Thursday, June 8, 2017

Salah Faham

Aku ingatkan selama ni Bahasa Melayu aku dah cukup baik. Sebenarnya... ilmu penulisan aku belum cukup bagus! Novel aku kena tolak sebab aku kurang ilmu dalam bidang penulisan. Maybe jalan ceritanya boleh tahan menarik (puji diri sendiri!). Hahaha.. Tapi tu lah... ada yang aku salah ejalah, penggunaan ayat tak sesuailah, dan banyak lagilah kesilapan yang aku buat. Aku kecewa... Tapi tak apa, aku puas hati sebab sekurang-kurangnya aku berjaya siapkan novel 'Cinta Kita Cinta Gila' setelah ambil masa beberapa tahun. Aku mula tulis cerita ni tahun 2012, siap manuskrip penuh tahun 2016. 4 tahun juga aku perap. Manuskrip pertama aku (mula tulis tahun 2010) tak ambil masa lama sangat macam yang ni (siap tak ingat tahun berapa, aku hantar kat syarikat penerbitan lambat. bukan siap terus hantar). Ni cerita baru aku, aku mula tulis tahun 2016, ni dah 2017 tak siap lagi. Terhenti kat pertengahan cerita. Aku selalu macam tu... Aku ada idea untuk permulaan cerita dan pengakhiran cerita, tapi bab tengah-tengah mesti stuck. Tak tahu nak kembangkan macam mana. Setakat ni aku paling suka dengan manuskrip 'Cinta Kita Cinta Gila' sebab aku rasa sebagai seorang pembaca (bukan penulis), aku suka cerita tu. Sekarang ni aku tengah gigih nak edit dan betulkan semula mana-mana yang silap. Makan masa tu... Nanti bila dah siap, aku akan try hantar sekali lagi. Kalau tak diterima juga barulah aku decide macam nak share kat blog jek full manuskrip.

No comments:

Post a Comment