam Nas Ahmad.
"Sebab saya sayangkan dia......" luah Saiful.
"Sayang otak hang!!!.." marah aku.
"Kalau sayang,kau tak kan buat dia macam ni!Kalau ini yang kau katakan sayang,dah boleh masuk kat riwayat cinta yang baru.Lepas ni lelaki-lelaki lain kat luar sana bolehlah ikut tunjuk ajar kau pula.Tinggalkan perempuan-perempuan yang mereka sayang." tambah aku bercampur kata-kata yang sinis.
"Saya terpaksa......" jawab Saiful,membela diri.
"Apa yang menyebabkan kau terpaksa?Ada orang ugut nak bunuh Eyda ke kalau kau jadi kahwin dengan dia?" sindir aku lagi.
"Ayah Eyda.....Dia nak jodohkan Eyda dengan lelaki lain.....Tapi dia tahu yang apa yang dia nak kan tu tak kan tertunai.Sebab....Eyda cintakan saya.Jadi.....dia buat perjanjian dengan saya.....Kalau saya tinggalkan Eyda,ayah dia akan rujuk semula dengan mak Eyda.....Saya tahu satu-satunya harapan Eyda yang dia harap sangat-sangat tertunai ialah melihat mak dan ayah dia berbaik semula,bersatu seperti sebuah keluarga macam dulu-dulu,bergelak ketawa dengan mereka setiap hari........Jadi.....saya rasa lebih baik saya berkorban....." kata-kata daripada Saiful itu kedengaran jujur kerana riak wajahnya aku perhatikan begitu ikhlas sekali.Mustahil Saiful bohong.


Kisah Aku.....(33)

"Heh....Tapi kau tak patut buat macam ni." suara aku dah kendur sikit berbanding tadi.
"Habis tu saya nak buat apa?!?!Terus bersama Eyda dan melihat kesedihan dia?!?!Atau.....pergi daripada hidup dia untuk lihat Eyda gembira??...Memanglah mula-mula dia akan sedih,tapi.....lama-lama perasaan sedih tu akan terubat bila dia nengok mak dan ayah dia bersatu semula.Salah ke kalau saya berkorban demi kebahagiaan dia?Untuk kegembiraan masa hadapan dia?Salah ke?" air mata jantan menitis di pipi Saiful.
Sedih benar dia......Tolonglah jangan nak feeling-feeling depan aku wei!
"Saiful,awak bodoh!" sampuk seseorang.
Eyda!
Aku nengok Eyda dah tersedu-sedan di bahu Aida.Dan....tangisan Eyda dan Saiful pun bersatu.Dah macam cerita Korea pula!


"Thanks Aren......" Eyda tersenyum bahagia.
Mana tak nya,dia dengan Saiful dah berbaik.Katanya dia memang sayangkan parent tapi dia juga perlukan Saiful.So,Eyda tak kisah kalau mak dan ayah dia tak bernikah semula,asalkan mereka berbaik.Secara automatiknya,Eyda dapat tiga-tiga sekali.3 in 1!
Heh....3 in 1?Kejap,kejap!Macam ada something yang tak kena.....Bos Saiful tadi........????????Cute.....
Muka dia macam aku pernah nampak....Tapi tadi aku tak berkesempatan untuk full scan cos masa tu fikiran aku terhad,sibuk dengan masalah Eyda dan Saiful.
"Kenapa,Aren?" tanya Eyda hairan.
"Siapa nama bos kau ah?"
"Encik Haikal...." jawab Aida bagi pihak Eyda.
Sah!Memang betul tu dia!Si Monyet tu!Tak pasal-pasal aku puji dia tadi!Menyesal betul!
"Kau tak masuk kerja?Waktu lunch dah habis ni."
"Ah?" aku memandang Eyda.
Lunch?Eh....Encik Iman!Ya Allah!Macam mana aku lupa pasal hal nak tolong dia!
"Eyda,Aida,aku balik dulu ya!"
Dengan tergesa-gesa,aku pun mencapai helmet dan kunci motor yang ku letak di atas meja Eyda.Hari ni aku akan kembali ke tabiat lama.Merempit dengan motor skuter kesayangan ku,Ophet!
Lantas ku ayun kaki menuju ke tangga.Malas nak tunggu lif.Kain baju kurung ku angkat sedikit bak Puteri cerita-cerita dongeng.Tapi Puteri seorang ni buruk benar langkahnya.Lantaklah kalau orang nak mengata aku ke apa!Demi Encik Iman seorang tu,aku rela.



