Monday, August 15, 2016

Cerita Cinta Kita

Tadaaa!!! Aku dah hantar dah manuskrip novel 'Cinta Kita Cinta Gila' ke syarikat penerbitan. ALHAMDULILLAH. Tapi kena tunggu 3 atau 4 bulan untuk proses penilaian. And tak semestinya akan diterima. Macam cerita aku yang tajuk 'Kisah Aku.' Last-last terperuk sahaja dalam simpanan aku. Ada kat dalam pendrive. Tak rasa nak hantar semula sebab tak ada masa lagi nak perbaikinya. Novel tu menarik tapi banyak kesilapan fakta. Dulu masa tulis cerita tu aku budak mentah lagi. Mana tahu sangat tentang pengetahuan-pengetahuan am ni. Nak google pun dulu aku dengan internet mana ngam. Kitaorang tak seperti isi dan kuku. Hahaha..
Okey. Sebenarnya aku nak cerita ni... Yang aku dah mula tulis manuskrip baru! Dah nak masuk bab 8 dah. Tajuk cerita kali ni ialah 'Cerita Cinta Kita.' Novel kali ni berkisahkan tentang Balqis, typical girl yang fanatik kat Iqbal. Macam-macam yang dia dan kawan-kawan dia buat untuk tarik perhatian Iqbal. Iqbal layankan sahaja semua peminat yang tergila-gilakan dia. Iqbal bukan hero tau. Heronya nama Haikal. Cool guy! Haikal sekelas dengan Iqbal, jadi, dia tahu sangat perangai Balqis yang mengada-ngada tu.
Aku nak bagi sikit petikan-petikan novel kali ni. Tak larat nak perah otak buat review. Jadi aku buat kerja senanglah ya. Heehee... =)

Petikan daripada Bab 1
B
alqis, Aleya, dan Syazrinah menghampiri meja Iqbal dengan tangan masing-masing memegang bekalan. Muka mereka diserikan dengan senyuman manis. Iqbal menyambut bekalan yang diberikan dengan berbesar hati. Rezeki jangan ditolak... Kenyanglah hari ni dia sebab dapat 3 bekas makananan sekaligus. Tak payah nak laburkan duit kat kantin sekolah.
“Iq! Saya buat sendiri tau mihun goreng tu.” Beritahu Balqis teruja.
“Ehh... Boleh makan tak ni?” Iqbal yang sememangnya romeo melayan baik peminatnya. Walaupun ragu-ragu dengan bakat masakan Balqis, dia tetap menerima bekalan yang diberikan oleh gadis itu.
“Mestilah boleh! Apa awak ingat saya tak pandai masak ke?” Bentak Balqis. Saham kena jaga!
“Sorry! Sorry!” Cepat-cepat Iqbal meminta maaf. Tak nak hilang peminat! Dia kan tengah bersaing dengan Ashraf untuk merebut gelaran pelajar lelaki paling popular di sekolah.
“Iq sebenarnya trauma lepas makan masakan yang kau masak. Ingat tak? Lepas makan bekalan yang kau bagi kat dia hari Selasa lepas, terus dia kena cirit-birit! MC 2 hari lagi doktor bagi.” Sampuk Syazrinah.
“Sibuklah kau, Reen! Iq tak cakap apa-apa pun.” Balas Balqis.
“Aqis... Kalau iya pun kau nak bagi bekalan kat Iq, better biar mak kau yang masak.” Aleya berpandangan dengan Syazrinah dan berbalas senyuman. Sengaja nak mengusik Balqis.
Mereka bertiga ni memang pelik. Minat kat lelaki yang sama. Lepastu suka bertekak pula. Tetapi, boleh jadi kawan baik. Tu yang cakap pelik tadi tu!
“Laeya, aku tahulah kau pandai masak. Tapi jangan nak perkecilkan aku!”
“Kenyataan, Aqis. Kenyataan!” Syazrinah ketawa mengejek.
“Bisinglah kauorang ni!” Tegur Ashraf yang duduk bersebelahan dengan meja Iqbal.
“Cemburulah tu sebab kau tak dapat bekalan daripada kitaorang.” Balqis melawan. Dia tidak suka dengan teguran yang dibuat oleh Ashraf.
“Ah-ah. Dia ni memang cemburu pun.” Iqbal menyokong Balqis. Peminat nombor 1 dia ni! Kenalah jaga hati Balqis elok-elok.
“Aku pun tak inginlah bekalan daripada kau, Aqis! Kalau daripada Laeya tak apalah juga.” Provok Ashraf.
Aleya tersenggih malu, manakala Syazrinah pula tergamam. Ashraf suka kat Aleya ke?
“Blah lah kau, Ash!” Marah Balqis.
“Kau lah blah! Ni kelas aku. Kelas kau kat sebelah. Kau tu budak kelas kedua. Jangan nak berangan kau budak kelas pertama macam kitaorang pula. Sesuka hati nak masuk kelas orang.” Sinis balasan daripada Ashraf.
Balqis yang tidak dapat menahan sabar merampas bekalan yang dia berikan kepada Iqbal sebentar tadi, lalu membuka penutupnya dan lantas terus menuangkan mihun tersebut ke atas kepala Ashraf. Puas hati dia!
Ashraf tergamam. Menyesal dia tak pakai songkok ke sekolah hari ni. Iqbal pula tersenyum lega. Tak payah dia makan bekalan yang Balqis masak sendiri tu. Trauma!
“Jom geng!” Balqis meninggalkan kelas itu. Diikuti oleh Aleya dan Syazrinah.
“Entah apa-apalah budak perempuan zaman sekarang... Terkejar-kejar sangat kat lelaki.” Runggut Najmi yang daripada tadi memerhatikan gelagat mereka.
“Biarlah diaorang tu, Najmi... Cinta monyet, macam tu lah.” Haikal tidak menghiraukan runggutan yang dibuat oleh Najmi. Baik dia teruskan membaca buku Sejarah Tingkatan 5 ni. Memanglah cikgu-cikgu semua tengah ada mesyuarat. Tapi Haikal tak nak membazir masa. Tahun ni kan nak SPM. Haikal nak buat yang terbaik. Nak banggakan mak, ayah, dan kakak dia.

Petikan daripada Bab 4
“Yeayy!!!” Ahli-ahli kelab peminat Iqbal termasuk Balqis, Aleya, dan Syazrinah bersorak riang setelah nama Iqbal diumumkan sebagai olahragawan sekolah.
Selepas itu mereka terus sepakat untuk memberikan sorakan yang terakhir buat jaguh sukan sekolah mereka itu. Sorakan yang sama mereka lakukan sepanjang Iqbal menyertai mana-mana acara sukan. Gigih tau mereka berlatih setiap kali tamat waktu sekolah. Balik rumah pun lewat semata-mata sorakan ni.

You know we will always support you, Iqbal
And it will never change (Fighting!)

Syazrinah memulakan solo. Balqis yang pass rangkap solo ni bagi kat Syazrinah nyanyi sebab Balqis tak berapa yakin dengan kemerduan suara dia sendiri. Walaupun bahagian solo tak adalah banyak mana. Banyaknya mereka nyanyi ramai-ramai.
Alah... Sebenarnya suara Balqis memang sumbang bila menyanyi! Aleya dan Syazrinah dah lama tahu.

We support nobody nobody but Iqbal, We support nobody nobody but Iqbal
How can we support others, We don’t want any other
We only support Iqbal Iqbal Iqbal Iqbal

Why are you trying to, to make Iqbal lose the match
You don’t know what you’re thinking
Why aren’t you listening
How can Iqbal just
Just lose to someone else and
He will beat you completely
When he get support from ‘we’

Telling you you’re not good enough
Iqbal will beat you with not too tough
You know from the start so
Just stop and give up boy
How can you win
When Iqbal is meant to be

We support nobody nobody but Iqbal, We support nobody nobody but Iqbal
How can we support others, We don’t want any other
We only support Iqbal Iqbal Iqbal Iqbal

Begitu bersemangat mereka melontarkan lirik lagu Nobody yang sudah mereka ubah. Siap dengan tarian comel mereka yang masih sopan itu (bukan tarian seksi tau). Inikan sekolah. Kalau menari melampau memang kena masuk bilik displin lah. Lagipun, kat luar sekolah, Balqis dan kawan-kawan dia memang pakai tudung. Takkan nak buat tarian gedik pula! Tak manis, tak sopan, dan berdosa. Balqis tak nak aibkan nama ibu dan bapa dia.
Lirik pula mereka buat macam tu sebab tak nak cikgu-cikgu syak yang mereka ni gilakan Iqbal. Tu yang reka macam ada kaitan sikit dengan pertandingan sukan. Kalau tak, Balqis nak sahaja nyanyi macam ni...