Kisah Aku.......(34)


"Wei,kauorang......Encik Iman mana?" aku memandang sekeliling,cuba mencari bayang Encik Iman.
"Wah!Persekitaran pejabat ni dah bersih lah.Ajaib betul.Tadi sebelum aku keluar,pejabat ni still macam tongkang pecah lagi.Siapa yang tolong Encik Iman berkemas ya?
"Kau pergi mana jek?Bukannya tadi masa kitaorang ajak lunch sama-sama,kau cakap nak tolong Encik Iman kemas home sweet home kita ni ke?" soal Ajak semula tanpa menjawab pertanyaan aku.
Aku pun selamba jek tayang muka innocent kat dia sambil tersenggih kambing.
"Siapa tolong dia?" Tanya aku betul-betul ingin tahu.
"Hayatt......" jawab kak Nabahah.
"Hah!Bukannya dia cuti ke?" Tersirap darah aku di buatnya.
Minah seorang ni nak tackle Encik Iman pula ke?Cukup-cukuplah dengan Encik Hakim tu.Ni yang aku hot and spicy ni!
"Dah,jangan nak fikir bukan-bukan!Hayatt tu tolong Encik Iman bukan sebab nak pikat bos kita yang 'damn' cool tu.Tapi,Encik Hakim yang suruh kitaorang call Hayatt,pujuk dia untuk datang,and cakap kalau Hayatt tolong nanti dapat dinner sama-sama dengan dia.Bulan jatuh ke riba tu!Hayatt tak kan lah sanggup tolak untuk makan malam dengan kekasih pujaan hati dia tu.Tu yang cuti-cuti pun sanggup turun padang.Sebelum balik sempat lagi tu pesan kat Encik Hakim supaya tak lupa janji untuk dinner sama-sama" jelas Ajak seperti dapat membaca fikiran ku.
He..He..He..Malu pula 'eden!'
"Eh...Aku nak pergi jumpa Encik Iman sekejap."
Takutnya nak bersemuka dengan dia.Mesti kena fire ni cos dah langgar contract.Aku dah accept offer yang dia buat.So,kalau masuk mahkamah,mesti court held memutuskan yang aku ni breach the contract dan boleh di saman.Mampus!Mana nak 'cekau' duit?
"Assalammualaikum....." aku menghulurkan salam pada Encik Iman.
Minta-minta lembutlah hati dia.Aku tak nak pecah rekod,jadi orang pertama yang kena marah dengan Si Super Cool ni!
"Waalaikummussalam...." jawab Encik Iman.
Heh.....Tak ada unsur-unsur api pun.Tak kan tak marah kot?
"Maaf.....Tadi saya ada hal......" kata aku gugup.
"Saya tak kisah.....Tapi....lain kali beritahu awal-awal ya?Nasib baik tadi saya dapat cari makanan on the spot awal.Lepas order terus balik pejabat,ingatkan nak tolong awak.Tapi nak buat macam mana kan?Nasib baik ada yang sudi tolong saya." dengan penuh berhemah,Encik Iman menegur kesilapan aku.
Dan dengan pantas juga air mata aku meleleh bertitisan ke pipi yang licin dan tak berjerawat ni.Saja nak puji diri sendiri!Anna pernah kata,kalau bukan kita yang puji diri kita sendiri,siapa lagi nak puji?
"Aren....Saya tak marahkan awaklah." Encik Iman terperanjat melihat aku menangis.
Yang aku pula,sejak bila jadi sensitif ni?
Hairan bin Pelik bin Ajaib betul!