We want nobody nobody but Iqbal
We love nobody nobody but Iqbal
How can we love the others, we don’t want any other
We want Iqbal Iqbal Iqbal Iqbal

Baru sweet!
Mana tahu Iqbal akan jatuh hati ke kan. Hahaha.. Syok nya kalau betul!
Ehh... Tapi takkan jatuh hati kat semua ahli sorakan pula?
Iqbal hanya ada 4 kekosongan sahaja!

Petikan daripada Bab 5
“Surprise!!!” Ucap Balqis, Aleya, dan Syazrinah serentak.
Sebaik sahaja Aleya memastikan yang cikgu kelas Iqbal dah keluar, terus mereka bertiga terjah masuk kelas 5 Sains 1. Tak naklah Iqbal keluar daripada kelas dahulu. Tak menjadi nanti sambutan hari lahir yang mereka rancang.
“Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan kamu. Allah selamatkan puteraku, Iqbal. Allah selamatkan kamu.” Mereka bertiga menyanyi riang. Gembira nengok senyuman Iqbal. Mesti Iqbal suka dengan kejutan mereka ni.
“Terima kasih Aqis, Reen, dan Laeya...” Ucap Iqbal sebaik sahaja menyambut kek yang dihulurkan oleh Syazrinah.
“Kauorang semua jom join sekali meraikan birthday Iq?” Pelawa Syazrinah.
Lantas rakan-rakan sekelas Iqbal menggelilingi lelaki itu, membuat satu bulatan. Ashraf pun sertai sama. Yelah... Ashraf dengan Iqbal tu tetap berkawan baik walaupun masing-masing bersaing antara satu sama lain dalam misi mendapatkan tempat di hati pelajar-pelajar perempuan. Persaingan sihat di antara dua orang kawan baik katanya!
Iqbal meletakkan kek di atas mejanya. Nak potong kek tu dan bahagikannya pada budak-budak kelas.
Semasa Iqbal sibuk memotong kek, Balqis pula sibuk bagi beg-beg plastik yang ada air kotak dan makanan ringgan tadi kepada rakan-rakan sekelas Iqbal. Satu demi satu Balqis hampiri mereka untuk bagi beg tu.
“Nah! Untuk kau.” Nak tak nak Balqis bagi juga beg tu kat Ashraf sebab Syazrinah dah ingatkan supaya jangan bergaduh dengan Ashraf pada hari istimewa Iqbal. Nanti kalau dia tak bagi beg tu kat Ashraf, mesti lelaki tu bising pula.
Tiba pada giliran Haikal, Balqis tak sengaja terpijak tali kasut sekolahnya yang entah bila masa terbuka simpulannya. Balqis tak perasan pun! Jadi, dia hilang imbangan badan dan hampir terjatuh. Nasib baik Haikal sempat tahan. Mereka sempat berbalas pandangan selama  5 saat sebelum Haikal melepaskan pegangan tangannya di bahu Balqis. Haikal beriak seperti biasa sahaja selepas itu. Orang cool lah katakan. Tak dapat nak duga apa yang Haikal fikirkan atau rasa.
Nasib baik juga hanya Najmi yang nampak kejadian tersebut. Orang lain tengah sibuk ambil pinggan yang berisi kek yang Aleya dan Syazrinah hulurkan. Haikal orang yang terakhir dapat beg plastik tu daripada Balqis. Manakala Najmi pula duduk sebelah Haikal. Sebab tu Najmi perasan apa yang telah terjadi tadi.
Balqis buat macam tak ada apa-apa yang berlaku sebab dia tak nak Iqbal hairan pula kalau nampak muka dia berubah rona. Iqbal tak boleh tahu. Nanti Iqbal ingat dia ada apa-apa hubungan dengan Haikal! Balqis tak nak Iqbal salah faham dan cemburu.
“Aqis! Tolong hulurkan pinggan kat Qal dan Najmi.” Iqbal meminta pertolongan daripada Balqis apabila perasaan yang 2 orang lagi rakan sekelas dia belum dapat potongan kek yang sudah dipotong itu.
“Ah?” Balqis tak sanggup nak hadap muka Haikal buat masa terdekat ni. Tapi boleh pula Iqbal suruh dia bagikan pinggan kek tu kat Haikal dan kawan dia.
“Ehh... Nah.” Balqis hulurkan juga pinggan polisterin yang berisi kek tu pada Haikal dan Najmi. Lepas mereka ambil pinggan tersebut, cepat-cepat Balqis pergi hampiri Iqbal yang sedang berbual mesra dengan Aleya dan Syazrinah.  Mana boleh isteri kedua dan ketiga menguasai suami diaorang. Isteri pertama yang patut paling disayangi suami. Sebab isteri pertama baik hati bagi suami dia kahwin dengan isteri kedua dan ketiga.
“Iqbal!!!” Suara beberapa orang pelajar perempuan kedengaran makin hampir. Peminat-peminat Iqbal yang lain datang nak bagi hadiah hari lahir lah tu. Mungkin antara semua tu, ada calon isteri keempat?
Balqis menyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Dia tak rasa annoying pun dengan mereka semua tu sebab tergedik kat Iqbal. Dia pun sama sahaja dengan mereka. Jadi, tak boleh nak kata apa.

Petikan daripada Bab 6
“Aqis tak nak ambil gambar dengan kak Damia ke? Sinilah! Kita bergambar dengan Qal sekali. Kauorang kan rakan sekolah.” Damia mengajak Balqis bergambar sekali dengan dia, suami dan juga Haikal. Mereka bertiga sudah siap sedia untuk bergambar. Tetapi sebelum itu, Damia sempat memanggil Balqis yang ingin mengikut Puan Farhah dan Puan Nurul ke dapur. Rajin pula Balqis hari ni. Nak mengelak daripada berhadapan lama-lama dengan Haikal punya pasal, dapur rumah Puan Nurul sanggup diredahnya!
 Majlis akad nikah dilaksanakan di rumah pengantin perempuan. Kat rumah Encik Hamid dan Puan Nurul. Tadi selepas akad nikah berakhir, Damia dan suami bergambar dengan kedua ibu bapa Damia. Lepastu, kedua orang tua, adik-beradik, dan sanak-saudara suaminya pula mengambil alih sesi bergambar. Puan Nurul dan Encik Hamid tak ada saudara-mara. Samalah macam Puan Farhah dan Encik Khairul. Damia turut mengajak Puan Farhah dan Encik Khairul bergambar sama. Dan sesi bergambar yang terakhir sebelum pengantin lelaki ingin beredar pergi, Damia nak bergambar dengan adik kesayangannya pula. Tapi sempat juga dia panggil Balqis sekali, nak ajak gambar bersama.
“Eihy... Tak apalah, kak Damia.” Tolak Balqis. Tak nak dia bergambar sekali dengan Haikal! Kalau dengan Damia dan suami dia sahaja tak apalah. Nanti kalau gambar tu tersebar kat mana-mana laman sosial kan dah susah... Apa dia nak jawab kat Iqbal kalau Iqbal ternampak gambar tu nanti? Balqis ni sedaya upaya nak elakkan daripada Iqbal salah faham kat dia tau.
“Alah... Sinilah, Aqis!” Damia berdegil ingin mengajak Balqis bergambar sekali dengan mereka bertiga juga. Dia nak merapatkan hubungan di antara adiknya dan Balqis. Sebenarnya Damia suka kalau Balqis jadi adik ipar dia kelak. Cuma mak dia tu lah... Ada calon lain pula buat satu-satunya adik-beradik yang dia ada.
“Pergilah Aqis...” Suruh Puan Nurul. Puan Nurul tahu bahawa Damia sengaja nak mendekatkan hubungan di antara Balqis dan Haikal sebab selama ni dioarang berdua tak pernah rapat walaupun Balqis selalu mengikut ibu dan bapanya ke rumah ni. Kalau setakat ingin mendekatkan mereka, Puan Nurul tak kisah. Apa salahnya kalau Haikal dan Balqis berkawan baik kan. Boleh sambung legasi persahabatan antara dirinya dan suami dengan kedua orang tua Balqis. Kawan sejak zaman kanak-kanak sehinggalah kini. Alhamdulillah, hubungan persahabatan antara mereka sentiasa baik selama ini. Mungkin mereka serasi bersama dan saling memahami sebab sama-sama dibesarkan di rumah anak-anak yatim.
Cuma kalau untuk lebih daripada tu, Puan Nurul tak bersetuju sangat. Dia ada calon buat Haikal. Anak tok imam masjid yang berdekatan dengan rumah mereka. Budak perempuan tu selalu ke masjid. Jadi, bila time Puan Nurul mengikut Encik Hamid dan Haikal ke masjid, memang dia selalu perhatikan calon menantu pilihannya itu. Puan Nurul tak cakap apa-apa kat Haikal sebab anak dia kan masih kecil lagi. Baru nak SPM tahun ni. Nanti kalau umur Haikal tu dah 24 tahun baru Puan Nurul akan berbincang dengan serius tentang hal ini. Tapi minta-minta masa tu anak tok imam yang manis, lembut, sopan dan ayu itu belum berpunyalah. Bukan dia tak sukakan Balqis. Puan Nurul sayangkan Balqis. Tapi dia naklah calon menantu yang mempunyai ciri-ciri yang dia cari.
“Ehh...” Balqis bergerak perlahan menuju ke arah Damia, suami Damia, dan Haikal. Mana dia nak berdiri ehk? Sebelah kanan Damia, suami Damia dah setia berdiri sambil memaut lengan isterinya. Sebelah kiri pula Haikal, lelaki yang tolong Balqis masa dia hampir jatuh kelmarin. Takkan Balqis nak berdiri sebelah suami Damia pula? Tapi... takkan pula nak berdiri sebelah Haikal?!? Itu boleh mengundang salah faham yang besar nanti kalau Iqbal nampak gambar ni kelak.
“Aqis berdiri sebelah Qal.” Belum sempat Balqis nak buat keputusan, nak diri sebelah siapa, Damia sudah memberikan arahan. Balqis turutkan juga arahan daripada Damia. Habis takkan dia nak menyelit tengah-tengah antara Damia dan suami pula!
“Okey! Cantik sangat gambar ni. Macam ada 2 pasangan pula.” Usik jurukamera. Semua yang ada di situ ketawa kecuali Balqis dan Haikal. Haikal macam selalu, dengan muka cool dia. Memang orang lain susah nak agak apa yang lelaki itu fikirkan. Balqis pula hanya menguntumkan senggihan yang dipaksa. Karang kalau dia tak bagi apa-apa reaksi, orang ingat dia tak sporting nanti. Kan hari ni hari bahagia Damia. Biarlah dia mengalah demi nak terus biarkan suasana ceria ini berterusan.
‘Aduh! Boleh pula baju kitaorang sama warna...’ Kata Balqis di dalam hati. Balqis pakai baju kurung biasa warna purple. Haikal pakai baju Melayu cekak musang, warna yang sama dengan baju kurung Balqis. Manalah jurukamera tu tak bergurau cakap ada dua pasangan... Satu pasangan Damia dan suami yang memakai baju nikah warna putih. Satu lagi pasangan sudah tentu diaorang berdua yang memakai baju warna sedondon!
“Senyum!” Jurukamera mula memainkan peranan bagi mengambil gambar yang cantik di hari yang bahagia ini.