Kisah Aku.......(35)

Ajak,kak Nabahah dan Azlina terguling-guling gelakkan aku.Katanya first time diaorang nengok aku menangis.Padahal bukan kena marah pun.Kena jentik lagi jauh sekali!Malunya!Mana nak sorok muka yang memang tersedia cute ni?
"Apasal kau nangis?" Ajak masih tersenyum mengejek!
Aku pun tak faham dengan diri sendiri.Kalau orang lain marah aku,tak adanya aku nak membazir air mata yang sangat berharga ni!Silap-silap orang tu dah makan 'penampor' percuma aku dah.Tapi tadi Encik Iman just tegur aku sikit jek,itu pun aku dah menangis berbaldi-baldi!Dah boleh buat hantaran untuk pergi meminang Prince Charming.
"Saja nak nangis....Dah lama tak keluarkan my tears." jawab aku poyo.
Malas nak layan minah-minah yang busybody ni.
"Dah ucap thanks pada Encik Hakim?" tanya Azlina.
"Kenapa pula nak ucap thanks kat dia?" soal aku sedikit sombong.
"Dia yang susah payah fikir cara untuk pujuk Si Hayatt tolong Encik Iman mengemas.Semuanya demi kau tau!Kau bayangkanlah....kalau tak ada sesiapa yang nak tolong dia tadi,mesti air mata kau dah jadi sungai sebab kena sembur 'kaw-kaw' dengan dia.Baru kena tegur sikit dah nangis,ini kan pula kena marah!" perli Ajak.
"Lagi kan,dia batalkan urusan dengan Miss Sherina tu sebab Aren tau!Dia call office tadi,tanya pasal Aren.Aren dah makan ke belum,.....Aren tengah buat apa.......So,bila dia tahu Aren ghaib waktu kitaorang balik lunch,cepat-cepat dia balik office,suruh kitaorang call Hayatt cos masing-masing malas nak kemas pejabat.Merajuklah nanti Miss Sherina tu." Tambah kak Nabahah pula.
Aku ada minta Encik Hakim backup aku ke?Tak ada kan?So,tak payahlah susah payah dia nak tolong.Kalau dia nak tolong juga,ada aku kisah?Sikit pun tak terharu!Ish,ish,ish!Zalim betul kau,Zurina!Aku bukan apa.....Sengaja tak nak layan Encik Hakim baik-baik cos aku tak nak beri dia harapan.Nanti dia juga yang terluka.Lagi susah!Lebih baik daripada sekarang aku menidakkan segala rasa yang timbul kat benak otak dan hati ni supaya dia putus asa dengan Aren!Bagi aku,lebih kejam sekiranya kita beri harapan kat seseorang tetapi tak berhasrat untu menerima cinta si dia.Macam main-mainkan hati,perasaan dan limpa orang lain jek!Itu bukan aku lah!Zurina yang aku tahu,tak pernah nak hipokrit cos dia benci orang yang suka berpura-pura ni.Jadi,tak kan lah aku nak benci diri sendiri kan?Maka dengan selambanya aku reject Encik Hakim awal-awal.
Full stop!


Kisah Aku.......(36)

"Aren,Tan Sri dah datang!" teriak Ajak dari luar pantri.
Aku yang tengah bancuh milo kelam kabut jadinya. Atok tu time ni jugalah nak datang! Tekak aku haus sangat ni sebab bagi ceramah percuma kat Saiful tadi. Minuman sejuk yang tersedia ada untuk majlis makan-makan kecil yang Encik Iman adakan aku pandang sepi. Malu nak ambil sebab aku dah terbuat hal kan dengan bos aku yang 'Super Cool' tu. Nak pandang muka Encik Iman yang handsome tu pun aku tak sanggup. Betapa menderitanya hidup aku saat ni. Rasa nak bawa diri ni jauh-jauh jek. Lari ke Jepun mungkin? Tak boleh! Jepun tak berapa selamat buat masa ni. Semuanya sebab tenaga nuklear yang tak dapat di kawal oleh jurutera-jurutera mereka yang pakar. Radiasi berleluasa terutama di ibu negara matahari terbit tu,Tokyo. So,nasib baik lah family aku cos tak perlu tangisi pemergian aku ke sana. Maybe bila dah dapat tempat persembunyian yang sesuai baru aku akan pergi. Semuanya sebab 'malu' yang bila entah akan hilang ni. Dah lah tak tepati janji,melalak sakan pula depan orang tu!
"Aren,get ready!"
Oleh sebab tak tahan dengar teriakan kawan aku yang macam hali lintar tu,aku bergegas keluar daripada pantri sambil menatang sekole air milo yang sungguh menyelerakan!
Puk!
Aduh! Air milo aku tumpah sebab terlanggar seseorang. Kalau bukan Ajak mesti Lin ni? Tak pun kak Nabahah yang banyak mulut tu? Tak ada rezeki kot aku nak merasa milo tu. Reda jek lah Aren.
Aku pun menoleh ke arah orang yang aku langgar tu cos nak minta maaf. Yelah,aku ni berbudi bahasa orangnya. Dah buat salah mestilah kena minta maaf kan?
"Ehh.." jantung aku terhenti selama 3saat. Tak boleh lama-lama. Nanti arwah jadinya.
Nenek mana pula yang aku langgar ni? Nenek tu mencerlung tajam pandang aku. Mata macam raksasa yang nak baham mangsa. Ayoyo........
"Where you put your eyes?" nenek tu berspeaking dengan aku.
Fulamak! Mesti baru balik dari negara 'Omputih' ni! Opah yang selalu sebut macam tu-omputih. Aku follow jek! Cucu opah lah katakan.