Macam mana? Okey tak? Cuba kauorang komen sikit! =)

Monday, July 22, 2013

Idea Baru Lagi

Tiba-tiba jek aku dapat idea nak buat pasal pelajar-pelajar universiti! Tahu aku nak buat apa? Aku nak buat dalam satu kelas tu ada dua golongan pelajar. Pelajar kampung dan pelajar bandar. Pelajar kampung diketuai oleh Ketua Kampung yang tegas, prihatin, dan kadang-kala akan menjadi sensitif bila hak penduduknya diperkotak-katikkan. Pelajar bandar pula diketuai oleh Dato Bandar yang sempoi, mesra alam (tapi dengan penduduk bandar sahaja), dan bermulut pedas (tak tahu jaga perasaan Ketua Kampung, dia suka perli-perli Ketua Kampung). Ketua Kampung mestilah aku fikirkan wataknya dibawa oleh seorang perempuan dan Dato Bandar diberikan untuk seorang lelaki. Amacam? Okey tak idea aku? Tapi... sebelum aku mula menulis cerita ni, sudah tentu aku kena siapkan 'Cinta Kita Cinta Gila' dahulu. 'Kisah Aku' dah lama melabuhkan tirai walau pun tak mendapat sambutan. Aku ingat kalau 'Cinta Kita Cinta Gila' dah selesai aku tulis, aku nak olah semulalah cerita 'Kisah Aku.' Nak tambah apa-apa yang patut supaya nampak lebih menarik. Novel pertama yang aku hantar ke syarikat penerbitan tu (walau pun kena reject). Sedih... sedih...

Monday, July 15, 2013

Idea Dalam Kepala

Novel 'Cinta Kita Cinta Gila' adalah dalam 16 bab aku dah siap. Aku ni nak tunggu menulis sampai berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan barulah aku sambung cerita yang belum siap tu. Tapi kira okeylah sebab sekali dah menulis, aku mampu siapkan 3,4 bab sekaligus.
Biasanya sesebuah cerita mesti ada lagu temakan? So, aku ingat dalam cerita ni aku nak bagi lagu ' Noktah Cinta' untuk Aiman dan 'Heart Attack' untuk Anna Suraya. Macam sesuai dengan jalan cerita aku.

Aiman selalu tertanya-tanya apa perasaan Anna Suraya yang sebenarnya kat dia.

Bila Anna Suraya persoalkan perasaan Aiman kat dia, sesuai dengan lirik ni:
Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan di sini masih
Menanti jawapannya

Bila Anna abaikan perasaan dia pula sesuai dengan yang ni:
Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku diperlukan
Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini perlu untuk dirinya

Anna Suraya memang sangat sesuai dengan lirik lagu Heart Attack. Sebab perwatakan dia ada macam watak perempuan kat dalam lagu ni sikit.

Putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
Anna Suraya sangat takut akan jatuh cinta. Dia beranggapan yang dirinya akan di control dan ikut jek apa yang dikatakan bila dia ada perasaan tu.
Never put my love out on the line
Never said yes to the right guy
Never had trouble getting what I want
But when it comes to you I’m never good enough
Aiman jek lelaki luar yang berjaya buatkan hidup Anna tak tentu arah.
You make me glow
But I cover up, won’t let it show
So I’m putting my defenses up
Cause I don’t wanna fall in love
If I ever did that, I think I’d have a heart attack
Dah suka tapi still nak nafikan pula. Pantang mengalah betul Anna ni!
Never break a sweat for the other guys
When you come around I get paralyzed
Ececeh! Mahu tapi malulah ni?

So, selamat menunggu sampailah novel aku siap ya. ;)

Tuesday, July 9, 2013

Cerita Baru.

Alhamdulillah... Idea sentiasa mencurah-curah untuk aku buat karya baru. Cuma apa yang menjadi masalah aku sekarang ialah kebanyakan karya aku mesti ambil masa nak siap. Karya lama belum siap, aku dah dapat idea untuk tulis karya baru. Bila dah sibuk dengan karya baru, lupa kat karya lama. Nanti buat karya lain lagi. Last-last, satu pun tak berjaya disiapkan dengan sempurna. -_-

Friday, February 22, 2013

Cinta Kita Cinta Gila


Cerita ni dah lama aku tulis tapi sebelum ni dalam bentuk skrip, so nak translate jadi novel agak payah. Apa-apa pun aku tetap nak share pasal cerita ni. Cerita aku kali ni pasal Anna Suraya gadis cerewet yang suka bersendiri dan selalu langgar peraturan sekolah. Anna tak pernah tak bermekap bila ke sekolah. Pergi sekolah pula sekali-sekala jek tak lambat. Mana taknya dia berkrisis dengan Aiman, ketua pengawas sekolah. Terjadilah perang sinis dan perli-memerli antara mereka berdua. Tapi Aiman sebenarnya amat mengambil berat perihal Anna, Anna pula buat tak peduli jek. Anna ni dia berpegang pada prinsip yang dia tak perlukan cinta, apa yang dia perlukan ialah kesetiaan. Bila tunang dia ada skandal, Anna tak teragak-agak tinggalkan Adam. Dan Anna secara tiba-tiba memilih Aiman. Masalahnya boleh ke Anna masuk ke dalam dunia Aiman yang jauh berbeza dengan dunia dia? Kat sini tak timbul cinta antara dua darjat sebab mereka sama-sama anak orang berada. Habis tu apa bezanya dunia mereka? Tunggu dan lihat jeklah ya.