Kisah Aku.......(37)


Mulut nenek tu pot pet-pot pet memarahi aku. Aku pula diam jek. Yelah,orang yang bersalah selau macam ni lah. Nak menjawab,tak tahu nak cakap apa. Aku yang langgar dia.
"Baju I ni mahal tau! Dah kena milo you! So,siapa yang nak ganti?"
I? You? Eiyuuuuuuu..........Geli aku dengar! Rambut dah beruban tapi still tak sedar diri. Dia ingat apa,aku ni baya-baya dia ke? Dah boleh berpadanan dengan cucu dia sebenarnya. Kalau dia adalah cucu lelaki kan.....Eh....Tapi nak yang cute-cute sikit.....Yang macam boyish sikit. Hehehe.. Test aku tu!
"Apa yang kecoh-kecoh ni?" sampuk satu suara tiba-tiba.
Seorang atok yang lebih kurang baya nenek tadi hampiri kitaorang.
Siapa diaorang ni? Sengaja ke nak penuhkan office kitaorang?
"Budak hingusan ni! Tumpahkan milo kat baju I! Kotor baju ni di buatnya!" marah nenek tua tu lagi.
Heih,nenek....Selamat kau terlebih tua daripada aku. Kalau tak dah lama aku sekeh kepala kau. Nasib baik lah mak,ayah dan opah selalu pesan kat aku,kena hormat orang tua,hormat orang tua.
 Sabar,Aren.......


Kisah Aku......(38)

"Maaf.........Saya.....betul-betul tak sengaja....." akhirnya suara aku yang tersekat sejak tadi keluar juga.
Tak apalah Aren,dengan orang macam ni kau jangan layan sangat. Beralah jek lah. Maybe tu yang terbaik untuk memendekkan hal ni. Kalau nak panjang-panjangkan,nanti tak cukup 1001 hari pula.
"Just sorry for baju I yang mahal ni?" nenek tua tu masih lagi tak puas hati dengan aku.
Okey lah tu aku say sorry than aku bagi 'penampor' sedas dua. Nenek ni betul-betul menguji kesabaran aku......
"Dah lah tu,honey.... Nanti I belikan you baju yang baru ya?" atok tadi cuba menjernihkan keadaan.
"Tapi..."
"Alah,baju ni murah jek bagi I. You nak 100 pun I mampu belikan lagi. Tak guna sebab benda yang tak berharga you bertikam lidah dengan budak kecil ni. Nanti you juga yang sakit tekak." ujar atok tu,memintas kata-kata nenek yang tak sedar diri tu.
Atok ni pun 2x5 jek dengan nenek tu. Berlagak bukan main! Aku pantang betul dengan orang yang suka menayang-nayangkan kemewahan diaorang. Cuba lah jaga hati orang yang tak berkemempuan kat luar sana. Yang kais pagi makan pagi,kais petang prepare untuk makan malam.
"Eh.....Baju yang cantik ni berapa ringgit ya?" sengaja aku bertanya.
Nenek tu pandang aku atas ke bawah. Apa dia ingat muka aku ni sengkek sangat ke? Mesti beli kat pasar malam ni. Sebab tu boleh ganti lagi 100. Lantas dengan confidence nya aku mengeluarkan not 100 ringgit Malaysia daripada dompet kesayangan aku. Dompet ni walaupun dalamnya tak ada duit aku akan tetap bawa ke mana-mana pun.
"Saya ganti ya,nek?" aku segera menhulurkan wang kertas tadi kepada nenek tu.
"You nak ganti baju I dengan RM100? You tahu tak yang I beli baju ni dengan harga 1000 ringgit duit Malaysia! And,baju ni I beli kat Paris ya!" marah nenek itu.
Mahalnya! Padahal baju macam kain buruk jek aku nengok. Apa orang Paris dah buta fesyen ke? So,aku nak buat apa ni? Duit kat dompet ada 500 ringgit Malaysia jek. Belum dapat gaji lagi!
"Nenek.....Datuk....Kenapa ni?" sampuk satu suara.
Aku pun menoleh. Maybe cucu diaorang kot? Manalah tahu cute macam Lee Hong Ki aku. Bolehlah aku ngurat dan tak payah ganti baju nenek dia. But kan....macam pernah dengar jek suara tu.....


Kisah Aku......(39)

"Tea lady syarikat kita ke Iman?" tanya nenek tua yang gedik tu sambil memerhatikan aku.
Peh! Muka comel-comel macam ni dikatanya tea lady? Nasib baik dia ni nenek Encik Iman merangkap bakal nenek aku juga. Opss! Nak ke bernenekan dia ehk? Heh..... Tea lady pun tea lady lah! Asalkan kerja tu halal. Tak salahkan? Mak dan ayah selalu ajar aku yang kita tak boleh memandang rendah pekerjaan orang lain selagi pekerjaan tu baik dari segi syarak. Mesti nenek tua ni tak ada sesiapa yang pesan kat dia masa dia kecil-kecil dulu. Tu lah yang terlebih 'eksyen' tu!
"Jurutera utama syarikat ni,nek." jawab Encik Iman,juga sambil memandang aku.
Dia takut aku kecil hati dengan nenek dia kot?
"Really? Tak ada rupa macam jurutera pun. Boleh ke buat kerja?" sampuk atok yang sama kekwat macam nenek Encik Iman.
Sabar bebanyak Aren......Sabar tu separuh daripada iman. Tak ada sikap sabar,maknanya sebahagian iman kita turut hilang.
"Of course dia boleh buat kerja. Sepanjang dia berkhidmat di syarikat ni,dah banyak sumbangan yang dia berikan." Encik Hakim yang tiba-tiba muncul,membela aku.
Ni bela yang relevant tau. Aku memang boleh buat kerja. Bukannya makan gaji buta!
"Sekarang ni dia tengah berurusan dengan syarikat milik Dato Razali sebagai wakil syarikat kita. Rasanya anak Dato Razali pun okey dengan dia. Tak ada komen-komen buruk yang saya dengar." Tambah Encik Hakim lagi.
Yes! Baru kauorang tahu ya kehebatan aku. So,jangan sesuka hati pandang rendah kat orang lain. Aku dah boleh tersenyum lebar pada nenek Encik Iman walaupun daripada tadi dia tak henti-henti jeling aku.
"Heh.....Iman,kita mulakan majlis sekarang?"
Datuk Encik Iman sengaja mengalih topik perbincangan.
Setelah semua orang berkumpul,Encik Iman mempersilakan datuknya iaitu Tan Sri Muis berucap sepatah dua kata sebelum majlis bermula. Rupa-rupanya sudah lama datuk dan nenek Encik Iman menetap di luar negara sehinggakan bumi Malaysia hampir tidak di kenali. Oleh itu,urusan syarikat lebih banyak di kendalikan oleh Dato Mahadi. Aku secara jujur di sini ingin mengaku yang aku lebih suka Dato Mahadi berbanding Tan Sri Muis. Dato Mahadi sangat humble orangnya. Peramah dan suka tersenyum macam Encik Hakim. So,pekerja pun selesa nak bekerjasama bagi membangunkan syarikat. Tan Sri Muis pula..... 
No comment!